Wednesday, June 1, 2011

2011 06 01

Dah bulan enam.  Sekejap sungguh rasanya.  Ari ni pergi buat full payment penyewaan dewan.  Selesai satu perkara.  Sejak menjak ni, hatiku sungguh tak selesa.  Dengan anak yang jauh di mata, persediaan perkahwinan Aliff yang tak lama lagi, dengan perangai suami yang pelbagai ehhh macam macam masalah.  Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kami semua.  Menghindarkan kesedihan dari melanda hati kami dan menguatkan ingatan kami terhadap yang Esa. 

Buat anakku Ruzain, walau apapun mama tetap sayang pada Ujin.  Belajar rajin-rajin.  Berikan yang terbaik dan ingatlah ... tabahkan hati dalam menempuh ujian hidup ini kerana hasilnya akan kita kecap satu hari nanti.  Jaga akidah, jaga tingkah dan jaga peribadi.  Sentiasalah merendah diri kerana kita tidak akan rugi malahan diri kita akan lebih dihargai.

No comments:

Post a Comment