Sunday, September 8, 2013

2013 09 08 Berakhirnya Sebuah Perjalanan

Tanggal 8/9/2013, aku yang ketika itu menghadiri kelas Project Management, dihubungi melalui sms oleh suami mengatakan, perjuangan Kak Ngah sudah berakhir.  Beliau pergi mengadap Ilahi tepat jam 12:36 tengahari.

Peperangannya melawan kanser bermula sejak 20/10/2012.  She was a fighter.  Walaupun kanser Stage 4 itu memang susah ditewaskan, beliau bermati matian melawan.  Melawan untuk suami, anak2 dan cucu2.

Semalam, Doctor memang sudah menasihatkan kami supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Hari ini terbukti, Qada dan Qadar itu pasti...  Itulah Rukun Iman ke 6 !!
Rehatlah Kak Ngah.  Anda sudah puas berperang dengan penyakit ini.  Semoga Allah mempermudahkan perjalananmu disana.

Susah sungguh untuk aku menerima ketentuan ini.  Sudah tidak ada lagi nasihat darinya. Sudah terputus hubungan persaudaraan kami dengannya.  Sudah tidak ada tempat untuk aku mengadu.  Sekarang situasi sudah berbeza...Yang pasti ... kami akan jadi orang asing di dalam keluarga Shariff semula...  Percayalah.  Masa akan menentukannya.

21/07/2013

No comments:

Post a Comment