Sunday, June 10, 2012

2012 06 10 Kehilangan handphone

Hari ini sewaktu membeli belah di Supermarket Jaya Jusco, Taman Maluri, seorang lelaki dan perempuan yang tidak kuketahui bangsanya telah menghimpitku ketika aku dan anak anak sedang mengambil udang.  Pada waktu itu, memang hatiku agak hairan kerana island udang tu memang tak ada orang lain melainkan kami bertiga. 

Apabila sedar, pada mulanya hati ini memang MARAH giler tapi kemudiannya berfikir balik mungkin orang itu dalam kesusahan dan ini saja cara untuk dia mendapatkan sesuap nasi untuk keluarganya kerana from the look orang itu bukan orang senang.  Insya Allah, Allah itu Maha Kaya dan Mengerti akan kesusahan makhluk ciptaanNya.  Mungkin jodohku dengan handphone itu sampai disini sahaja.  Sayang sangat kerana banyak memori dalam handphone tersebut.  Ya Allah, lembutkanlah hatiku, ampunkanlah dosa dosaku dan permudahkanlah perjalananku.  Berikanlah aku rezeki yang lebih baik.

Nota:-
Aku tahu jodoh, ajal dan maut itu milikMu tapi aku akan berusaha menyelamatkan jodohku manakala kupohon padaMu ya Allah, jika sudah sampai ajal dan mautku, ambillah aku, suamiku dan anak anakku dan himpunkanlah kami bersama orang orang pilihanMu.  Amin...

No comments:

Post a Comment