Saturday, April 7, 2012

2012 04 07 Semangat menulis

Assalamualaikum semua...

I know I've not been writing for a while.  Sejak anak bujang balik, saya sangat sibuk.  Cooking is my main priority.  To keep semua perut kenyang sebelum tidur.

By the way, hari ni hati tergerak untuk menulis.  Actually just to express my feelings about Akidah.  Entah kenapa hati ini sangat marah apabila ada yang memperlekehkan agama.  Tak kesahlah soal solat ke, soal akidah ke, soal makanan ke, soal remeh temeh pun buat saya mula naik angin.  Sangat geram.  Mungkin Allah dah beri hidayah.  Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku salah seorang hambaMu yang terpilih.  Mudah mudahan seluruh ahli keluargaku juga Kau limpahi dengan Rahmat dan HidayahMu.  Amin.

Quotes "Life begins at 40". 
Umur separuh abad ini sepatutnya dijadikan alasan untuk menjadi insan yang lebih baik.  Insan yang mencintai Penciptanya.  Insan yang menghargai keluarga dan masa bersama keluarganya.  Insan yang mengingati mati dan saat kematiannya.  Insan yang mahu dihargai oleh saudara mara dan jiran tetangganya.  Insan yang meninggalkan jasa buat anak-anaknya dan tahu menghargai jasa pasangannya.  Ya Allah, jadikan lah insan itu aku dan pasanganku.  Jauhkanlah kami dari kealpaan dunia, kelalaian akibat dari kemewahan hartabenda dan kemurkaanMu.  Amin Ya Rabbal Alamin.

Just sharing...
Artikel ini tersiar di Majalah Dewan Masyarakat Januari 2008 dalam ruangan agama. – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

"Sedar atau tidak angka 40 ini disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis. Sabda Nabi: “Setiap benih yang disenyawakan selepas 40 hari dalam rahim ibu akan didatangi malaikat. Malaikat itu berkata, wahai Tuhan, baikkah atau burukkah (kesudahannya)? Lelaki atau perempuankah? Kemudian Allah menjawab, tulislah dua perkara, tetap amalannya dan kesudahannya dan rezekinya kemudian sahifahnya ditutup. Tidak ditambah atau dikurang selepas itu.

Kemudian, sesudah kita lahir ke dunia, Nabi galakan pula kita beribadah. Lihat bagaimana angka 40 dikaitkan dengan galakan bermujahadah memperoleh istiqamah dan kemanisan beribadah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang bersolat jemaah tanpa ketinggalan takbir yang pertama dibebaskan oleh Allah dua perkara; bebas daripada api neraka dan bebas daripada sifat munafik.”
Pun begitu, dalam hadis yang lain Nabi SAW memberi peringatan pula perihal ibadah yang tidak diterima Tuhan selama 40 hari. Nabi SAW ketika itu menjawab pertanyaan Saad bin Abi Waqas mengenai petua berdoa agar diterima Tuhan. “Wahai Saad, makanlah makanan yang baik-baik kerana ia akan memakbulkan doa. Percayalah, dan aku bersumpah, siapa yang makan sesuap daripada makanan haram, Allah tidak akan menerima ibadahnya 40 hari. Selayaknya api nerakalah yang membakar daging yang tubuh daripada makanan haram itu.
Mungkin ada benarnya usia 40 tahun itu menjadi titik peralihan kepada tempoh kematangan manusia. Buktinya, Nabi SAW sendiri diangkat menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun. Walau bagaimanapun harus diingat, andai usia 40 tahun masih tidak bertemu titik taubat dan tiada usaha untuk membawa sebarang perubahan dalam diri kita, maka kita sebenarnya sudah menyediakan kesudahan yang sangat buruk. Dari al-Hassan, Nabi SAW bersabda: Barang siapa yang melewati usia 40 tahun, sedang amal kebaikannya tidak mendominasi kejahatannya, maka dia telah menyediakan dirinya ke neraka.” Hadis Riwayat Abu Ubaidah.
Benarlah kata Imam al-Qurtubi, usia 40 tahun itu sepatutnya mewajarkan kita untuk bermuhasabah; mengukur nikmat Allah dan bakti ibu bapa kepada kita. Katanya lagi, berdoalah dengan meminjam firman Tuhan yang bermaksud:
“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau reda; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” Surah al-Ahqaf: 15"

No comments:

Post a Comment