Friday, March 29, 2013

2013 03 28 Panggilan Baitullah - Inilah Harinya

Hari ini, mak, ayah dan adik akan berangkat ke Tanah Suci Mekah.  Flight dijadualkan pada pukul 4:20 petang dan kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 12:30 tengahari.  Selesa lah timing tu.  Tak payah rushing sangat.

Adik sampai dari Kelang lebih kurang pukul 10:00 pagi.  Sempatlah alas perut sebelum ke Airport.

Kasih seorang bapa.
Meninggalkan isteri dan anak2 demi kasih kepada Rasulullah swt.
Semoga dipermudahkan segalanya
Ayah, Emak, halalkan makan minum along ye. 
Ampunkan dosa dosa along selama ini.
Jangan lupa - jubah satu, plz

Giliran En. Suamy pulak

Keluarga besar kami.  Alhamdulillah
Tengok gambar adik saya (yang baju kelabu tu).
Dah "besar" sampai terlindung ayah saya.

Adik saya ni nampak gonjeng tanpa misai.
Pls put your misai back
Sesampainya kami kat Airport, hmmm... as usual, flight delays.
Hampeh betul.  Buat penat jemaah dan keluarga aje.  Hallo!! Sape nak ganti gue punya duit parking ni haa??  Flight delay sampai pukul 7:20 mlm plak tu.


Macam biasalah kalau dah ramai... macam macam ragam



Jum bergambar lagi...





Akhirnya, saat itu pun tiba ...

Taklimat dari wakil Rayhar Travel
Dah dapat passport, kena pastikan dulu semuanya ok. 
Nama checked.  Gambar checked.  Boarding pass checked.  Visa checked.


Jam sudah menunjukkan pukul 5:35 petang, kami pun berangkat pulang meninggalkan mak, ayah dan adik disini menunggu masa untuk berlepas ke tanah suci.  Insya Allah, kita akan bertemu lagi 12 hari lagi.  Semoga semuanya berjalan lancar dan perjalanan mak, ayah dan adik dipermudahkan oleh yang Esa.

Mak...jangan lupa pesan Along ye.  Jubah 1.

KLIA yang prihatin - tolong sediakan wheelchair/stroller untuk kanak kanak yang keletihan. 
Sangat berguna untuk semua Ibu Bapa (pengunjung) yang mempunyai anak kecil.

No comments:

Post a Comment