Sunday, June 15, 2014

2014 06 15 Perjalanan dari Medinah ke Mekah

Hari ni kami semua akan berangkat ke Mekah.  Hatiku masih belum puas.  Aku mahu terus berdoa dan bersalawat ke atas Nabi Junjungan Besar.  Selepas Subuh, kuhubungi suami dan kuberitahu bahawa aku akan sedikit lewat kerana aku ingin mengunjungi Raudah sekali lagi.  Raudah bagi kaum perempuan bermula jam 0630 dan aku mesti merebut peluang ini.  Aku mahu personally mengucapkan selamat tinggal buat Baginda.  Masjid Nabawi sangat dekat dekat sanubariku.  Sangat syahdu meninggalkan tempat sujudku ini.  Airmataku tidak dapat ditahan tahan.  Mengalir bagai sungai yang baru dilanda bah.  Ya Allah, damaikanlah hatiku ini.

Selamat tinggal cintaku

Menunggu di karpet yang ditandakan "Melayu" dan diawasi oleh
petugas Masjidil Haram (yang pakai purdah hitam tu)
Aku berjaya...  mengucap selamat tinggal buat Rasulullah dan sahabat sahabatnya.  Moga aku dijemput kemari lagi.  Insya Allah.

Bumbung hijau itu kekal didalam hatiku dan aku akan
datang lagi. Insya Allah

Tidak dapat menahan air mata kerana aku akan
meninggalkan kekasih Allah.  Sedih yang teramat...
Dalam perjalanan pulang, ku lihat laluan pulang ku yang selama ini sibuk dengan peniaga, hari ini lengang.  Mana semua orang haah?  Oh rupa rupanya "DBKL" Madinah datang buat serbuan...

Unbelievably lengang

Ada kakitangan yang sedang "membersihkan" kawasan
kaki lima - walkway sebenarnya tak boleh berniaga

Pak Arab in action

Sampai bilik.  Adik tengah tutup hidung sebab katanya ada pink thing kat hidung.  I think mungkin tahi hidung adik keras dan dia cuba keluarkan dan menyebabkan darah.  Hmmm...takpelah.  Rezeki Allah tu.


Kemas dan ucap selamat tinggal kat bilik ni...  Terima kasih bilik no 1423 yang sentiasa menjaga kami dan mengawal anak anak kami ketika kami keluar beribadah.  Terima kasih Allah.



Lepas ni ucap selamat tinggal kat lif yang sentiasa redha membawa kami turun dan naik dengan selamatnya.

Last picture - perjalanan turun ke lobby

Sekarang buat solat zohor berjemaah dan lepas tu buat ziarah wada - ohhh nangis lagi.  Selamat tinggal Rasulullah.

Selamat tinggal Masjid Nabawi yang sangat memberikan
ketenangan buat kami didalam mengerjakan ibadah
Perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam tu berjalan lancar. Selepas makan tengahari, kami berihram dan perjalanan pun bermula. Untuk mereka yang berihram, pantang pantang yang perlu dipatuhi adalah:-

(a)  Tidak boleh memakai bau bauan
(b)  Tidak boleh memakai pakaian berjahit bagi kaum lelaki
(c)  Tidak boleh membunuh sebarang binatang yang boleh dimakan
(d)  Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki dan muka bagi kaum perempuan
(e)  Tidak boleh mematahkan sebarang pokok

Perjalanan yang panjang cuma dihiasi dengan bukit
bukit batu dan kawasan tandus.
Betapa kerdilnya kami - bayangkan penghijrahan
Rasulullah saw.  Subhanallah

Tidak ada pohon pohon untuk berteduh.
Cuma bukit bukit batu sepanjang perjalanan

Perjalanan dari Kota Madinah ke Kota Mekah memakan masa hampir 6 jam dan berjarak hampir 420 km.  Kami berhenti di Bir Ali untuk Miqat umrah pertama kami.  Disebabkan semua jemaah sudah bersolat sunat ihram di hotel, kami tidak berhenti untuk solat sunat ihram.  Perjalanan diteruskan dengan bacaan

Labbaikallah Hummallabbaik
Labbaikallah Syarikalla Kalla Baik
Innal Hamda Wanni'mata
Lakawal Mulk
Laa Syarikalak

"Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi Mu
Hamba datang menyahut panggilan Mu
Sesungguhnya segala pujuan dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan Mu tidak ada sekutu bagi Mu"

Sepanjang perjalanan lidah saya meneruskan pembacaan ini kerana saya yakin inilah yang perlu disebut bagi semua jemaah, bukan borak borak kosong.  Didalam keadaan separuh tidur pun, hati saya masih menuturkan bacaan itu.  Ya Allah, permudahkan lah perjalanan kami.  Terimalah kami ditanah suci Mu, tanah Mu yang amat berkat.  Kami tinggalkan kota Madinah yang sangat tenang dan sangat rapat dihati kami menuju ke kota Mu yang menjanjikan beribu kenikmatan untuk beribadat.  Permudahkanlah ibadat kami.  Amin Ya Rabbal Alamin.

Kami berhenti di sebuah R & R (maaf tak ingat nama tempat tu) untuk meluruskan kaki dan ke tandas.  My first mistake selepas berihram - disebabkan cuaca yang sangat berdebu dan berangin, saya telah menggunakan kain tudung untuk menutup hidung.  Oh no!! sangat takut - kena dam ke?  Cepat cepat tanya ustaz dan ustaz kata, jika kita menggunakan kain itu dengan niat untuk menutup hidung kita dari debu - tak mengapa.  Alhamdulillah.

Nota Kaki 01
Perjalanan kami ini sentiasa dirahmati dan diberkati.  Waktu di Airport Madinah, kami cuma mengambil masa 20 minit untuk melepasi Imigresen padahal cerita yang kami dengar - ada yang sampai 2-3 jam.  Alhamdulillah - Aku yakin, kami adalah tetamu Mu yang terpilih.

Nota Kaki 02
Perjalanan kami ke kota Mekah juga tidak mengalami sebarang masalah - menurut Mutawwif - kadang kadang Allah duga dengan kenderaan rosak atau kesesakan jalanraya yang keterlaluan.  Alhamdulillah, kami ini terpelihara dari masalah.  Kamilah tetamu Allah yang terpilih itu dan kami sampai lebih awal dari jangkaan.  Alhamdulillah - Aku jadi lebih yakin, kami adalah tetamu Mu yang terpilih.

Nota Kaki 03
Permintaan kami untuk membawa kedua dua anak perempuan kami juga dipermudahkan.  Tidak sampai 48 jam, kelulusan untuk membawa mereka diterima.  Alhamdulillah.  Kamilah tetamu Allah yang terpilih itu.  Bangganya menjadi umat Muhammad saw yang dipilih.  Terima kasih Ya Allah.

Nota Kaki 04
Something that I'm proud of but I know people will say I should not do it sebab tak wajib, tak perlu bertolak tolak, tak perlu minta terlampau banyak dari Allah etc.  Ya Allah, terima kasih kerana mempermudahkan aku mengucup Hajarul Aswad.  Aku sangat bangga kerana aku adalah salah seorang dari berjuta ummat yang telah diperkenankan untuk mengucup pieces of Hajaral Aswad.  Aku bangga kerana Allah beri aku peluang dan memperkenankan permintaanku CASH.  Itulah bukti Allah sayang padaku.  Syukran Allah.

Pemandangan di R & R
Takde awan langsung. 


Aduhh...santai sungguh
Makan beratapkan langit.  Bersila sambil makan
beriani ayam/kambing ramai ramai

Ini bas kami - Dallah 2154

Suasana tempat makan tetapi kami tak makan kat sini

Tumpang tandas ye
Despite orang kata tandas nya kotor tapi bagi saya
"Bolehlah!!  Ada kalanya toilet kat KL kosmopolitan ini
pun ada yang lebih busuk dan kotor"

Menutup hidung untuk mengelakkan debu dan angin


Sesampai kami di hotel, kami terus mandi dan menyalin baju untuk umrah pertama kami.  Dalam hati, Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya.  Allah terima aku tak?  Allah maafkan aku tak?  Boleh tak aku nampak kaabah?

Kami solat Maghrib dan Isya' di bilik dengan tenang berjemaah dengan suami dan kemudian makan malam untuk mengalas perut.  Apabila ustaz datang untuk mengerjakan umrah, kami berjalan bersama jemaah yang lain.  Hati lebih takut dan lebih berdebar.  Ya Allah, bantulah aku meredakan kegentaran ini.  Sesampai di tembok besar yang bermarmar itu (pintu Masjidil Haram), kami mengucap salam.  Itulah pintu masuk yang akan kami masuki sepanjang kami di Mekah ini.  Masya Allah!!  I'm in Masjidill Haram.  Allah memang sayang pada kami dan kami memang tetamu Nya yang istimewa.

Kini, Kaabah yang sangat digeruni sudah ada di depan mata dan saya sangat terkejut.  Kenapa manusia takut untuk menemui penciptaNya?  Ya Allah, Engkau Maha Besar dan Maha Agung dan Engkau menerima aku manusia hina ini mengunjungi rumah Mu.  Terima kasih Ya Allah.  Aku tidak takut lagi pada Kaabah tetapi aku mahu sentiasa sujud dihadapan pintu rumah Mu dan itulah yang ku lakukan.  Aku cuba dan cuba dan cuba untuk solat di pintu Kaabah itu.  Kadang kadang berjaya.  Kadang kadang kena halau oleh petugas (Hajjah Hajjah)...   Tempat ini memang digazettekan mainly untuk kaum Adam.  Kaum Hawa ni sangatlah terpencil.  Nak solat pun kat belakang belakang tapi buat administrator Masjidil Haram - boleh tak buat sesuatu supaya ada tempat istimewa di peruntukkan untuk kaum Hawa (macam kat Masjid Nabawi tu).  Tempat yang agak selesa dan tak lah dibawah panas terik dan berdebu.  Sedihnya...  Sekadar rayuan

Anak anak selepas Saie
Alhamdulillah

3.5 km ni sebenarnya sangat meletihkan
Mental memang kena kuat sepanjang masa

Aku berjaya melepasinya.  Alhamdulillah
Buku doa pemberian Ar Rayyan sentiasa ditangan
Itulah pedomanku.  Itulah ibadatku

Minum air zam zam yang penuh berkat

Haa...cuba teka.  Inilah Bukit Safa


Bertahalul selepas habis saie.
Penamat ibadah umrah kami.  Alhamdulillah

Inilah penghuni syurga - inilah tetamu Allah


Wajah kegembiraan kerena semuanya dipermudahkan oleh Yang Esa

One for family album

Mama sayang sangat ngan adik.  Terima kasih sayang


Kamilah suami isteri yang paling istimewa hari ini kerana kamilah pasangan yang terpilih
untuk menjadi tetamu Allah dan kami berjaya mengharungi semua cabaran dan dugaan
umrah bersama sama.  Alhamdulillah


Masjidil Haram tidak pernah sunyi
Diatas tu kelihatan laluan untuk wheel chair

Pemandangan diluar Masjidil Haram
Jom balik bilik.  Dah penat
Ehh ehhh.... berkaki ayam?? Nape??

Kasut hilang - ujian Allah buat suami saya.  Its ok shayang.  Allah sayang you.
Mungkin selipar itu tunggu you di syurga.  Insha Allah

No comments:

Post a Comment