Tuesday, May 28, 2013

2013 05 27 Hong Kong - Day 06

Esok dah nak check out from Royal Plaza Hotel dan nak tinggalkan Kowloon, so hari ni kita jenjalan kat Tsim Sha Tsui je lah.  Kat sini ada banyak branded shops. Macam kat Starhill tetapi tempat ni rasa lebih homey sebab mereka layan semua orang sama rata.  Pakai selipar ke, pakai tie ke, semua pun customer.  Kalau kat Starhill, kalau tak pakai beg Prada, sebelah mata pun tak layan padahal salesgirl tu lupa, diaorang pun belum tentu boleh pakai branded product kat Starhill tu.  Maaf ye, tetiba emo...

Bilik yang akan kami tinggalkan esok

Recommended hotel kalau menginap ngan anak2 sebab ada 2 Queen size bed
Ruang bilik pun besar


Tsim Sha Tsui ni merupakan sebahagian dari Tanah yang ditebusguna (reclaimed land).  Menghadap ke Victoria Harbour.  Mari kita lihat development (sejarah) tempat ini...

Tsim Sha Tshui (yang berwarna pink) during Dynasty Ming
Tsim Sha Tsui di awal Abad ke 20.
The Kowloon Station (low left cornor), the former Marine Police Headquarters
(on the hill inland behind the station), and the Peninsula Hotel (centre)
Excerpt from http://en.wikipedia.org/wiki/Tsim_Sha_Tsui
Tsim Sha Tsui hari ini.  Amazing kan...
Untuk ke Tsim Sha Tsui ni, kita akan naik MTR dari hotel dan turun di Hung Hom.  Dari Hung Hom, naik tren menuju ke East Tsim Sha Tsui, pastu jalan kaki je ke Tsim Sha Tsui ni.  Perjalanan lebih kurang 15 minit je.  Breakfast dulu kat Pacific Coffee.  Hotel tempat kami menginap ni, adjacent ngan shopping mall.  So senang lah nak gi cari sarapan.




Dah breakfast, gi Ladies Market pulak.  Cari souvenir tetapi tak ada yang menarik lah.  Cuaca sangat panas.  Fuyooo...


Dah sampai kat Tsim Sha Tsui station, bergerak ke arah Nathan Road.  Sampailah kita ke tempat yang terkenal ngan branded shops ni.  Kami nak pergi Harbour City, so sepanjang jalan kita dapat lihat, Bollywood shop, kedai jahit, restaurant, jewelleries, cameras shops dan golf shops.  Boutique pun banyak tau.  Pilih je nak yang mana.  Belok ke arah Canton Road dan sampai ke Harbour City.


 Cuci mata je...

Stroller tu brand Silver Cross tau. 
Bayangkan anak sape yang mampu naik Silver Cross tu tapi
pekedai tu layan kami macam kami mampu beli Silver Cross.  Ha ha...


Kat sini tengah heboh pasal rubber duck ni.  Jom tengok.


Project rubber duck ni adalah idea Florentijin Hofman, seorang artist Belanda.  Sebelum ni, itik ni dah diterbangkan ke Osaka, Sydney, Sao Paolo dan Amsterdam.  Artist ni nak orang ramai (bukan hanya kanak2) appreciate his arts by looking at the "duck".  Its like a free public art.  Frankly, I tak rasa macam satu seni pun.  Lets thinks seriously, apa yang seekor anak itik boleh buat untuk mengubah global perception.  Hmm...thinking harder and still failed to find the reason how could the duck change global perception of arts and makes people smile??  I wonder HOW.  Dear reader, do you smile by looking at the picture of this yellow duck?  Seriously, I'm looking at the duck with frown on my face. 


Orang ambik gambar ngan itik, kita pun ambik juga lah...

Dah habis jalan.  Jom balik.

Anak2 yang dikurniakan Allah kesihatan yang baik sepanjang
perjalanan kami.  Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment