Wednesday, June 18, 2014

2014 06 18 Kota Mekah Day 04

Hari ni kami nak buat ziarah ke Hudaibiyah dan terus berihram untuk buat umrah ke tiga.  Insha Allah.  Moga dipermudahkan.  Sebelum tu, gi jalan jalan luar kota Mekah yer.  First stop, Muzium 2 Masjid.

Boleh bayangkan suhu sekarang ni tak??  Shhh....

Assalamualaikum




Mekah in future

Kota Mekah yang hebat

In the old days, mereka guna tangga ni untuk masuk ke kaabah
Tak dapat masuk ke kaabah, ambik gambar ngan tangga
pun jadilah...

Pengikat "Chrome" yang membaluti Hajarul Aswad

Sebahagian dari kelambu kaabah di bahagian pintunya


Rasanya ini pintu Masjid Nabawi dulu dulu nih...
Kalau salah maaf yer.

Puteri saya yang sangat manja ...

Cara dan peralatan yang digunakan untuk
menenun kelambu kaabah - sutera emas tau!!

Sebahagian dari khat di kelambu kaabah

Meja tu pernah diletakkan di dalam kaabah.
Untung meja tu kan.

Ini adalah salah satu dari tiang yang terletak di dalam kaabah
Memandang tiang ini...teringat cerita dari Ustaz Haron Din...
Begini ceritanya...

"Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila Mana pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.  Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu."

Begitulah ceritanya...


Dulu



Pintu Masjid Nabawi - old days


Telaga zam zam
Beruntung sesiapa yang pernah melihat dan merasa
air yang keluar dari perigi ini dulu dulu



"Makam Nabi Ibrahim"
sangkar yang menyimpan tapak kaki Nabi Ibrahim



Selamat Jalan Muzium yang menyimpan sejarah
2 Masjid Suci
Kami telah meninggalkan kota Madinah beberapa hari lalu dan ziarah hari ini membawa kenangan terhadap Masjid Nabawi.  Ohh sangat mahu ke sana semula tetapi kedatangan kami pada masa akan datang kerana cinta kami kepada mu ya Rasulullah dan kerana ibadah kami kepada Allah swt bukan kerana cinta untuk membeli belah atau sebagainya.


Petugas memastikan tempat ini sentiasa bersih
Sampai berdiri atas kerusi untuk lap cermin
Then off to Hudaibiyah
Untuk pengetahuan...sejarah Perjanjian Hudaibiyah

"Rasulullah bersama-sama 1400 orang (separuh tulisan menyatakan 1600 orang) Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Dalam perjalanan, rombongan Islam disekat oleh orang kafir Quraisy di Hudaibiyah kerana bimbang akan kekuatan orang Islam dan merasa maruah mereka tercabar.  dan menghantar wakil (Budail Bin Warqa Al Khuzai) menemui Rasulullah. Rasulullah menyatakan bahawa rombongan itu datang untuk mengerjakan ibadah umrah di Baitullah malah rombongan sudah berpakaian ihram (Miqat di Zul Hulaifah) dan sentiasa bertalbiah sepanjang perjalanan.  Rasulullah mengarah Budail memaklumkan kepada pihak Quraisy akan tujuan kedatangan mereka tetapi mereka menghantar Urwah Bin Masud pula.  Urwah juga gagal membuat sebarang persetujuan.

Rasulullah mengutus Saidina Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu tetapi telah ditahan selama 3 hari dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Rasulullah dan sahabat bermesyuarat dan bersumpah setia untuk menuntuk bela atas kematian Saidina Uthman.  Sumpah/Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan (Perjanjian itu dilakukan dibawah pokok yang diberi nama Ridhwan). Walaubagaimanapun, sewaktu kunjungan kami ke sana pada 18/06/2014, cuma tunggul pokok tersebut sahaja ada disana).

Apabila mendengar berita bahawa rombongan Islam akan menuntut bela, pihak Musyrikin pun membebaskan Saidina Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah"."

Mari kita sama sama renung sebab sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyah

(a)  Ketaatan dan kepatuhan sahabat terhadap kewibawaan Rasulullah;
(b)  Sikap umat Islam, generally cintakan keamanan dan berusaha untuk mengelakkan peperangan
       (pertumpahan darah);
(c)  Keputusan Rasulullah & sahabat untuk mengerjakan umrah dihalang; dan
(d)  Sikap beralah (toleransi) Rasulullah dan sahabat walaupun dengan orang orang kafir (Quraisy).

So??  Kita ada belajar apa apa tak??
Tepuk dada dan tolong tanya iman...  Jangan asyik nak marah jer.  Kita ni bukan betul sangat pun...  (Ayat itu untuk diri saya sendiri ok).

Apakah yang terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyah??
Telah dipersetujui bahawa:-

  • Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
  • Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Mekah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung (Maksudnya pedang atau senjata yang dibawa mesti diletakkan didalam sarungnya dan tidak terhunus).  Tahun tersebut mereka tak boleh mengerjakan umrah.
  • Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
  • Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
  • Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
  • Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.

Dapat kita lihat disini, strategi Rasulullah SAW

"Rasulullah SAW mengajar umatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir (tanpa pertumpahan darah) dan corak politik Rasulullah SAW lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran"

Ustaz tengah cerita tentang perjanjian Hudaibiyah

Kusyuk bertanya dan kusyuk mendengar
Anak saya pun suka dengar Papa bertanyakan soalan

Permata hati saya yang manis dan manja


Kesimpulan
Perjanjian Hudaibiyah menyaksikan Rasulullah sanggup beralah dan tidak meneruskan perjalanan umrah Beliau tetapi membuat perjanjian dengan pihak Quraisy untuk mengelakkan pertumpahan darah.  Walaupun begitu, Perjanjian Hudaibiyah "terbatal" selepas dua tahun perjanjian ini termeterai.  Angkatan tentera Rasulullah SAW menuju ke Mekah pada tahun itu dan berjaya menguasai Mekah tanpa pertempuran besar.


Kesan dari Perjanjian Hudaibiyah ini ternyata lebih menguntungkan umat Islam.  Lebih ramai orang Quraisy memeluk ugama Islam secara terang terangan dan dakwah juga berlaku tanpa sekatan peperangan.



No comments:

Post a Comment