Saturday, March 17, 2012

2012 03 17 Masjid Tanah, Melaka Day 01

Hajat mak, bila Aliff dah sihat mak nak buat kenduri doa selamat.  Jemput jiran tetangga dan kawan-kawan Aliff yang berjasa selama ini.  So after sebulan Aliff kerja, hajat mak pun kami laksanakan.

Siapa nak buat kenduri untuk saudara mara yang banyak telan air liur dek perangai @@@???  Opss...bukan saudara mara tetapi adik beradik, ipar duai.
Tolong jawab.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bertolak dari KL lebih kurang pukul 8 pagi.  Sarapan dulu kat Papa Rich.  Sampai kampung hampir pukul 1 petang.  Si Naza dah muncung.  Lambat sangat sampai, katanya.  Eleh, kalau dia lambat tu takpe.  Sampai je - semua dah siap.  Aiseyman.  Nasib baik Hjh Rabiah tak berleter ari ni. 


Sangat rindu ngan anak kembar saya.  Dah seminggu tak jumpa.  Shi Debab Mama ni busyuklah duduk kampung.

Ramai sungguh orang kampung kat umah.  Aduihh.  Jiwa sangat bohsan.  Perlahan lahan ajak shuamy keluar.  Jum gi main Boomerang nak?  Inilah padahnya kalau jadi "katak bawah tempurung" tak pandai beramah mesra ngan orang.

Tengah main, tetiba abang ngan family sampai.  Apasal korang datang juga haa?  Pergilah tolong mak kat umah.  Leceh betullah bebudak ni.

Ehh ehh Angah sekeluarga pulak datang kat pantai.  Aduihh - jomlah kita makan minum dulu.  Makan nasi lemak kat Pantai Pengkalan Balak.  Sampai umah, ehh ada orang lagi.  Dah dekat pukul 9 malam, orang kampung ni tak balik balik.  Ini baru kenduri kesyukuran belum kenduri kahwin.  Tolong tolong

1 comment: