Friday, June 20, 2014

2014 06 20 Kota Mekah Day 06

Ari ni nak kena balik ke tanahair.  Tak best lah.  Sengaja melewat lewatkan Tawaf Wada'.  Selepas solat Subuh, ajak suami makan roti canai kat Felda D'Saji.  Dah dekat seminggu duduk sini, hari ni baru nak rasa roti canai Malaysia.  Sebenarnya sejak datang kat sini, agenda cuma bertumpu pada ibadah dan waktu solat fardhu.  Aktiviti lain cuma sampingan.


Staff dia tak berapa friendly lah.
Mungkin pagi sangat lagi kot.  Semangat bekerja belum datang

Suami saya kata tak best sebab takde kari.
Saya suka sangat - makan roti canai ngan roti telur lagi.  He he...

Dhall yang bagi saya sangat sedap.  Delicious sangat

Harga roti canai seperti berikut:-
Roti canai kosong SR3
Roti telur SR6
Roti with cheese SR8
Bilik 710 inilah yang melihat aktiviti kami seharian
Berkejar kejar untuk ke masjid dan mendapatkan
tempat yang istimewa di hadapan Multazam.

Bila anak anak dah bangun dari tidur, gi breakfast ngan anak anak kat restaurant hotel plak.  Masih melewat lewatkan waktu nak perform tawaf. Ustaz pesan suruh buat tawaf pukul 9:30 pagi tetapi sebenarnya sangat susah mengucapkan selamat tinggal.  I don't know why but I don't want to leave Kaabah.  It's difficult to explain how and why but the "lost" and "empty" feeling haunted me since yesterday.  Mungkin sebab sedih kerana Allah marah hingga hilangkan selipar.  Mungkin juga sebab perjalanan ini lain dari yang lain.  Kalau kita pergi holiday, kita tak sabar nak balik dan tunjuk barang belian sepanjang percutian kita tetapi perasaan menunjuk nunjuk itu tak ada.  Yang ada kesedihan kerana mesti meninggalkan tempat yang memberikan satu perasaan.  Perasaan halus yang cuma ada pada diri saya.  Then pukul 10:00 pagi, suami ajak pergi buat tawaf.  Kalau tak pergi cepat, nanti bersesak sesak dengan orang yang nak masuk ke masjid untuk solat Jumaat dan saya memang nak tawaf di depan kaabah dan mengambil kesempatan untuk solat Jumaat di Masjidil Haram.
Last picture sebelum check out
So, masuk toilet, buang air (kat Masjid sangat susah nak buang air atau ambil wudhu') dan .... zasss
Saya "uzur".  Perasaan saya - happy sebab saya tak perlu ucap selamat jalan pada Baitullah tetapi saya sedih sebab tak dapat tengok Kaabah sebelum pulang.  Saya kata pada diri, "Allah sayang saya, sebab tu Dia tak nak saya ucap Selamat Tinggal".  Terima Kasih Allah.  Terima kasih kerana menjemput dan seterusnya menerima kedatangan saya, tetamu Mu yang hina, bersama keluarganya.  Aku bermohon untuk dijemput lagi ke rumah Mu Ya Allah.  Dan Ya Allah, aku amat ingin masuk ke syurga Mu bersama keluargaku tanpa hisab.  Aku bermohon agar dapat menerima syafaat dari kekasihMu, Rasulullah saw dan bermohon agar segala dosa dosaku pada masa lalu, masa ini dan masa akan datang dihapuskan.  Matikanlah aku dan keluargaku dalam iman dan izinkanlah kami menyebut namaMu sebelum nafas kami yang terakhir.  Amin.




Luggage kami sama bilangannya.  Pergi - 2 beg besar dan 2 beg umrah
Balik - 2 beg besar dan 2 beg umrah + 1 kotak diisi jubah, tasbih dan kurma

Selepas check out, kami bergerak ke Airport Jeddah.

Tanah halal (kota Jeddah) sangat pesat membangun

Dalam perjalanan, Arrayyan arranged lunch @ 4 petang kat Rasa Thai Restaurant.  Makanan Thai di Jeddah.  Saya tak makan pun, cuma jamah popiah dan keropok ikan tu.  Saya nak sambung tinggal kat Baitullah, boleh tak?

Rasa Thai Restaurant - pandangan sisi



Nice decorated restaurant tapi macam sunyi jer...


Kami menyambung perjalanan menuju ke Airport Jeddah.  Flight dari Jeddah ke Dubai EK 804, di jadualkan pada pukul 2020.

Alhamdulillah, kami semua dirahmati dengan kesihatan
yang baik sepanjang waktu kami di Mekah/Madinah
Akhirnya sampai ke Airport Jeddah.  Mengucapkan selamat tinggal kepada Ustaz Elham yang telah bersama sama kami sejak hari pertama kami di Madinah.  Terima kasih Ustaz.


Hati menjadi berdebar debar.  Menurut kisah rakan taulan, Imigresen tentu sekali mengambil masa yang panjang.  Lebih lebih lagi, dah hampir waktu solat Maghrib ni.  Takut kalau mereka tinggalkan kami didalam barisan dan kami tertinggal kapalterbang pulak.  Ya Allah, bantu dan rahmatilah rombongan kami.  Permudahkanlah perjalanan pulang hambaMu ini, Ya Allah.

Ini adalah antara bukti bukti bahawasanya kami memang tetamu yang sangat istimewa.  Allah mendengar doaku.  Kami cuma menunggu lebih kurang 20 minit untuk melepasi Imigresen.  Terima kasih Allah.  Terima kasih atas ehsanMu kepada kami semua.

Kenderaan yang membawa kami ke kapalterbang


Alhamdulillah.  Semuanya dipermudahkan.  Perjalanan ke Dubai melalui Emirates kurasakan sangat "dull".  Semua jemaah pun senyap melayan perasaan masing masing.  Mungkin ada banyak perkara yang mereka fikirkan.  Mungkin mereka penat.  Mungkin juga mereka fikir tentang ibadah yang mereka lakukan beberapa hari yang lalu.

Sesampai kami ke Airport Dubai - cari jersey Germany yang Ujin pesan.  Ada ke ni??

Kedai coklat kat Dubai Airport.  Binatang tu unta tau!!
Kat Dubai Duty Free ni, beli coklat dan "r#o@k*o!k" yang dipesan.  Total DHS660.75.

Sekarang tunggu masa nak boarding flight balik ke Malaysia pulak.  Gate C26


See you tomorrow.  Insha Allah...

No comments:

Post a Comment