Saturday, March 16, 2013

2013 03 15 Melbourne Day 07

Ari ni dah nak check out dari Grand Mercure, Docklands ni.  Ajak suamy pergi tengok the Twelve Apostle by car.  Ari tu dah pergi ke Philip Islands dengan tour so lets try and do it ourselves.

Oh...untuk yang tak tahu The Twelve Apostle tu apa, tempat ini adalah satu kawasan laut yang mana keadaan angin dan laut menyebabkan erosion yang melampau.  Batu batu limestone yang lembut terhakis dan yang tinggal adalah batu batu keras yang membentuk gunung batu.  Diberitakan bahawa hakisan berlaku sebanyak 2 cm setiap tahun.  Cuba kira sendiri berapa tahun lagi masa yang akan diambil untuk menghakiskan gunung batu yang lain lain tu...

Disebabkan hakisan terjadi setiap hari, gunung batu akan jatuh menyembah bumi sebagaimana yang terjadi pada 3/07/2005.  Perhatikan perbezaan yang terdapat pada gunung dibawah ini...  Hmmm.... itu sebab saya suka membaca...sebab bila kita membaca dan kemudian mengalaminya.  Fuhhh!!! Caya lah..  Alamilah sendiri.  Thanks En. Suamy kerana sudi membawa saya ke sini.  Alhamdulillah...

Gambar ini menunjukkan batu yang masih berdiri teguh pada tahun 2002

Gambar ini diambil selepas keruntuhan batu tersebut.
Ehsan dari http://en.wikipedia.org/wiki/The_Twelve_Apostles_(Victoria)
 Ok.  Mari lihat pengalaman kami pulak...tapi sebelum tu, kita sarapan dulu.

American breakfast lagi.  Latte yang sangat lazat
Isi minyak dulu.  Perhatikan harganya dan banding kan ngan harga petrol di Malaysia.  Disini, harga minyak lebih mahal kerana kerajaan Australia tidak menggalakkan penggunaan kenderaan bermotor.  Lagipun, tram disini sangat effective.  Untuk city centre ada tram, untuk yang jauh sikit ada train.  Disini, kerajaan sangat takut dengan rakyat.  Di Malaysia.  Ha ha...  Boleh ke?  Percaya tak, kerajaan Australia meng"abolish"kan toll disebabkan riot oleh rakyat dan rakyat diberi pilihan samada memilih jalan bertol atau jalan biasa.  Jalan biasa dia pulak exactly like our north south highway tu.
 
Oklah.  Kat sini, isi petrol dulu baru bayar.  Boleh tak Malaysia buat macam tu??  Fikir fikirkan.
 

Padang rumput sepanjang perjalanan.  Yang coklat tu bukan rumput mati tau.  Itu rumput yang ditanam untuk makanan binatang ternakan.  Cuba pergi kat pet shop.  Mesti ada jual.


Kami nak pergi Bells Beach - tempat Rip Curls melatih surfers baru


Dah sampai ke Bells Beach
Inilah tempat Rip Curls melatih student baru

 

Tak sabar betul.  Lari lari lari...


 
Then, kami singgah kat The Anglesea Hotel untuk buang air.  Tak bagus tau simpan toksik banyak banyak kat dalam badan...

 


Lepas ni, kami nak pergi tengok Light House pulak...  Penting ni.  Kalau tak, kapal tak ada arah tuju.
Tetapi sebelum tu, jom singgah kat Eagle Rock Marine Sactuary dulu


 
 
Sekarang dah sampai kat Split Point Light House.  Sedikit tentang sejarah lighthouse ni.  Dibina pada tahun 1891 dan menggunakan Fresnel lens dari British.  Masih berfungsi sehingga hari ini.  Sejak tahun 2005, mereka telah membenarkan pengunjung menaiki menara ini dan melihat pemandangan dari "lantern room" tetapi sejak mereka memasang stesen pemancar telefon mudah alih, diatas menara itu baru baru ini, mereka telah tidak menggalakkan pengunjung menaikinya kerana bimbang pengunjung terkena radiasi.  Very concern government...
Go straight




Berlatar belakangkan Great Ocean.

Satu lagi gunung batu yang terjadi disebabkan proses hakisan oleh air dan angin

Mereka memanggil batu tu Eagle Rock


 


Eagle Rock (left) and Table Rock (right)


Apa maksud sign board tu ye?
Ari sudah tinggi.  Cuaca makin panas.  Perut pun dah lapar.  Jom cari makanan halal.  Kami makan kat Pizza shop yang bernama Iluka.  They serve breakfast, lunch and dinner sebab mereka pun ada  motel kat bahagian atas restoran.  Actually, whoever interested to go to Twelve Apostle, it is advisable to overnight here and experience the Great Ocean.  Beautiful scenery, nice weather, superb ocean and good quality seafood.

Untuk menghubungi Iluka, boleh contact Jim Papadopoulos.
Alamatnya:-
ILUKA
65-71 Great Ocean Road, Apollo Bay Victoria 3233
Tel : (03) 5237 6534
Email : info@ilukamotelrestaurant.com.au
Website : www.ilukamotelrestaurant.com.au


Fish & Chips je..




Bila perut dah kenyang, boleh lah kita meneruskan perjalanan.  Driving kat sini, sempoi je sebab tak banyak kenderaan.  Jalannya yang bengkang bengkok menyebabkan saya cuma boleh memandu 60 - 90 km/jam sahaja.  Pernah tak korang pergi ke Pulau Pinang (arah ke Hard Rock tu).  Macamtu lah rasanya memandu kat sini tetapi jalannya lebih luas dan lebih selamat walaupun ditepi gunung.

Dah sampai.  Yes!!


Inilah sebahagian dari tanaman yang berjaya mengadaptasikan diri mereka
dengan cuaca yang melampau dan bergaram ni.  Evolution!!
Perhatikan kesan hakisan yang berlaku setiap tahun itu.
Ada berani kira tak? 

Masya Allah.  Subhanallah.  Sampai juga saya kat sini.  Alhamdulillah
Semua batu batu tu ada nama tapi saya tak dapat cari lagi.  Nanti saya cuba.
Cuba bayangkan batu ni.  Ianya terletak tidak jauh dari "observation deck" ni.  Mungkinkah satu hari nanti, observation deck ni pun akan jadi salah satu dari gunung batu akibat dari proses erosion disini.


Antara satu batu ngan batu yang lain tak jauh kan... 
Mungkinkah tempat saya berdiri ni pun akan jadi bongkah gunung juga satu hari nanti??

Impian saya dah tercapai.  Perjalanan yang memakan masa hampir 6 jam ni sangat berbaloi.  Actually, kalau nak tengok twelve apostle ni je, perjalanan hanya 2 jam melalui highway tetapi sebab saya nak guna coastal road dan nak merasai pengalaman memandu di Great Ocean Road, sebab itulah lama.  Sekarang dah Asar, jom balik ikut highway ye.  Giliran suamy pulak memandu sebab saya nak tidur kejap.  Oh ye.. GPS yang dibekalkan oleh syarikat Hertz ni sangat superb.  "You Never Lost" dan memang betul you never lost dan ada banyak option yang diberikan oleh perisian tersebut.  Yang paling saya suka adalah option untuk economical journey dan Tourist Attraction Details.  Sangat berguna.

Pemandangan sepanjang jalan pulang ...

Padang ragut yang berwarna coklat

Telstra - one of mobile phone provider

The Austral Hotel Pokies.  Review ada menyatakan, steak kat sini sangat sedap.
Malangnya - daging nya mesti tak halal.  Huh!!

Dah sampai dan langit sangat indah.
Malam ni kitorang menginap kat City - Hotel Mercure, Swanston Street sebab esok nak uruskan soal bank dan handphone pulak.  Kita layan baskers malam ni ok...

Saya tak suka city sebab sangat sebok. 
Just like our jalan di Bukit Bintang.  Culture yang sangat hay wire.  Pening



Homeless.  Walaupun begitu mereka ni bersih dan tak meminta minta.
Mereka buat satu note kat kertas dan pegang.
Sesiapa yang berminat untuk menderma, boleh hulur. 
Kalau tak, ignore je.




No comments:

Post a Comment