Thursday, April 24, 2014

2014 04 23 Butter Prawn - Percubaan Pertama

Ari ni nak cuba masak butter prawn.  Selalunya makan kat luar jer, apa kata kita cuba masak sendiri pulak...

Mula mula keluarkan udang dari dalam fridge dan kemudian defrost kan dia.  Sambil tunggu udang defrost, kita boleh sapu dan mop rumah dulu.

Bila rumah dah siap kemas, ambil udang tadi dan potong belakang dia.  Actually, I don't know why kena potong belakang udang tu...  Hmm...buat jer lah sebab kat Masterchef Australia ari tu kata ada tahi kat belakang tu.  Yang coklat tu ke?  Biar betul.



Ok.  Potong belakang udang dan buang benda hitam tu.  Lepas saya cuci, udang tadi di perap (cuci) dengan air limau.  Sekarang ni dah ada tanam limau kasturi so senang sikit nak cuci makanan dengan limau.

Oh ye... udang saya tak buang kulit tau sebab saya sangat suka makan, gigit dan hisap hisap kulit udang yang mmmmmmhhhh sedap dan crunchy tu.  Gambar takde sebab masa tu, semangat masak sedang meletup letup dan semangat takut tak jadi pun sedang membara bara.

Next saya ambil 4 ulas bawang putih dan 6 biji cili api - hiris halus.  Ketepikan dulu ok.

Mula mula sekali, saya nak buat serdak - benda  crunchy macam kelapa kering yang selalu orang letak kat atas udang tu.  Cara saya adalah... saya guna 4 biji kuning telur dan pukul manja manja.
Masukkan minyak masak dan butter.  Biar hingga minyak panas dan tuang telur tu kedalam kuali tinggi tinggi.  Cepat cepat kacau dengan senduk sebab kalau tidak serdak tu tak menjadi halus.  Gambar masa menggoreng takde sebab tangan sibuk dengan senduk.  Kalau dibiarkan mesti hangus. Toskan telur tu tau.

Ini pun consider hangus sikit
Ambil udang tadi, cuci bersih bersih dan toskan.  Udang ni nak kena goreng so udang campur dengan garam dan lada hitam sikit.  Haa... guna minyak goreng telur tadi dan tambah satu senduk mentega lagi sebab I love butter and ini cara saya masak ari ni ok.  Orang lain saya tak tahu - goreng sampai separuh masak.  Tak mau sampai masak garing tau sebab nanti udang liat.  Tak sedap lah.  Bila udang dah bau macam .... hmmmm sedap, angkat dan toskan.  Minyak tadi saya tak pakai balik.

Udang yang digoreng separuh masak
Meleleh air liur den
Sekarang ni final stage.  Ambil 2 senduk butter dan tumis bawang putih ngan cili api tadi.  Masukkan daun kari.  Kacau hingga garing then ambil susu cair (saya guna separuh cawan).  Tuang dalam kuali.  Jangan risau tak meletup letup pun.  Bila dah pekat sikit masukkan garam, serbuk perasa dan udang yang telah digoreng tadi.
Bawang putih, daun kari dan cili api

Siap dan dah boleh makan.  Cuba tau.  Kalau sedap cerita kat kengkawan lain.  Kalau tak sedap, kita try sekali lagi sampai jadi sedap ...


Si Angah tak nak tunggu lagi.  Terus nyum nyum

Anak anak saya kata sedap.  Yes!!
Alhamdulillah
Sekarang salin bahan bahan ok...

Bahan yang perlu dihiris halus
4 ulas bawang putih
6 - 8 biji cili api

4 biji kuning telur dipukul manja
Daun kari
Udang (saya guna 15 ekor udang kertas saiz besar)
Susu cair (saya guna Carnation)
Garam, lada hitam dan serbuk perasa
Minyak dan butter

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment