Tuesday, June 17, 2014

2014 06 17 Kota Mekah Day 03

Hari ni kami ada ziarah di luar kota Mekah tetapi hasrat dihati nak buat tawaf sunat.  Suami kata, tak payahlah buat tawaf sunat hari ni sebab mereka nak bertolak pukul 7 pagi.  Sekarang dah 5:30 pagi.  Takut tak sempat pulak nak kejutkan anak anak dan sarapan sebelum bertolak.

Pemandangan di luar Masjidil Haram
Best sungguh - bangun tidur, turun beribadah, makan pastu ibadah lagi.  Seronok sangat.
Ya Allah - tak nak balik boleh tak?
Nampak tak kat sebelah kiri tu tempat kasut yang kami sentiasa gunakan untuk letak kasut
Lubang kasut banyak tetapi lebih banyak kasut kat atas lantai.
Kat Masjid Nabawi takde pulak jemaah buat perangai macam ni.  Hishhh

Pintu King Aziz yang sangat saya adore.
Takde pintu lain yang saya cari di Masjidil Haram ni.
Inilah pintu saya.  Ya Allah, boleh tak reserve pintu ini untuk saya.
Blanket untuk saya jer.   He he he permintaan yang melampau kan.

Karung kasut tu sangat saya sayang.
Itulah sahabat saya di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram

Bersama seorang jemaah dari Egypt.  Alhamdulillah
Solat bersebelah beliau berdepan dengan pintu kaabah
Saya lah yang istimewa itu - solat di depan pintu kaabah
Tidak ada gambar lain yang lebih istimewa.  Pintu rumah Mu menjadi pilihanku


Bersama jemaah dari Turkey.
Aku sentiasa dipermudahkan dan dipertemukan dengan orang orang yang istimewa.  Alhamdulillah
Pak Arab Turkey tu tanya "where are you from"  I said "Malaysia"  then Pak Arab tu kata "Picture together"
Wah!! Nak ambil gambar saya ngan keluarga beliau.  He he...istimewanya saya.


Construction yang menghasilkan debu debu dan suasana tidak selesa tidak menghalang
jemaah dari mengerjakan solat subuh di Dataran Masjidil Haram

Ini parking untuk stroller
Sebelah kanan Gate 01

Perjalanan ziarah luar Kota Madinah bermula.  First stop

Gunung Thur (Jabal Thur)
Gunung ini terletak kira kira 4 km dari Masjidil Haram.  Tingginya adalah 458 meter dari aras bumi.  Gua ini digunakan oleh Nabi Muhammad saw dan Saidina Abu Bakar untuk berlindung dari kaum Quraish sewaktu baginda diarahkan untuk berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.  Pada waktu ini, masa yang diambil untuk memanjat bukit ini adalah 1 jam (pelbagai kemudahan memanjat disediakan seperti tangga) tetapi diberitakan Baginda SAW dan Saidina Abu Bakar mengambil masa 3 jam untuk memanjat bukit ini.  Untuk melindungi Baginda SAW yang sedang tidur, Saidina Abu Bakar rela membiarkan kakinya dipatuk ular.  Maha Suci Allah.  Kau berkatilah sahabat Nabi ini.  Dikisahkan juga, ketika orang Quraish menjejaki Nabi ke bukit ini, cicak laknatullah telah berbunyi untuk memberitahu bahawa ada orang di dalam gua.  Jahat cicak tu kan.  Tetapi kuasa Allah telah membantu Nabi dan Saidina Abu Bakar dengan meletakkan sarang labah labah yang menunjukkan pintu gua tidak dimasuki oleh sesiapa pun sebelum ini.  Alhamdulillah.

"Syaza" yang bermaksud "harum/wangi" - Semoga kewangian itu kekal hingga ke Jannah
"Syasya" yang bermaksud "sejahtera" - Sejahteralah kamu wahai puteriku

Wahai anak anak gadisku, ku pinta agar kalian berdua saling bantu membantu dan kasih mengasihani sebagaimana kasihnya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah.  Kalian masih kecil tetapi Mama yakin kasih sayang yang berlandaskan agama dan kesetian akan berkembang dan tumbuh segar dalam diri kalian.  Itulah yang akan menjadi penghubung kita hingga ke syurga.

Berlatar belakang kan Jabal Thur yang telah menyelamatkan Nabi,
Kami sekeluarga mengambil berkat dan rahmat dari Allah swt menyusuri perjalanan Nabi
dan hijrahnya bersama puteri2 kami yang "harum mewangi" dan "sejahtera"


Next stop - Jabal Rahmah, Padang Arafah

Bukit pertemuan cinta Nabi Adam dan isterinya Hawa.  Masya Allah.
Bayangkan hidup bersendirian selama 300 tahun tanpa kawan demi sebuah dosa yang disebabkan oleh syaitan laknatullah di syurga dan kemudian dipertemukan semula.  Syahdunya pertemuan itu.
Ya Allah, Kau jadikanlah tempat ini, tempat yang menemukan kami dengan iman dan tempat yang menjanjikan kemahsyuran keluarga kami.  Kami mahu sentiasa bersatu dalam iman, sentiasa tegur menegur antara satu sama lain demi memastikan rumahtangga itu sentiasa diatas landasan Islam dan sentiasa memastikan cinta kami sentiasa segar dan diberkati.  Berkatilah rumah tangga kami dan rahmatilah keluarga kami.  Terima kasih atas kasih sayang dan cinta dari Mu buat kami semua Ya Allah.  Amin.

Berlatar belakangkan bukit cinta ini, termeterailah cinta kami sekeluarga

Mengejar burung burung
Hush hush...penyakit burung.  Stay away from my daughters!!

Inilah bukit cinta - bukit yang menemukan Adam dan Hawa

Ini adalah sebuah bukit yang dipilih Allah untuk menemukan
Adam dan Hawa tetapi kami memilih untuk menjadikan
rumahtangga kami sesegar kisah cinta Adam dan Hawa.
Ya Allah - kami mahu Raudhah - taman syurga Mu
didalam rumah tangga kami.

Perniagaan diatas bukit.  Diberitakan sebelum penyakit
Mers Cov menyerang, atas bukit ni ada unta.  Bayangkan
unta unta memanjat bukit demi pelanggan yang
mencintai kisah perjalanan Adam dan Hawa

Kamilah suami isteri yang terpilih.
Mereka yang sangat taksub dibelakang kami itu memilih untuk mengucup dan memegang batu tanda pertemuan dua insan.
Hmm... something to think about

Bergambar dengan penjual inai serbuk
Satu plastik tu harga nya SR5.  Banyak tu.
Mandi inai pun boleh

Pemandangan dari kaki bukit
Kemudian kami pergi ke Masjid Jiranah untuk berihram dan solat sunat ihram.
Alhamdulillah - another umrah for us, suami isteri.  Alhamdulillah kami dapat solat di Masjid yang pernah melihat nabi dan ibu susuannya.  Ya Allah, semoga kasih sayang antara kami dan anak anak sehebat kasih sayang Nabi terhadap ibu susuannya.  Amin.

Ada cerita yang diriwayatkan oleh Abu Thufail RA, "Aku pernah melihat Nabi SAW sedang membahagikan daging di Ji'ranah, tiba tiba datang seorang perempuan, sampai dekat kepada Nabi SAW, lalu Nabi SAW menghamparkan selendangnya untuk perempuan itu, lantas perempuan itu duduk diatasnya.  Lantas aku bertanya "siapakah perempuan itu".  Para sahabat menjawab "itulah ibu yang pernah menyusui Nabi". Wallahualam"

Nabi pernah mengerjakan umrah sebanyak empat kali - Umrah Hudaibiyah, Umrah Qadha, Umrah Ji'ranah dan Umrah/Haji (Haji Wada').


Ihsan dari https://plus.google.com/photos/


Next - Gua Hira'
Kami cuma dapat tengok gua ni dari dalam bas je.  Alangkah bertuahnya gua itu kerana dapat menyaksikan Rasulullah SAW menerima wahyu pertama melalui Malaikat Jibrail.  Gua ni terletak lebih kurang 3.2 km dari Mekah dan mempunyai ketinggian 270 m dan ini adalah bukit pilihan Nabi untuk bermunajat dan menyendiri.  Baginda tak suka dengan kerenah orang orang Quraish yang menyembah berhala dan baginda lebih suka duduk jauh dari orang Arab Jahiliyah.




Perjalanan pulang ke hotel menyaksikan pokok pokok yang tumbuh menghijau.  Bukti bahawa bumi tandus ini bakal berubah dan ditumbuhi pohon pohon subur.



Balik dari berjalan jalan, terus gi lunch tetapi nape menu nya sama macam pagi tadi.  So kitorang pun tanya kat waiter tu, why is your lunch menu is as same as what we had this morning?  Dia jawab, Hajjah, we are still serving breakfast.  So maknanya pagi ni, kami makan dua kali breakfast - satu sebelum ziarah dan satu lagi selepas ziarah.  Balik ziarah pukul 11 pagi tetapi rasa macam dah pukul 2 petang. He he he...


Suami botak saya berihram dan sangat cute
Love you shayang

Ari ni anak2 tak ikut umrah.  Biar kami berdua je lah

Kekalkan persahabatan kami Ya Allah

Perbanyakkan lah kasih sayang kami, Ya Allah
Selepas hantar anak anak ke bilik.  Pesan kat diaroang jangan keluar, jangan buka pintu, kami pun keluar untuk mengerjakan umrah.  Kami nak cuba habiskan umrah sebelum solat zohor.


Ini adalah pemandangan puncak Bukit Marwah
Bagaimanalah keadaan Siti Hajar apabila mencari air
untuk anakanda beliau kan.

Berdiri diatas bukit yang istimewa

Alhamdulillah.  Selesai umrah kedua kami



Air zam zam - favourite drink in Masjidil Haram and
Masjid Nabawi

Safa


Safa ni lebih tajam.  Itu sebablah dipagar.  Takut ada
jemaah jatuh sewaktu memanjat


Selepas selesai umrah, kami balik bilik.  Mandi dan bersiap siap untuk pergi ke Masjid untuk solat zohor pulak.  Makan ngan anak anak dulu lepas tu baru gi Masjid.

Ya Allah, kekalkan kemanisan rumahtangga kami hingga
ke Jannah



Malam - solat kat Masjid lagi.
Best kan.  Tak ingat benda lain.  Ibadat jer dan rasa sangat RUGI kalau tak solat kat Masjidil Haram.  Lagi rugi kalau tak tengok kaabah.  Sangat rugi hoo!!  Tuan tuan dan puan puan, sila hadirkan diri ke Masjidil Haram dan rasalah kenikmatan beribadat di sana.  Tuhan sahaja yang tahu betapa indahnya perasaaan berebut rebut untuk mendapat tempat (saf) terbaik didalam masjid dan sangat beruntung jika dapat guru yang mengajar Quran duduk sebelah kita - dengar kita mengaji (di Masjidil Nabawi).  Indahnya saat itu.

Cantikkan

Orang sentiasa memenuhi perkarangan Masjidil Haram.
Pemandangan dari Tingkat 1 Masjid. Sekarang boleh tawaf kat Dataran, Tingkat 1 dan Tingkat 2.
Beratapkan langit - tatkala mendongak.  Masya Allah. Cantiknya dunia ciptaan Allah.

Suami singgah beli kayu sugi


Habislah satu hari lagi di Masjidil Haram.  Masa untuk pulang dah semakin dekat.  Tak suka lah.


Ok...nak kongsi sikit tentang sempadan tanah haram.  Ikhsan dari http://rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com/2009/11/sempadan-tanah-haram-makkah.html

SEMPADAN TANAH HARAM MAKKAH


- Nakhlah : 13 km
- Adlat Laban : 16 km
- Ji’ranah : 22 km
- Hudaibiyah : 22 km
- Bukit Arafah : 22 km
Sebagai perkongsian ilmu,
Sempadan Tanah Haram Makkah merupakan satu ketentuan daripada Allah SWT. 
Persempadanan ini telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dengan bantuan dan petunjuk malaikat Jibrail.

Antara sempadan yang sering menjadi tumpuan khususnya bagi jemaah umrah Al-Tanaim
Terletak berhampiran Masjid Aisyah iaitu 7.5 km dari Masjidil Haram.
Diriwayat bahawa isteri Rasulullah S.A.W telah berihram
umrah di sini sekembalinya daripada mengerjakan haji bersama Rasulullah.

No comments:

Post a Comment