Sunday, June 15, 2014

2014 06 14 Madinah Day 02

Hari ini, kami dijadualkan untuk ziarah luar Kota Madinah.  So cepat cepat gi Solat Subuh.  Pagi ni kami pergi berdua je.  Biar anak anak solat kat bilik hotel je.  Kami nak solat lama lama.  Kalau bawa anak anak, leceh sikit sebab diaorang nak balik cepat.  Tawakkallah kami kepadaMu Ya Allah dengan meninggalkan puteri puteri kami diatas jagaanMu.

Gambar ni diambil oleh seorang jemaah.
Bermurah hati beliau kan.  Alhamdulillah

Ya Rasulullah, pintu rumah mu dan pintu Kaabah sahajalah yang paling cantik dalam hatiku

Pemandangan jual beli dalam perjalanan pulang dari
Masjid ke hotel

Cantik nya Masjidil Nabawi pada 0535





Gambar ini diambil oleh seorang Jemaah dari Trengganu.
Beliau sedang menunggu isteri beliau keluar dari Masjid.
Insya Allah kejap lagi isteri pakcik sampai ok



Hotel kami, nun di hujung sana - Al Eiman Royal Hotel

Beli beli beli

Suami saya beli kacang
Hati saya masih belum mahu membeli.  Alhamdulillah

Lihat formasi payung tu.  Subhanallah


Superb

Orang orang di Madinah ni sangat lembut.
Kami rasa "sesuai" dan rasa dihormati ketika bersama mereka.
Dalam perjalanan pulang, singgah di kedai buku yang menjual tasbih.  Kami nak mencari tasbih yang diperbuat dari kayu kokka.  Kayu kokka adalah kayu yang bermutu tinggi dan sering diguna pakai pada zaman Nabi terdahulu.  Bahtera Nabi Nuh, Tongkat Nabi Musa dan Tongkat Nabi Syuaib diberitakan diperbuat dari Kayu Kokka.  Wallahualam.

Membeli tasbih yang diperbuat dari kayu kooka yang wangi.

Sementara suami beli, saya selfie dulu yer


Gambar ni diambil oleh peniaga kedai buku tu.  He he
Suami saya sedang memegang tasbih kayu kokka yang wangi.

Inilah hotel kami - Hotel Al Rayyana


Lepas sarapan, ziarah luar kota Madinah pun bermula.
Mula mula kami pergi Masjid Quba.  Betul ke ejaan ni??
Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam dan terletak kira kira 2km daripada Masjid Nabawi.  Diceritakan bahawa Nabi SAW akan bersembahyang di Masjid ini pada setiap hari Sabtu.  Ehh...hari ni hari Sabtu lah.  Alhamdulillah.  Mesti Nabi nampak kami solat di Masjid nya hari ini kan.

Diriwayatkan oleh Tirmizi, Nabi pernah bersabda - "Sesiapa yang bersuci (mengambil wudu') di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan sembahyang didalamnya, GANJARANNYA samalah dengan ibadah Umrah".  Yahoo!!  Ehh...  Alhamdulillah.




Masjid Quba - Ihsan jemaah dari Johor

Selamat tinggal Masjid yang bersejarah
Lepas tu, kami pergi ke Jabal Uhud.  Sampai sini, hati jadi sedih.  Sedih sebab umat Islam jadi tamak dengan harta dan kemudian nyawalah jadi taruhan.

Didalam tu, terletak makam para Syahadah
Alfatihah


Suami saya sedang mendengar sejarah Jabal Uhud
dari Ustaz Elham

Inilah Jabal Uhud
Bukit yang menjadi medan pertempuran yang menyaksikan gugurnya pakcik Rasulullah SAW,
Sayyidina Hamzah.  Gigi dibahagian hadapan dan gigi taring Baginda juga patah.
Mengalami kecederaan, Baginda bersembunyi di dalam Gua Uhud

Pertempuran dengan tentera Quraisy ini pada mulanya dimenangi oleh orang Islam tetapi apabila pemanah yang berada diatas Bukit Uhud melihat musuh lari meninggalkan harta di kaki bukit, mereka meninggalkan medan perang walaupun telah diingatkan supaya jangan meninggalkan medan perang walau apa pun berlaku.  Kerana engkar, tentera berkuda Quraisy yang melihat pasukan pemanah meninggalkan medan perang bertindak membalas serangan dan mengepung tentara Islam.

Bukit tu tak tinggi sangat pun sebenarnya dan
dinamakan Uhud kerana bukit ini satu dan tidak bersambung
sebagaimana bukit bukit lain disekitarnya


Untuk menyejukkan pandangan mata yang bersilau dek kepanasan di luar, kami dibawa ke ladang kurma.  Tak pergi ladang pun.  Pergi kedai hasil ladang kurma tu jer.  Hati masih tak nak membeli belah so beli 1 kg kurma Anbar dan 1 kg kurma Ajwa jer.


Teringat pesan Busu untuk dapatkan Habbatus Sauda
untuk Busu Atta yang mengidap kanser.
Mencari Habbatus Sauda - Busu Leman mengirim Habbatus Sauda untuk adik Busu Maimon yang mengidap kanser.  Habbatus Sauda adalah sejenis biji biji hitam yang diberitakan mempunyai pelbagai zat yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk melawan dan mengusir virus jahat.  Tubuh juga boleh menguatkan sel sel dalam badan dan menyembuhkan penyakit - dengan izin Allah.


Ngan jemaah dari Johor Bahru
Tamatlah ziarah luar kami hari ini.  Sampai kat hotel, suami ajak pergi Taibah Commercial Center untuk beli buah tangan.  Terkejut sangat sebab suami kata esok dah nak berangkat ke Mekah.  What??  I didn't buy anything for anybody.  Mesti sedih tengok keluarga tunggu.  Oh no.  Mesti beli, beli, beli... tapi masa tak cukup.  Nak pergi solat zohor dah ni ...


Tasbih untuk office mate
I should stop walking and buy some jubah.  Oklah sahabat handai, ini aje yang dapat dibawa balik.  Tujuan Along ke mari untuk ibadah, so please don't expect more than this.  Alhamdulillah, Allah dah bagi rezeki untuk bawa balik buah tangan ini dari Masjidil Nabawi.  Semoga pakaian yang dibeli ini dan membaluti tubuh kalian akan memberikan Along tiket ke syurga tanpa hisab.  Gunakanlah ketika kalian solat dan harap dapat doakan yang baik baik untuk kami sekeluarga.  Mulai dari hari ini, harap jagalah aurat dan mudahkanlah solat yer.

Lapar!!  Makan di Al Khaleed.  Sebelah hotel jer

Kawan kawan, kalau beli makanan di sini, tak payah beli
banyak banyak sebab portionnya sangat banyak.
1 portion boleh share ramai ramai tau!!

Membazir aje kan.  Tak habis pun.

Muka kenyang dan mengantuk

Chicken finger yang sedap.  Highly Recommended

No comments:

Post a Comment