Friday, June 20, 2014

2014 06 19 Kota Mekah Day 05

Isu yang paling famous di Masjidil Haram ni selain dari tentang ibadahnya adalah isu kasut kasut yang sering hilang.  Jika ditanya kepada saya, masalah ni berpunca dari diri kita sendiri.  Kat rak tu dah disediakan "pigeon hole".  Gunalah karung kasut dan sumbatlah kat dalam lubang tu.  Ni tak, bila dah dengar Imam dah azan, semua orang kelam kabut buka kasut dan masuk ke masjid.  Bertaburlah kasut kat atas lantai tu.  Sebab tu lah petugas tu marah.  (Petugas yang baju biru ok).

Apa yang saya lihat, petugas tu akan sapu semua kasut yang ada kat lantai tu dan letak satu corner yang agak jauh dari tempat asal kasut itu diletakkan.  Itu sebablah "hilang".

Kadang kadang kasut boleh hilang juga, jika "isteri" anda menyorokkan kasut anda seperti gambar dibawah...

He he he...suami saya cari kasut.  Takkan hilang kali ke tiga kot?  Tunggu dan cari lagi.  Ehh...dia tak cari.  Dia perhati jer.
Mana kasut nih??  Sebenarnya saya dah ambil kasut suami saya dah dan saya tengah tunggu kat tangga ni sambil perhatikan buah hati saya - si botak, cute tu!!.  Shayang - biar botak always, please.  Cute dan comel...
Lembut je bila sapu ngan tangan.  Hmmm...  Best.  Macam pegang bulu kucing siam...

Ice Cream time

Tak tahu kenapa diaorang suka sangat ngan ice cream ni
Esok nak balik dah.  Cepat sangat masa berlalu.  Hari ni mesti beli kurma - buah tangan wajib.
Ada kurma panjang, ada kurma pendek, ada kurma keras, ada kurma lembut.  Kurma mentah pun ada.  Pilih pilih...  Untung suami saya.  Hari ni dapat rasa semua kurma.  Ari ni saya puasa.  Insha Allah.
Tawaf kurma pulak
Lepas tawaf kurma, kami balik bilik dan bersiap siap untuk solat Maghrib.

Ari ni, saya telah mewajibkan anak anak ikut ke Masjid.  Esok dah nak balik, mestilah solat Maghrib and Isya' and buat tawaf sunat kat Masjidil Haram.  Rugi rugi... tetapi anak anak ni mungkin tak faham erti kerugian tersebut.  Tengok Angah nyer muka, bila suruh solat depan Kaabah.  Muncung.  Panas lah. Tak selesa lah.  I'm so angry and on the spot marah - boleh tak jangan susahkan Mama nak buat ibadah.  bla bla bla...  Bila dah berleter bukan senang nak stop.  Ye tak?  Lupa sekarang ni kat Masjidil Haram.

Hari hari akhir sebelum pulang ke tanahair
Muka unhappy...
Akibatnya...
My selipar yang diletakkan didalam karung yang sama ngan selipar suami hilang.  Hmm...Allah nak bagitahu - Mind your language/behaviour in my house, kot...

Kaki takde kasut and ngan selambanya I jalan
from Masjidil Harm ke hotel dan terus gi dinner.

Maaf Ya Allah.  Minta ampun.  Please accept my ibadah and please don't punish me.  Dah datang dari jauh ni.  Maaf Ya Allah.  Aku minta ampung.  Terimalah permohonan maaf dari ku.

Balik bilik - budak dua orang ni menyibukkan diri - menulis surat untuk nenek.  Takut kena marah lagi lah tu.

Tulis surat untuk nenek

Tulis surat, tulis surat
Gambar ini diambil oleh suami saya ketika solat fardhu Maghrib.  Sungguh beruntung beliau kerana dapat bersolat didataran Kaabah.  I'm so jealous!!

Susah nak dapat tengok Hajaral Aswad tanpa dikerumuni oleh orang ramai
Untungnya petugas petugas tu dapat duduk kat Multazam.  Jealous lagi!!

No comments:

Post a Comment