Monday, August 1, 2016

2016 07 31 Syawal 26 Rumah Terbuka Rasah, Negeri Sembilan

Kami terima jemputan dari Hj Shaker sekeluarga untuk majlis rumah terbuka hari ini.  Kami juga menerima jemputan Aidil Fitri dari YB Awaluddin.  Kami terpaksa memilih untuk hadir ke majlis Hj Shaker sahaja kerana kami telah pun hadir pada majlis perkahwinan anak lelaki beliau beberapa minggu lepas.  Lagipun agak rushing jika nak hadir pada kedua dua majlis memandangkan En. Suamy gi menyabit terlebih dahulu pagi tadi.

Sebelum bertolak, kami dah pastikan anak anak dara berdua ni berjanji untuk ulangkaji pelajaran dan si abang pula berjanji untuk "behave" sepanjang ketiadaan kami.

Perjalanan KL - Rembau hari ni mengambil masa 1 jam 25 minit.
Sesampai kami ke Rembau, hujan turun mencurah curah. Syukur Alhamdulillah, anak anak tak ikut hari ini.  Kesihatan mereka paling utama.  Kami lihat, rakan suamy, Bang Ngah dan isterinya Jamilah sedang menjamu selera.  Selepas beberapa ketika, K.Za sekeluarga dan K.Siti pun tiba.  Memang riuhlah bila dah reramai macam ni.  Yang lelaki dengan cerita zaman sekolah mereka dan yang perempuan dengan isu semasa.

Dari kiri K.Siti Rahja (isteri A.Md Din), K.Za (isteri A.Shariff), anak sulung K.Za,
Hj Shaker (tuan rumah), K.Milah (isteri B.Ngah), me dan K.Campaka (isteri A.Shaker)

Tuesday, July 26, 2016

2016 07 26 Mudah.my Meja Bulat

Dah lama, kami berhajat nak jual meja bulat ni sebab kami 5 beranak under utilised the table.  Morever kami ada satu lagi meja makan yang boleh memuatkan 8 orang.  Jadi, kami pun mengiklankannya didalam Mudah.my.  Ramai yang bertanya tetapi I am not so keen (tak tahu kenapa).  Akhirnya, En. Nata Ismail ni menghubungi kami pada 24/07/2016.  Kami bersetuju menjualkannya kepada beliau dan akhirnya meja bulat ini bertukar tangan.  Wahai meja bulat, kami harap awak jaga tuan baru awak baik baik sebagaimana awak jaga kami yer.  InshaAllah, Allah akan pertemukan kita lagi.  Kami tak benci awak.  Kami sangat sayangkan awak.  Sebab tu, kami sentiasa gunakan awak, kami belai dan sentiasa pastikan awak bersih dan berkilat.sehingga hari akhir awak dengan kami.

Terima kasih banyak banyak wahai meja bulat.
Kami sayang awak!!



Ini En. Nata Ismail, pengusaha kitchen
cabinet tradisional (berasaskan ukiran) di Sg. Buluh


Selamat Jalan wahai meja bulat berkerusi enam

Sunday, July 24, 2016

2016 07 24 Syawal 19

Last week anak anak memang kena study dan fokus kat trial.  So minggu ni macam reward week lah.  
Bawa anak anak gi Rasah, Seremban, kawan suamy nyer open house.  Tq En. Ismail B. Hj Abdul Samad.  Kami sangat kenyang dengan hidangan makanan yang enak enak ni.



Dalam keadaan yang sangat kenyang tu, kami pergi open house/birthday party kakak ipar kat Seremban pulak.


Cute kan buaian ni...
Bila kami sampai KL, jiran kat Taman ni pulak buat open house.  Oh no... kami wakilkan suamy jer lah dan kami anak beranak pergi makan Nandos hari ini.  Nyum nyum

Sunday, July 17, 2016

2016 07 17 Syawal 12 Wedding anak YB Datuk Dr Awaluddin Said di Seremban

Kitorang gi wedding berdua jer sebab anak anak ada trial UPSR esok.  Don't play play...

Perjalanan dari KL ke Seremban tak sesak.  Smooth jer.
Alhamdulillah

Kawan kawan Suamy.  Hmmm...

En Suamy ngan Mej Zali

Kami duduk semeja dengan Hj Shaker & K.Cempaka sekeluarga

Suasana di meja registration

Tq for the invitation, YB Datuk Dr Awaluddin Said & family.  Congratulation

Thursday, July 14, 2016

2017 07 14 Syawal 09 Chevy ada kudis

Ari ni bawa Chevy pergi klinik sebab kat leher dia ada kudis.  Dr kata ada bakteria kat situ.  Mungkin sebab colar.  Ohh...
  Sian Chevy.

Timbang - Alhamdulillah dah 2 kg lebih.

Looking for virus under microscope

Payment time
Yang mahal tu bukan kos Doktor tapi kos makanan.
Mengada ngada Chevy sekarang ni - nak makan wet food
dan kos mandikan dia jer.  Huh

Friday, July 8, 2016

2016 07 08 - 09 Syawal 03 Taman Seri Redan

Wow...sudah berbulan bulan tak balik kampung tetapi sebab mak nak sangat balik kg, kami pun balik juga lah.  Sebelum bertolak, sempat jugalah kami solat Subuh dulu kat Surau Darussalam.  Dapat kawan baru, namanya K.Yati.



Kami singgah kat kubur mak di Seremban dulu ...  Mungkin ada aliran air kat bawah tanah, jadi kubur mak nampak berlobang.  Kalau tambah tanah mungkin jadi OK kot.


Sampai kat kg, anak anak terus capai basikal.  Ini jer lah entertainment kat sini tapi diaorang memang suka sangat.


Malamnya, kami makan kat Restoran Terapung Pengkalan Balak.





Wednesday, July 6, 2016

2016 07 06 Syawal 01 Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

Alhamdulillah.  Hari ini kami sekeluarga menyambut Syawal di Cheras.  Persiapan yang biasa biasa aje kali ini tetapi lebih meriah dengan kehadiran 2 orang lagi tetamu Allah dari syurga - Allana dan Fatih.  Semoga kalian berdua membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Buat semua pembaca - Selamat Hari Raya.  Maaf Zahir Batin.  Jika ada sebarang kata kata didalam setiap artikel yang saya tulis, yang anda kurang gemari, mohon ampunkan saya.  Tiada niat untuk mengguris perasaan sesiapa.  Segalanya tentang perjalanan hidup saya, sejarah keluarga saya, perasaan saya dan apa yang saya fikirkan setiap hari. Yang baik itu, saya izinkan jadikan tauladan dan setiap kejadiaan buruk yang berlaku, sila jadikan sempadan.  Wassalam.

Biarlah kali ini, gambar yang berbicara...tentang suasana 1 Syawal kali ini.

Kami solat Aidil Fitri di Surau As-Salam untuk pertama kalinya
Chekedik uzur hari ini
 Lepas solat Aidil Fitri, baru pergi Cheras untuk berhari raya

Hari ini ahli keluarga kami complete dapat beraya bersama sama
tapi dalam gambar ni si kecik Alana tak de pulak...ehh ada lah.  cuma tengok kat baris atas - No 5 dari kiri.  Haa nampak tak?

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang terbaik buat kedua ibu bapa ku.
Jauhkan mereka daripada penyakit yang menyakitkan mereka.
Berikanlah kemudahan untuk mereka berdua beribadat kepadaMu.  Amin

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang terbaik buat kedua ibu bapa ku.  
Jauhkan mereka daripada penyakit yang menyakitkan mereka.  
Berikanlah kemudahan untuk mereka berdua beribadat kepadaMu.  Amin

Azizul's

Azizul's

Getting ready.  Tengok gelagat semua orang bila nak bergambar

Memang picture freak. Pantang dapat camera
Seorang lagi missing.  Tunggu sorang lagi yer.  M.Lang oo MLang, where are you???
Yang kecik lah paling banyak dapat duit raya



Anak anak tak menyempat nyempat nak compare isi Angpow

Anak bujang saya
Seronok tengok mak saya senyum lebar.  Alhamdulillah


Jom beli bunga api.

Dengan hasil tangkapan.  Lihat tenungan si Fatih tu.

Penyejuk Syurgaku forever

Ha ha layan jerlah.  Selagi tak wrap up, takkan bersurai ni.


Azizul's lagi

3 dara

Bila dah kenyang, masing masing layan HP pulak
Lepas tidur sekejap, bolehlah kita pergi beraya yer.

Ini dekat rumah Alang Limah

Muka bosan

Mak saya yang happy sepanjang hari ini.  Alhamdulillah

Beraya kat Damansara
Tamat kisah 1 Syawal tahun ini.  Semoga Allah terima ibadah kami.  Amin Ya Rabbal Alamin