Thursday, February 23, 2012

2012 02 22 Melbourne 4th Day

Nama Uni tempat Ujin belajar adalah RMIT University.  Ada banyak kursus kat sini tetapi famous dengan Design Architecture.  Kat sini diaorang lebih titik beratkan dengan kemampuan dan cabaran otak berinteraksi dengan design.  Hmmm mencabar kan...  Uni kat Malaysia terletak didalam kawasan tertentu tetapi kat sini, Uni nya terletak ditengah tengah bandar. 
Pelajar didedahkan dengan dunia luar walaupun masih didalam dunia pembelajaran. 
Ok...cuba bayangkan Star Hill tu Building 8, Bukit Bintang Plaza tu Building 10, KL Plaza tu Building 12.  Didepannya main jalanraya.  Building tu adalah kampus.  Kampus yang terletak didalam bandar.  Interesting kan.  Melbourne ni kaya dengan seni bina Victoria, malah ruang solat (Building 11) dahulunya adalah bekas penjara yang telah diubahsuai supaya menjadi ruang ibadat - bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua agama.  Ehhh...jangan salah faham bangunan yang sama tetapi diasing kan kepada beberapa bahagian supaya pelajar dan staff yang berkenaan boleh menunaikan ibadah di ruang ibadat masing masing.  Beberaoa km daripada RMIT ni ada University of Melbourne dan Monash University.  Pendek kata, pendekatan yang berbeza untuk tujuan yang sama.

Sekarang ni musim Summer so mostly orang laid back dan sedang bercuti.  Ramai baskers dan artis jalanan menjual hasil mereka di sepanjang jalanraya kat sini.  Banding ngan KL, hmmm macam orang jual ubat kat Chow Kit tu... minus kebersihan dan sikap penjual itu lah...  Myer adalah salah satu shopping Mall terkenal kat sini.  Kerana kuatnya pengaruh Australia untuk orang Australia, kerajaan Australia menyekat kemasukan produk luar negara.  No Bally, no Marks & Spencer.  Australian product only.  F1 Australia pada bulan March tau.  Berminat??
Hubby saya memang suka beg.  Nama kedai itu adalah - Strandbags. 
Alamatnya adalah Bourke Street SB402, 179 Swanston Street.  Blh shop online tau - Strandbags.com.au

Pukul 6:30 petang adalah waktu makan malam kat sini.  Solat Asar pukul 5 lebih tau!!  Ari ni bawak housemate Ujin makan kat Italian restaurant.  Namanya Sophia - lokasinya tak tahu sebab kena naik train dari Melbourne Central.  Satu serving pasta tu rasa rasanya 10 orang pun boleh makan.  Huge...  Yang baju biru tu namanya Shafiq - tahun 5 di University of Melbourne.  Jurusan Medic.  Very nice young boy.  Down to earth.  Kalau tak sebab Shafiq ni, mesti Ujin tak dapat rumah dan nice housemate.  Shafiq ni pelajar tajaan Mara.  Terima kasih Shafiq.  Yang baju putih tu pulak namanya, Syabil, pelajar tahun 3, Mechanical Engineering tajaan TNB.  Student di Melbourne Uni juga.

Sebenarnya kami invite semua housemate Ujin tetapi yang sorang lagi tu terlewat sampai.  Namanya Ariff, pelajar tahun 3, RMIT University.  Jurusan Architecture.  Dapatlah Ujin menimba ilmu daripada housemate ni.  Ujin kata, kat umah, Insya Allah, takde masalah.  Isunya sekarang adalah kat kampus tu, majority pelajarnya berbahasa Cina dan mereka buat bodoh je ngan Ujin.  Aduhai fenin kepala I.  Nak buat macamana yek...

Lepas makan, Ujin balik ke umah so I and hubby jenjalan.  Kedai kat sini tutup pukul 5 petang.  So purely jalan ok.  Saya lebih suka jalan malam sebab cuacanya sejuk, takde bau asap (ehhh siang pun takde bau asap), no honking, yang paling penting sekali sebab malam orang tak berapa ramai.  Kat sini, park adalah tempat orang memanaskan badan.  Imagine padang kelab selangor penuh dengan orang (anak muda, tua, budak kecil).  Bukan untuk concert tetapi untuk mensun tan kan badan diaorang.  Tak masuk akal kan.  Semua padang ada orang .... Bayangkan.  Ohhh don't like.

No comments:

Post a Comment