Saturday, May 25, 2013

2013 05 24 Hong Kong - Day 03

Hari ni kami akan pergi ke Ocean Park.  Terletak di Aberdeen, it is one of the famous theme park in Hong Kong which combines theme park experience with nature.  Diberitakan Ocean Park ni adalah Taman Tema ke 7 terbaik dalam dunia dan terdapat 8 taman didalamnya.
 
The Waterfront (Lowland)
(1)     Amazing Asean Animals
(2)     Whiskers Harbour
(3)     Aqua City
 
The Summit (Highland)
(4)     Marine World
(5)     Polar Adventure
(6)     Thrill Mountain
(7)     Rainforest
(8)     Adventure Land
 
Dibuka pada tahun 1977 oleh Governor Hong Kong, Sir Murray MacLehose dan dibahagikan kepada 2 bahagian - The Summit (Highland) and The Waterfront (Lowland).  Nak pergi Highland kena naik Cable Car atau boleh juga naik Ocean Express.
 
Cable car yang menghubungkan The Waterfront dengan The Summit
Harga tiket jika dibeli sendiri adalah HKD280 adult dan HKD140 untuk kanak kanak. 
Ini adalah salah satu sebab kami memerlukan Tour Agent sebab ada discount kalau agent yang belikan.
 
Perjalanan kami bermula disini ....


 
Breakfast dulu.  Arini makan English breakfast kat hotel je
 
 



Transport sampai pukul 9:30 pagi.



Sedang tunggu Tour Guide dapatkan tiket untuk kami


Study map

Main entrance Ocean Park
Cuaca sangat PANAS
Kengkawan, if you planned to go to Hong Kong ni, please pergi musim yang sejuk sikit.  Sekarang ni summer.  Panas giler.  Cuba bayangkan gi holiday kat tempat awesome ni dengan cuaca yang selesa - matahari tapi windy.  Oh!! seronoknya. 



We decided to go to the Summit (Highland) first.  So kami naik cable car.  Mengambil masa 10 minit.  Verdict - rasa sangat selamat sebab cable car dia sangat steady.  Kalau mak saya naik pun, tak kan rasa gayat sebab walaupun angin sangat kuat, tetapi kita tak rasa "car" kita bergerak pun.  Hmmm...boleh tak Genting ambil iktibar dari komen saya ni...

Taman yang ada kat The Summit (Highland) ni adalah:-
(1)     Marine World
(2)     Rainforest
(3)     Polar Adventure
(4)     Thrill Mountain
(5)     Adventure Land

Permainan kat atas ni, mainly roller coaster based.  Antaranya adalah :-

(a)     The Dragon (memang crazy giler sebab panjang dan berbelit belit)
(b)     Crazy Galleon
(c)     Feris Wheel
(d)     The Abyss
(e)     Eagle
(f)     Mine Train
(g)    Raging River
(h)    Space Wheel

AND yes...satu pun saya tak main.  Bukan takut tapi saya kena jaga beg.  Ha ha ... bagus tak alasan tu??


Dah sampai
We start our Ocean Park journey dengan pergi ke Pacific Pier dulu.  Kat sini boleh tengok habitat seals ngan sea lions.


Pacific Pier yang terletak di Marine World


Dapat makan ice cream ngan minum air kosong rasa heaven





Shopping itu adalah keperluan (kemestian??)

Kat sini tak perlu berjalan jauh sebab escalator juga disediakan
In Adventure Land - anak anak dah eager nak main.  Oh no!!  Definetely not for me...Roller coaster is everywhere...

Mine Train
Cuba tengok ni ... scary betul.  Kalau jatuh memang terus terbang ke bawah.  Roller coaster ni, Adik pass.  Takut juga si "dedek" saya ni...  Angah as usual, memang "go for it"

Ngeri tak??


Angah & Papa


Boleh senyum lagi

Nak naik lagi sekali.  Oh tolonglah

Another roller coaster in Raging River - roller coaster ngan air lah pulak...  Aduishh

Tak takut langsung puteri puteri saya tu...
Walaupun queue panjang, tetapi tak terasa sebab, "car" sentiasa ada je.  Very systematic and very friendly


Saya cuma boleh tunggu dan berdoa semoga semuanya OK
Saksikan mereka ...




Daripada The Summit (Highland) kita boleh turun ke The Watefront dengan Cable Car atau menggunakan Ocean Express.  Hong Kong kan terkenal dengan MTR so kat atas gunung ni pun dibina MTR untuk menghubungkan dua kawasan ini.



Kami terus pergi ke Taman Amazing Asian Animals

Kat Panda Village

Rehat jap
Angah dah penat
 Di Whiskers Harbour

Whiskers Theatre di Whiskers Harbour
Theatre tentang hutan dan tanggung jawab manusia

Talking Tree
 Kat Giant Panda Adventure




Sama lah...
 Aqua City
Rehat sekejap sambil minum ais kepal


North Pole Encounter

North Pole


Northpole Fox

Lapar, haus dan penat
Sebenarnya kat Waterfront ni lebih kepada walk with nature, so anak anak macam tak berminat sangat tetapi bila nampak roller coaster, mata diaorang bersinar sinar... Huhhu.  Oleh itu, kami naik Ocean Express dan pergi ke Marine World semula pulak...


Crazy Galleon


Diaorang tunduk sebab katanya "geli"
For me perkataan itu sepatutnya "gayat"


2nd time - tak puas lagi

Testing height
Dah penat.  Hari pun dah malam.  Balik naik cable car pulak.  Satu hari yang penuh dengan pengalaman.  Alhamdulillah takde perkara yang tidak diingini berlaku.  Satu je...kat sini takde makanan halal.  Hurm...



No comments:

Post a Comment