Monday, June 16, 2014

2014 06 16 Kota Mekah Day 02

Jam 3:30 pagi kami dah bangun.  Dalam keadaan antara percaya ngan tidak, bangun mandi dan siap siap untuk bersolat subuh di Masjidil Haram.  Alhamdulillah, walaupun malam tadi habis umrah hampir pukul 12:30 malam (5:30 pagi waktu Malaysia) tetapi kami suami isteri masih gigih untuk ke Masjid.  Itu janji kami sejak di Malaysia lagi.  Insha Allah.  Kami mesti menguatkan tekad untuk masuk ke syurga tanpa hisab.  Amin.  Anak anak kami tinggalkan di bilik hotel sebab kami tak mahu ibadah kami mengganggu mereka atau mereka mengganggu ibadah kami.


Waktu zohor pun kami gagahkan juga ke Masjid untuk solat.  Saya memilih untuk solat di tingkat 1 Masjid.  Jam belum pukul 1 tengahari tetapi kami dah sampai disini untuk memilih kedudukan yang istimewa untuk beribadat.


Sayalah insan istimewa yang diterima Allah untuk beribadat di rumahNya
Terima kasih Allah.  Aku ini tetamu Mu dan aku akan menjaga nama baik rumahMu hingga
akhir hayatku.


Sayang sangat ngan suami saya ni.
Alhamdulillah, hatinya terbuka untuk membawa kami
ke mari.  Pintu rahmat Allah itu, susah diduga.
Didalam kesukaran dan kesamaran disitulah ...
diberikan cahaya keimanan.
So, jangan risau kerana Allah is
everywhere to look after you.  Just believe in HIM




Watching the dos and donts kat meja petugas
Masjidil Haram

Pintu yang memberi kami seribu rahmat


Tetamu Allah ini menjadikan masjid sebagai tempat
ibadah no 1 - berzikir dan mengaji adalah
perkara utama yang mereka lakukan disini

Cuaca yang panas tidak membataskan anak anak
kami untuk menunaikan zohor bersama sama
(berlatar belakangkan Masjidil Haram)

Berlatar belakang kan Hotel tempat kami menginap
Dar Al Ghufran


Mega construction kat belakang tu ... nampak tak?

Makanan yang sedap sedap

No comments:

Post a Comment