Thursday, May 16, 2013

2013 05 15 Pemimpin Hari Ini

Dipetik dari blog Professor Muhaya

"Hadiah buat Allahyarham Ayahnda Haji Mohamad Bin Haji Busu
Hari ini alhamdulillah telah menjalankan pembedahan mata keatas rakan karib Allahyarham ayahnda saya. Sebelum menjalankan pembedahan teringat kisah yang pernah didengar bahawa jika seorang anak berbuat baik kepada rakan baik atau orang yang disayangi insyaAllah malaikat akan menghantar dulang berisi cahaya dan mengatakan kepada ibu bapa kita ini adalah kiriman anak mu. Alangkah berbahagia nya orang yang mati dengan meninggalkan anak soleh yang mendoakannya. 

Juga nabi Mohammad saw pernah bertanya pada sahabat siapa kah orang yang muflis? sahabat menjawab mereka yang miskin. Nabi bersabda" Tidak mereka yang muflis ialah mereka yang mempunyai anak tetapi apabila mereka mati anak mereka tidak mendoakan mereka dan mereka tidak mendapat apa apa kebaikan dari anak mereka

Oleh itu penting kita semua merenung dan lihat samaada kita hidup untuk mencari pencen kubor kita iaitu
1. Anak yang soleh yg mendoakan kita,
2. Sedekah jariah,
3. Ilmu bermanafaat. 

Berbalik kepada pembedahan tadi ia agak mencabar tetapi berlaku dengan mudah. Rakan ayah saya ini seorang yang dermawan dan warak. Sekali lagi saya membuat rumusan bahawa amalan seseorang merupakan faktor penting didalam kejayaan pembedahan selain dari kecekapan doktor. Wallahuaalam"
 
Sudahkah kita berbuat baik untuk bekal ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua?
Tanyalah iman...

No comments:

Post a Comment