Monday, September 1, 2014

2014 09 01 Malaysia Airlines - Kau adalah Kebanggaan Kami Dan Sentiasa Akan Menjadi Kebanggaan Kami

Sharing A brilliant words from "Tan Sri Khairul Hakim" (https://www.facebook.com/khairulhakimsaibani)
(Kepada sesiapa yang masih mempersoalkan kewajaran isu ini)

Ramai mempersoal kewajaran jenazah-jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 disambut dengan istiadat sebegitu gah. Persoalan mereka, SIAPA JENAZAH-JENAZAH INI? Apa istimewanya mereka? Apa sumbangannya kepada negara sampaikan jenazah ini mendapat penghormatan sebegitu tinggi. Membuatkan YDPA dan Permaisurinya turut bangun memberikan penghormatan... Membuatkan rakyat 'pegun' di seluruh pelosok negara membacakan Al-Fatihah dan bertafakur..

Jawapannya, MAS adalah Malaysia!

Sebuah pesawat bernilai kira-kira RM1billion yang ditembak jatuh ini adalah front embassador kepada negara. Membawa imej Malaysia.. Membawa kebanggaan dan sentimen kenegaraan Malaysia kepada dunia. Di dalamnya terdapat 280 penumpang yang kesemuanya bernaung di bawah 'nama' Malaysia ketika itu. Negara Malaysia sedang bertanggungjawab ke atas kesemua penumpang dan anak kapal tersebut.

Jatuhnya MH17 umpama jatuhnya maruah negara. MAS dipersoal, dikeji, dikutuk dan dihina. Malaysia menjadi sasaran.. Pilu mengenangkan pesawat ini yang umpama 'anak' kepada rakyat Malaysia hancur ditembak di kala ia terbang menuju ke tanah air... Sedih mengenangkan ketika itu Malaysia umpama gagal melindungi penumpang-penumpang yang bernaung di dalam pesawatnya... Maruah MAS dan negara tercalar...

Mungkin ramai yang mengatakan MAS cuma sebuah entiti pengangkutan. Sebagaimana PROTON sebagai sebuah entiti pembangunan dan penghasilan kenderaan. Ramai tidak menyedari jauh sekali menghayati nama MAS pada jantung negara... Hati negara... Dan jiwa rakyatnya...

Ramai memandang MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang sedang jatuh... Tapi mereka lupa.. MAS lah yang selalu melakukan penerbangan-penerbangan ehsan demi rakyat dan negara. Di kala syarikat tambang murah yang dibangga-bangga meninggalkan satu keluarga di Ho Chi Minh kerana anaknya yang menghidapi down syndrome, MAS lah yang menghulurkan bantuan membawa baliK keluarga itu... Di kala Mesir bergolak, MAS lah yang menawarkan penerbangan ehsan untuk pelajar-pelajar Malaysia bagi urusan pemindahan.

Sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod servis antara yang terbaik di dunia ini melakukan semua ini atas dasar tanggungjawab dan nama negara.. Kalau bukan MAS, siapa lagi? MAS milik Malaysia.. Bantuan-bantuan mereka demi rakyat dan negara. Namun kita lupa, sebuah penerbangan bukan berkos RM0.. Bahan bakar, servis dan sebagainya tidak pernah difikir oleh kita. Berapa banyak penerbangan ehsan yang MAS lakukan dan berapa banyak kos yang ditanggung MAS sendiri? MAS tidak pernah mengungkit ini...

Jadi apabila sebuah pesawatnya ditembak jatuh, yang jatuh itu adalah nama negara, sebuah pesawat yang berjasa, sebuah pesawat yang berkhidmat demi negara dan rakyatnya.. Sebuah pesawat yang melakukan penerbangan-penerbangan jauh merentasi dunia... Sebuah pesawat yang kita jaga... Sebuah pesawat sebagai simbol kebanggaan negara. Tidakkah kita membayangkan bagaimana perasaan mereka yang jatuh dari ketinggian 40,000 kaki di udara...? Tidakkah kita membayangkan bagaimana lenyapnya kemesraan ciuman sepasang suami dan isteri sebelum penerbangan? Dan tidakkan kita membayangkan bagaimana leburnya jiwa keluarga mereka menerima berita sedih tiba-tiba?

Istiadat dilakukan bukan sekadar sebagai penghormatan.... Tetapi sebagai permohonan maaf... Permohonan maaf Malaysia dan MAS kepada rakyatnya yang tidak berjaya dihantar pulang dengan selamat... Jenazah-jenazah ini bukan seorang perajurit... Tetapi mereka duduk di dalam pesawat ini dengan harapan yang 'gagal' disempurnakan... Harapan untuk selamat sepanjang berada di dalam perut pesawat itu... Harapan melihat dan menghadiahkan senyuman kepada ibu, bapa, anak-anak dan isteri tercinta.. Harapan untuk meluangkan masa bersama mereka....

Apalah salahnya jenazah mereka diusung pulang dengan jalur gemilang meliputinya.. Mereka ini rakyat kita.. Mereka ini pulang ke tanah airnya sendiri... Sebelumnya mereka berangan-angan untuk memijak kembali bumi Malaysia... Mereka ini pastinya merindui atmosfera negara.. Walaupun tiada lagi nyawa pada dada mereka... Kitalah yang memberikan 'nyawa' kepada mereka dan keluarga mereka... Abang, kakak, adik, ibu, ayah, anak, suami dan isteri.... Dan hilangnya MH17 adalah kehilangan 1 'anak' yang disayang-sayang oleh Malaysia dan rakyatnya...

Penghormatan ini bukan hanya diberi oleh rakyat Malaysia... Tetapi semua laluan penerbangan di seluruh dunia turut memberikan laluan kepada mereka.... Dunia pilu meratapi 'cinta' negara ini..... Hanya satu mesej yang ingin disampaikan MAS; "Maafkan kami..."..... MH17.. Captains and all Malaysians onboard, welcome home... Al-Fatihah~

No comments:

Post a Comment