Sunday, March 17, 2013

2013 03 16 Melbourne Day 08

Ari ni ada banyak official matters to be done.  Walau bagaimanapun, kena isi perut dulu. 


The 1st hujan in a week
Melbourne ni memang terkenal dengan musim yang gila.  Dalam satu hari, kita boleh experience empat musim.  Tak caya?  Datang lah sini dan alamilah sendiri.

The Pancake Parlour yang terkenal kat Melbourne Central
Pancake Parlour ni terletak kat Melbourne Central. 
Untuk pertanyaan, boleh hubungi (03) 9654 3117. 
Signature dish - pancake

Suamy saya makan Alice in Wonderland and Long Black. 

Saya nak cuba Jamaican Banana dan Cappucino
Breakfast hari ni berharga AU41.90.  Ada yang nak cuba convert tak?  Tak yah lah. 
Buat sakit hati je.  Lepas ni, kami nak gi bank untuk uruskan penutupan akaun bank dan handphone Ruzain plak.  Mesti banyak masalah ni...

Ehh...esok nak balik tetapi souvenirs tak beli lagi.  Bila balik tangan kosong, mesti hampa, sanak saudara.  Recall balik, apa yang mereka pesan...
(a)    T-shirt ayah (dah beli kat DFO)
(b)    A carton of Red Dunhill (maybe kat airport lah)
(c)    Jam tangan (mana nak cari ni???)  Pening...
(d)    Melbourne t shirt (rasanya kat Victoria Market sesuai kot)
(e)    Macaron (beli kat QV building)

Insya Allah, selepas urusan rasmi, kami akan bergerak dengan misi baru...

Pemandangan di sepanjang jalan...


Kali ni kami tak makan Pie Face pun

Convenience store
Ehh... kat suburb, diaorang nyer 7-eleven ada jual petrol tau

Walaupun lampu isyarat dah bertukar hijau, kalau nampak pedestrian
kita kena "allow them to go first".  Takde orang berani honk pun.
Malaysian!! please copy.

Ada banyak kedai menjual motorsikal di sepanjang jalan ni tetapi jarang
sungguh kelihatan motorsikal disini sbb rata rata mereka menggunakan
tram atau basikal untuk bergerak di dalam bandar ni. 


Penatnyer...  Malam ni, saya nak reward suamy ngan pizza yang sedap.  Perjalanan ke Sofia mengambil masa 30 minit tapi ada banyak jalan ditutup untuk Formula 1 dan Leprachaun festival.  Formula 1 bakal diadakan di Albert Park bermula hari Ahad ni dan Lebrachaun festival tu tak pastilah. Tapi banyak main road kat city dah di tutup.

Menggunakan GPS dari Hertz dan Map dari I Tab kami berjaya sampai ke Sofia.  Yahoo!!  Kan saya dah kata, GPS tu superb sangat. 



Untuk yang berminat, Sofia terletak di 857 Burke Road, Camberwell, Melbourne, Victoria 3124. Tel (03) 9882 1142.  Kenapa saya suka Sofia?  Sebab pizza nya made by an Italian (orang Italy ni full of love) and servingnya sangat besar.  Tak percaya?  Scroll bawah lagi

Suamy saya yang sejuk

Kami pilih beef dan chicken side by side but beef is the best
Daging lembu kat SOFIA ni diiktiraf halal tetapi ham tak boleh sentuh langsung ok.  Confirm HARAM.  Gambar logo halal tu lupa nak ambil lah...


Nak tengok kedai ni dari luar.  Ok.  Ini dia.

Dah malam.  Jom balik...  Ari ni tak jadi shopping pun.  Esok je lah


No comments:

Post a Comment