Friday, March 28, 2014

2013 03 28 - 30 Bercuti ke Melaka

Normally, orang yang kampungnya di Melaka tak akan bercuti ke Melaka.  Nape yek??
Tapi kali ni, sempena cuti sekolah, kami mencipta kelainan - bawa anak anak bercuti ke Bandar Melaka.
Surprisingly seronok and awesome.  First time juga kami 4 beranak naik beca.  Tak pernah terfikir bahawasanya kami akan meronda bandar Melaka ngan beca.  It was fun but seriously "dangerous".  The trishaws "driver" was so daring.  Dengan beraninya mereka akan cilok cilok kat main road untuk mengelakkan traffic yang memang panjang gilers...

Kami menginap di Hatten - hotel baru ni ditengah bandar Melaka ni.  Waktu kami sampai ke hotel pada hari Jumaat, jam dah hampir 6 petang.  Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat so lepas mandi kami pergi makan di Pernu.  Kami makan ikan bakar sambal, udang butter (tapi tak rasa pun butter nyer) dan ketam lada hitam.

Semua orang lapar.  Licin.
Keesokan paginyer, En suamy ajak pergi Pulau Besar.  Apa lagi, breakfast cepat cepat and off we go...
Layan gambar ok.

Orang semua dah nak gerak - budak ni tak abis lagi...

Jeti

Alhamdulillah laut was calm


Pulau besar ni memang terkenal dengan perkara
yang bukan bukan dan khurafat

Kambing yang akan dikorbankan untuk jamuan
malam nanti kot.  Kat sini pengunjung dibenarkan
membawa binatang hidup untuk disembelih dan dimasak
oleh restaurant berdekatan.  Macamana agaknyer
kambing ni naik bot yer??

Longest kubur in Pulau Besar
Sedikit info tentang kubur ni ok...

Diberitakan bahawa kubur ini kepunyaan Sultan Ariffin yang berasal dari Baghdad.  Beliau ni keturunan yang ke 18 Rasulullah saw (cucu cicit Saidina Hassan r.a).  Nama sebenar beliau adalah Sheikh Ismail Abdul Qadir tetapi digelar Sultan Ariffin yang bermaksud Penghulu orang orang yang arif.  Kononnya beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam Islam dan ketika menziarah makam Nabi saw, beliau didatangi suara yang menyuruh beliau mengembangkan Islam di Kepulauan Jawa.

Normally, kita lihat kubur orang melayu, diziarahi oleh orang melayu kan tapi kat sini, kebanyakan yang datang adalah dari keturunan India - ada India Muslim, ada India yang tak muslim okey...

Dah penat jalan jalan dan dah solat kat surau dalam Pulau Besar ni, masa untuk pulang pun tiba.
Air laut dah surut, so susah sikit nak parking bot.


Nampak tak selut selut hitam tu
Propeller tu dah kena kat tanah laut.
 Malamnyer kami naik beca pulak...




Kat Pasar Malam Jonker Street
Macam kat Petaling Street jer...

I love this old building ... fantastic


Nak masuk Hard Rock Cafe tapi orang tersangatlah
ramai so bergambar kat tangga je lah.

Hallo Kitty lak

Beca ke tiga malam ni... Satu trip RM15.00 jer...
Boleh lah kan...penat budak budak tu berkayuh



No comments:

Post a Comment