Tuesday, August 12, 2014

2014 08 11 Zionis di Gaza - Perang hari ke 36

Sudah hampir 2 bulan peperangan berlaku di sempadan Gaza.
Untuk pemahaman dan sebelum kita bercerita lebih jauh tentang perang yang berlaku, mari kita lihat peta dibawah ini.


Ehsan dari http://www.geographictravels.com/2012/02/lost-land-map-techniques.html

Peta diatas menunjukkan kawasan yang diwarnakan hijau merupakan tanah asal yang dipunyai oleh orang orang Palestin.  Orang orang Israel adalah pelarian yang datang dari beberapa negara dan mereka datang meminta belas ehsan dan bantuan dari Palestin setelah dihalau keluar (especially selepas peristiwa Hitler berperang dengan orang Yahudi ini).  Pada mulanya Palestin/Israel ini hidup aman damai tetapi segelintir Yahudi berfahaman Zionis yang dibangunkan oleh Theodor Herzl pada tahun 1896 menyatakan bahawa tanah Yahudi mesti diserahkan kepada orang yahudi - "Land of Israel".   Perkataan Zionism datang dari sebuah bukit Zion yang mana terletaknya "Temple of Jerusalem".  Pengikut fahaman ini dipanggil Zionis.

"Land of Israel"
Orang Yahudi percaya bahawa "Tuhan" telah mewariskan tanah ini kepada orang orang Yahudi berdasarkan kepada Kitab Taurat.   Berdasarkan kepada kitab tersebut tanah ini dijanjikan kepada Nabi Ibrahim (Abraham) dan akan diturunkan kepada Nabi Ishak (Isaac) dan akan diberikan kepada warisnya Nabi Yaakub (Jacob).  Kitab taurat ini pula ada old dan new testament jadi tak tahulah testament mana yang diguna pakai oleh orang orang Yahudi ni tetapi yang pastinya otak mereka cuma berfikir cara untuk menganiaya dan cara untuk mengusir keluar orang orang Palestin dari tanah tumpah tanah mereka.  Itu yang pasti.

Peperangan merebut tanah Baitul Aqsa ini telah berlangsung sejak tahun 1948 lagi dan sejak hari itu terlampau banyak kekejaman dan pembunuhan berlaku.  Orang Palestin menjadi tahanan didalam negara tanah tumpah darah mereka sendiri.  Mereka tidak boleh keluar dari kawasan itu.  Hidup dalam keadaan merempat, tiada pekerjaan, bergantung 100% dengan ehsan UN atau PBB dan jika UN atau PBB dapat tahu any of their family members bekerja atau bertani, mereka tidak akan diberi sebarang makanan ataupun bekalan.  Heran kan?  Rasionalnya, UN atau PBB yang dinaungi oleh Amerika Syarikat sengaja membuatkan penduduk Palestin itu merasakan bahawa mereka bergantung kepada ehsan negara luar dan tidak boleh hidup di situ lagi dan mereka akan lambat laun mengalah dan meninggalkan Palestin.  Hooi!! Jangan mimpi lah!.
http://www.shahidahtravel.com.my/BMQ.html
Setiap tahun, kita sering enjoy cuti Isra' Mikraj tetapi sedarkah kita sejarah atau peristiwa Isra' Mikraj itu??  Isra' Mikraj adalah pengembaraan Nabi Muhamad saw ke BaitulMaqdis dengan menaiki Buraq dan seterusnya diangkat ke langit.
Sesampainya Baginda di Masjid Al Aqsa, Baginda mendirikan solat 2 rakaat dan dibawa ke langit selepas itu malah diriwayatkan ada sebiji batu di Baitul Maqdis yang ingin mengikut nabi naik ke langit tetapi tidak dibenarkan oleh Baginda.  Jangan lupa - Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam.  Jangan lupa tu!!.

Lagi satu - Yang warna kuning (gold) tu adalah "Dome of Rock".  Qiblat pertama umat Islam adalah Masjidil Al Aqsa yang berwarna kelabu tetapi dataran Masjidil Al Aqsa termasuklah Dome of Rock.

Negara luar sebenarnya fully aware of situation in Palestin tetapi tidak ada yang berani melakukan apa apa.  Contohnya, Press TV pada tahun 2010 ada mengeluarkan berita tentang kekejaman askar Israel terhadap kanak kanak.

"Israel Harrasses Palestinian Children" - By Press TV

"A human rights group has criticised Israeli forces of arresting and mistreating palestianian children as young as eight years old on stone throwing charges - Monday, 13/12/2010"

Orang orang Israel (samada tentera atau orang awamnya) dibenarkan (boleh) membawa senjata untuk menembak penduduk Palestin pada bila bila masa.
Yang paling mengarut sekali adalah - askar askar Israel akan membenarkan orang orang yahudi ini menganiaya Palestinian dan JIKA Palestinian itu retaliate, mereka akan sewenang wenangnya argue dengan Palestinian itu, dan accused orang palestin itu yang provoke them first dan itu interference askar askar cuma Act of Defense.

Ini rancangan jahat Zionis tetapi mereka lupa bahawa setiap anak anak yang lahir dari zuriat wanita palestin adalah pejuang yang bakal menumpaskan kerajaan kejam Yahudi ini.  Oleh itu, sekarang, mereka bertindak membunuh wanita dan kanak kanak Palestin supaya mereka tidak membesar dan bangun menentang kerajaan Yahudi Zionis ini.

1948 - Orang orang Palestin dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka
Ehsan http://en.wikipedia.org/wiki/1948_Palestinian_exodus

Lets watch "Gaza War Lies Vs. Facts (mirror)" version mankind1family.
Dear viewers, it is totally your discretion (your own judgement based on your own viewing and reading).



Orang sekarang ni suka dengar muzik, untuk menaikkan sikit semangat kita, lets watch this vids dari Hijjaz - Pejuang Al Qassam


Apa yang saya tulis disini memang tak cukup untuk memaparkan tentang kekejaman yang berlaku di Gaza, jadi, sebagai pembaca yang berhemah - tak kesahlah apa ugama atau bangsa anda, berusahalah untuk mendapatkan info sahih dari laman laman web yang benar dan telus.  Antaranya adalah "Aman Palestin", "Shehab News Agency", "Aqsa Shariff", "Islamic Relief" dan "TV Alhijrah".

Oh ya!! ada satu lagi...
Apa yang kita boleh buat untuk membantu sahabat dan saudara seislam kita itu???
Pertama ... kita boleh berdoa.  Kita boleh solat then baca qunut nazilah.  Tak boleh baca dalam bahasa Arab baca bahasa Malaysia pun ok.  Allah boleh dengar dan faham semua bahasa.

Kedua ... kita boleh boikot.  Di luar negara, mereka dah boikot produk Israel, mereka dah boikot kebudayaan Israel dan mereka dah boikot sebarang transaction yang dijalankan dengan Israel tetapi kita kat Malaysia ni, cukuplah dengan boikot syarikat yang "confirm" memberi atau menjana atau membekalkan kepada pembelian senjata atas tujuan untuk berperang dan memusnahkan negara kecil Palestin.

Diantara syarikat syarikat yang diyakini menyalurkan dana untuk memajukan sektor pertahanan Israel didalam memerangi Palestin adalah:-

boikot1
Ingat!! Kita memerangi syarikat yang memberikan dana dan bantuan kepada Israel dan kita bukan boikot untuk menjatuhkan syarikat tersebut.  Kita berharap boikot ini akan menyebabkan syarikat tersebut tertekan dan terbuka hati untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Israel.

Saya akan from time to time menulis tentang hal ini....stay tune darl... and start boicotting... semoga Allah merahmati niat murni dan tindakan anda dan semoga rakyat Palestin sentiasa kuat spiritnya dan bangun menentang kekejaman Israel itu....


No comments:

Post a Comment