Friday, June 13, 2014

2014 06 12 Jemputan dari Allah dan perjalanan itu pun bermula

Berdebar debar apabila bangun pagi.  Macam tak percaya segala yang diusahakan dan doa yang dipanjatkan selama ini akan menjadi kenyataan.

Selepas zohor, we drove to KLIA.  Buat semua keluarga, Along tak nak kami dihantar ke KLIA.  Cukup disini sahaja - Kami nak pergi bekerja, jangan halang pekerjaaan kami.  Kami nak mengumpul sebanyak2nya dana untuk akhirat dan tujuan utama kami adalah kami mahu masuk syurga tanpa hisab jadi tolong permudahkan.


Tapi mak "tak nak dengar kata", dia nak juga hantar and I keep it to myself and told myself that "Allah sentiasa menguji" dan inilah ujian pertama untukmu.  Kami tak nak tunggu lama di luar.  Cepat cepat boarding dan terus pergi ke surau untuk solat sunat.  Kami minta perjalanan kami dipermudahkan dan kesihatan kami baik sepanjang perjalanan pergi dan balik.

Selamat tinggal keluarga.  Ku tinggalkan kamu dengan Allah.  Aku yakin semua yang baik perancangannya akan berakhir dengan baik.

Boarding time

Selamat tinggal semua
Aku tinggalkan kamu semua kepada Allah

Kami lah tetamu Allah itu


Eurotrain
Shops at Satelit building

Perhatikan duit RM1 itu

Sementara menunggu queue untuk ke perut pesawat, terlihat wang RM1 diatas lantai.  Hatiku tertarik untuk menunggu.  Siapakah yang akan "sudi" mengambil wang tersebut.  Beberapa minit berlalu.  Beberapa insan bertanya tanya sesama sendiri "is that your money?"  Mereka menggelengkan kepala mereka dan berlalu.  Masih tak ada yang sudi mengambil wang tersebut hinggalah .... seorang security guard dengan selambanya mengambil wang tersebut dan berlalu seolah olah wang tersebut memang kepunyaannya ataupun beliau sudahpun melihat dan memerhatikan wang tersebut hingga momentum beliau menundukkan badan untuk mengambil wang tersebut sangat smooth.  Wow!  Syukran Ya Allah.  Wang itu sekarang milik sah lelaki tersebut.  He he

Flight details
12/06/2014 Kul - Dubai - Med 18:10 - 3:00
13/06/2014 Med
14/06/2014 Med
15/06/2014 Med - Makkah
16/06/2014 Makkah
17/06/2014 Makkah
18/06/2014 Makkah
19/06/2014 Makkah
20/06/2014 Jed - Dubai - KL
21/06/2014 KL

Alhamdulillah, Anak anak obey ngan instruction
untuk ikut kami ke tanah suci
Ya Allah, jadikan perjalanan kami ini perjalanan yang diberkati, permudahkan lah perjalanan kami, permudahkanlah ibadah kami dan yang penting sekali, jadikanlah perjalanan ini titik permulaan untuk perubahan diri yang abadi.  Amin Ya Rabbal Al Amin...

Tiring and jet lag
Sampai Dubai Airport lebih kurang pukul 8:30 malam.  Airport yang stunning dan sungguh indah.
Kedai pun banyak tetapi hati ini kurang bersemangat untuk shopping.  Entah kenapa.  Mungkin salah satu dari doaku adalah mengurangkan shopping dan perbanyakkan ibadat.  Ada berkat disebalik semua usaha.

Dubai - Madinah boarding at 0030.


Money changer

 Kami dah berjanji untuk belikan anak anak "sesuatu" jika mereka ikut kami menunaikan umrah dan "sesuatu" itu cost us SR1,128.00.  Nangis!!  Anak oh anak


Dubai Airport
Didalam kesejukan Airport, terlelap lelap tunggu boarding time but the guys (jemaah lelaki) nampaknya berkumpul kat kedai yang buat live telecast World Cup.  Hmm... untung menjadi lelaki tetapi kalau mereka ni tak mempergunakan kelebihan yang Allah bagi pada mereka.  Rugi hoo!!

No comments:

Post a Comment