Wednesday, June 8, 2011

2011 06 08 - Kellies Castle

Anak2 tangganya masih utuh walaupun dibina sejak 1905


Gelap sangat jalan nak ke wine cellar ni tetapi Papa dengan beraninya turun ke bawah.  Kalau nak tahu apa yang ada kat bawah tu, tanya kat Papa sendiri ok

Cantikkan Castle ini.  Beruntung sungguh keluarga Smith ini.  Bayangkan didalam tahun 1905 yang serba kekurangan ini, bangunan sebesar dan sehebat ini dibina diatas bumi Perak yang pada waktu itu kaya dengan hasil getahnya.  Bertuah sungguh orang Perak.



Ini adalah bangunan istana lama yang diduduki oleh keluarga Smith sebelum beliau berhasrat membesarkannya.  Dah elok2 duduk rumah banglo nak buat istana pulak.  Bina istana half way pastu kena pnenomia - terus jalan.




Ini adalah ruang diatas bangunan tersebut.  Jika siap, hendak digunakan sebagai ruang entertaining guest. 






No comments:

Post a Comment