Sunday, August 19, 2012

2012 08 18 Ramadhan terakhir tahun 2012

Walaupun aku enggan, Aidil Fitri akan tetap hadir.  Jadi sebagai manusia, aku perlu go with the flow.  Lepas berbuka malam tadi, balik ke kampung.  Tujuanku untuk membantu ibu menyediakan juadah Aidil Fitri. 
Pada mulanya, I planned to berhari raya di Kuala Lumpur sahaja dan mungkin pulang berhari raya selepas itu tetapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui. 
Ada hikmah disebalik semua kejadian.

Lepas sahur, I and suamy dah keluar untuk mencari daging dan ayam. 
Panjang sungguh queue untuk mendapatkan bekalan. 
Kalau ditakdirkan aku tak pulang malam tadi, kesian kat mak ngan ayah kena atur semuanya sendirian.


Call adik2 supaya cepat pulang.  Sepatutnya tak perlu diingatkan sebab dah tanggung jawab masing masing. 
Kalau ada ingatan nak membantu membuat persiapan Aidil Fitri mestilah disipline diri sendiri. 
Kalau memang tahu, jalan akan sesak, keluar lah awal. 
Kalau dah tahu susah nak keluar dari rumah, persiapkan diri dan keluarga supaya tak ada masalah. 
Hmmm...entahlah.  Mungkin aku terlalu memikirkan kepentingan orang lain dan endah tak endah dengan kepentingan keluarga sendiri.


Walaupun cuma mak, aku, seorang ibu saudara dan orang gaji membantu menyediakan persiapan Aidil Fitir, kami berjaya juga.

Menu hari ini:-
Rendang ayam
Rendang daging
Rendang daging campur
Ketupat pulut & ketupat nasi

Alhamdulillah...

Aidil Fitri ... kau datang jua walaupun ada kekesalan di hati.



No comments:

Post a Comment