Saturday, May 4, 2013

2013 05 04 Pilihanraya - Buatlah pilihan yang bijak

Menjadi rakyat bukan setakat menerima apa yang diberi oleh kerajaan.  Menjadi rakyat bukan sekadar mendengar apa yang dibentangkan DAN menjadi rakyat bukan setakat mengia dan menyetujui semua perkara yang berlaku.

Perlukah kita dengan pembangkang?  Jawapan saya - PERLU kerana disitulah check dan balance dalam Negara. 

Rakyat tak tahu apa yang berlaku di Pejabat Perbendaharaan.  Rakyat tak fasih dengan ilmu perundangan.  Rakyat khayal dengan janji yang ditaburkan tetapi bila ada Pembangkang, rahsia dibongkarkan, akaun Negara diauditkan, dan kekayaan/keuntungan Negara dipertikaikan alirannya dan yang paling penting, sedar atau tidak, keselamatan Negara adalah taruhannya.

Jadi biarlah Pembangkang menjadi Pembangkang dan mereka yang berjaya menjadi kerajaan dan dilantik untuk bekerja didalam Kerajaan bekerja dengan lebih tulus, ikhlas dan  bertanggung jawab untuk lima tahun lagi kerana bosanlah bila sampai election akan datang rahsia anda terbongkar lagi, kesetiaan anda pada Negara diperagui dan sikat kronisme anda dipertontonkan lagi.

Menjadi Menteri memang tanggung jawab yang berat tetapi menjadi umat Nabi Muhammad ini lebih berat lagi.  Mampukah beri jawapan muktamat?  Takkan nak keluarkan video sumpah laknat dan video salah laku pihak lawan untuk raih undi lagi...  Tukar taktik please.

Ceramah pilihanraya bukan setakat medan untuk menunjukkan kelemahan pihak lawan tetapi sepatutnya menjadi tempat perkongsian ilmu untuk memajukan Negara.  Kalau takut pihak lawan memperkotak katikkan cara kerja selama ini, tolonglah keluar dari comfort zone dan bekerjasama memajukan rakyat.  Jangan biarkan Pembangkang membongkar kekhilafan dihadapan rakyat.  Bila Pembangkang berbangsa Cina dan India berbicara, bisa singgah ditelinga tetapi jika Menteri berjaya mentadbir Negara dengan jayanya, bolehkah mereka berbicara sedemikian rupa??

Bila dah tua tua ni...pendapat dah lain sikit.  Kalau kita ni betul betul Negara yang mengamalkan rukun Negara yang lima, praktikkan lah.  Jangan nyanyi je!!

Kenapa takut sangat dengan Hudud?  Kenapa refuse to turunkan harga minyak?  Kenapa taknak beri peluang pada rakyat untuk guna kereta mewah?  Kenapa kerajaan Selangor boleh menghapuskan tol dan berjaya memberi sedikit air percuma kepada rakyatnya.  Kenapa???  MALAYSIA BOLEH kan...so izinkanlah rakyat merasai sedikit kemanisan dunia ini.  Ambillah cadangan pembangkang itu dan implement lah.  Sikit sama sikit, banyak sama banyak.  Tak boleh ke?

p/s...Ini adalah pendapat saya, fence sitter, untuk kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.  Mungkin satu undi tak penting tetapi fikir fikirkan lah...dan buatlah keputusan yang bijak kerana ANDA LAH penentu masa depan Negara anda.

No comments:

Post a Comment