Monday, July 11, 2011

2011 07 11

Terima panggilan dari mak lebih kurang pukul 6:30 ptg.  Dari suaranya aku tahu dia sedang menangis.  Adik kemalangan di Jeram katanya.  Hubungi handphone adik - arah mak.  Tanpa menunggu, aku menghubungi kawan adik yang kebetulan berada di tempat kejadian.  Ajis teruk kak - kaki dia patah kot!!!
Rasa ingin terbang untuk mendapatkan adikku saat itu juga.  Kami akan ikut ambulan ke Hospital Besar Melaka.

Sesampai di Hospital Besar Melaka, adik sedang diperiksa.  Aku lihat ada banyak darah tapi bukan dari luar kulit.  Mungkin pendarahan dalaman.  Doktor akan membuat pembedahan untuk menghentikan pendarahan dan nama adik dimasukkan kedalam queue pesakit untuk pembedahan.

Lebih kurang pukul 9:45 malam adik dimasukkan ke OT.  Aku diminta menandatangani surat pelepasan.
Ya Allah tolonglah selamatkan adikku.  Pembedahan berlangsung selama 8 jam.  Sementelah azan Subuh berkumandang, kami mendapat berita adik akan keluar dari OT.  Keadaannya perlukan perhatian dari doktor dan dia dimasukkan ICU petang tadi. 
Adikku Izam sedang membaca Yasin

Angah dan keluarga sampai jam 12 malam

Pukul 1:30 pagi.  Masih belum ada berita dari OT



Pukul 2:15 pagi.  Kalau tadi perut tak terasa lapar sekarang dah berkeroncong. 
Walaupun tak sedap makan juga untuk alas perut.

Pukul 4:00 pagi.  Ayah dah tak larat tunggu.  Suamy ku juga sudah lentok

FINALLY....

Pukul 6:05 pagi.  Adik mamai kerana diberikan PCA Morphin (morphin yang dikawal oleh pesakit)

No comments:

Post a Comment