Friday, February 24, 2012

2012 02 23 Melbourne 5th Day

Ujin ada kelas pukul 9 pagi.  Sementara tunggu Ujin balik, jenjalan kat Lonsdale Street.  Hubby nampak Leather Cargo Company.  Kekononnya nak cuba je.  Sudahnya berkenan ngan jacket anak lembu ni...  Kalau berminat juga, surf kat http://www.leathercargo.com.au/



Ini kat depan City Hall, Swanston Street

Ari ni belikan Ujin, Nasi Beriani Ayam kat Elizabeth Street.  Kat sini jalanraya dia 4 segi je... Takkan sesat punya...

Malam pulak...suruh bebudak house mate Ujin recommend Tomyam Restaurant Halal yang sedap.  Alaaa...kat depan hotel je rupanya.  Dalam Chinatown.  Sebenarnya takut juga nak pergi Chinatown tu.  Pada fikiran saya, Chinatown Melbourne ni sama macam Petaling Street tetapi takde langsung.  It's just road.  Bau colok pun takde.  Tok Pekong pun tak ada.  Good job.  Tempat selamat untuk orang yang takut macam saya.  Tempat pun tak sesak.  Nama restaurant tu adalah Sawasdee Thai Restaurant.  Alamatnya adalah : Lvl 1, 139, Little Bourke Street Melbourne, Telephone No : (03) 9663 4300.  Sedap... 
Harganya, sama macam harga makanan kat Istana Bambu hari tu...

No comments:

Post a Comment