Friday, September 30, 2011

2011 09 30


Banyak yang berlaku minggu ini.  Antaranya adalah:-

Pemasangan plate untuk mencantumkan "open book fractured" adik pada 27/09/2011

Tatkala kuiringi kakitangan yang bertugas untuk mengambil adik, tanpa sedar airmata ku menitis.  Betapa terseksanya kehidupan adik jika tiada ahli keluarga yang mengambil berat akan dirinya.  Alhamdulillah, adik beradik yang lain juga sentiasa cuba untuk meluangkan masa melayani kerenahnya.

Nota : pembedahan dilakukan di Ground Floor, Pembedahan Kecemasan Ortho
Bergantung kepada morphine untuk memberikan keselesaan kepadanya.

Sampai di wad, beliau masih belum membuka matanya.  Entah dia sedar kehadiranku atau tidak...

Membawa emak ngan ayah ke Cameron Highlands pada 25/09/2011



 Emak memang pandai shopping.  Bila diajak - tak naklah, mak susah hati nak tinggalkan adik.  Sampai kat Cameron, lupa adik...  Emak emak.


Entah kenapa emak nak sangat bunga ros.  Padahal bukannya boleh simpan lama pun.

Pengalaman menaiki keretapi daripada Ipoh ke Kuala Lumpur pada 25/09/2011


Kutinggalkan Ipoh untuk kembali ke ibu kota tetapi nyawaku disini bersama anakku...

No comments:

Post a Comment