Monday, September 15, 2014

2014 09 14 - 17 Family Getaway - A Famosa

Hari Pertama
Ahad - 14/09/2014 

Kami bergerak dari rumah lebih kurang pukul 12:00 tengahari.  Attend wedding kawan shuamy dulu kat Puri Buana (Garden Wedding) Kajang.  Tempatnya sangat cantik sebab dikelilingi oleh pokok pokok cuma parking tu masalah sikit lah...  Yang berminat untuk menganjurkan majlis di Kajang ni, boleh salin alamat ni ok - Puri Buana Garden Wedding, Lot 2991, Jalan Kemajuan, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang.  

Kalau malas nak salin alamat, call je lah Event Manager nya, En. Razali Naam 03 8925 5388


Review makanan - nasi beriani yang panjang dan berderai.  Ayam goreng yang menepati citarasa kami serta gulai yang yummies...  Cuma sambal sotong tu tak berapa kena ngan selera kami...  Walaubagaimanapun.  Thanks tuan rumah.


Berminat??  Boleh hubungi Nurul Izzah Catering


With "his" friends.  Wahai sayang, carilah kawan yang boleh membimbing kita ke syurga.
Dunia ini cuma sementara ... please...
Then.... apa lagi... jom gi A Famosa
Ada yang bertanya, apa yang menariknya A Famosa tu???
Inilah jawapannya...

Pertama

Mak dan Ayah saya... priceless

Kedua

Kolam mandi untuk anak anak, mak mak dan bapak bapak


Ketiga

Rumah yang selesa untuk semua adik beradik berkumpul
Dan ... Yang paling penting.  Anak anak dan suami saya happy



Inilah kami ...




Ini pula rumah yang kami diami untuk 3 hari ini...
4 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu, 1 kitchen yang tak boleh digunakan untuk memasak (not allowed) dan 1 keluarga bahagia yang asyik lapar nih...


Interior so-so jer

2nd room

3rd room

Hall & Dining

Cantik tapi takkan asyik nak pandang atas jer kan
Untuk aktiviti pulak .. malam ni kami adakan peraduan mewarna untuk anak anak


Pemenangnya adalah...
Dah dekat pukul 1 pagi... Juri/Hakim pun dah masuk tidur.  Lets tidur dulu, esok baru umumkan pemenang ok.

Hari Kedua
Isnin - 15/09/2014

Ari ni kami pergi sarapan kat gerai kawan suami.  Ingat lagi tak, posting saya beberapa hari lalu tentang kawan suami yang kat Rembau tu.  Haa kami pergi sarapan kat sana lah.

Faham jerlah bila dah ramai, nak menyediakan anak anak dengan 2 bilik air - mestilah ambil masa, so kami suami isteri pergi ziarah kubur abah ngan pak long di Tampin dulu.  Haa...ni satu lagi keistimewaan bercuti disini.  Dapat ziarah kubur abah.  Bagus tak perancangan Allah.

Batu nisan hijau tu kubur Abah Tampin
Yang brown tu kubur Pak Long (adik Mak Tampin)
Dalam perjalanan terserempak dengan kemalangan jalanraya.  Kesian pada mangsa kan.  Ya Allah, permudahkan mereka untuk menghadapi musibah ini.  Teringat pada Adik dirumah.  Alhamdulillah, beliau dah sihat sekarang.

Ya Allah, ringan kan lah beban mereka sebagaimana
Kau meringankan beban kami diwaktu kami ditimpa musibah dulu.  Amin
Sampai kat rumah, semua dah siap.  Bagus.  Lets breakfast.

Kami je pelanggan ari ni.  Nasi lemak tak cukup.  Telur tak cukup.
Suami plak jumpa kawan lama - Zulkarnain, Tauke Buku Tampin ni.
Lepas menghabiskan nasi lemak dan sambal sedap si tuan punya gerai, kami pun pulang.  Anak anak dah tak sabar nak swimming.  Sebelum tu Juri/Hakim akan meneliti, memberi markah dan mengumumkan pemenang Peraduan Mewarna yang diadakan malam tadi.

Sesi pemberian hadiah Peraduan Mewarna
Hadiah fully sponsored by Mak Ngah.  Thanks Mak Ngah
Imbas balik apa yang berlaku malam tadi...

Semua orang serious mewarna

Pemenang dan hasil nya

Oh!! Kami ada buat cabutan bertuah juga tau.


Ada unit untuk dijual/disewa juga.  Mungkin next time, boleh cuba
Sepanjang hari, anak anak dikolam sampai kecut.  Biarlah...
Malam ni kami dinner di D'Alif Seafood Restauran.  Tak sedap sangat pun tapi cost us RM652.80.  So not worth it!!

Hari Ketiga (Hari Malaysia)
Selasa - 16/09/2014

Hari ni aktivitinya lain sikit.  Sarapan - kat Rembau lagi...  Sebelum tu, jom pose dulu.

Gelak ayah dan senyum mak lah harga yang paling mahal sekali.  Sejahterakan lah mereka Ya Allah
Dah settle ... kita gi breakfast plak.  Cuba lihat "kemeriahan" dan "kekecohan" kami...

Ari ni ada nasi lemak dan roti canai.  Yummies

Lepas makan, borak borak lagi..sementara anak anak dah gelisah.
Nak gi Safari, katanya
Bergambar lagi...depan kedai pulak.



Semalam dah sibuk di kolam, ari ni anak anak minta dibawa ke Safari.  Layan jer lah.  Yang bapak bapak pulak plan nak gi menyabit kat Padang Golf.

Dalam perjalanan pulang, mak minta berhenti - nak beli bantal katanya ...  Layan jer lah

Mak kata murah ... satu bantal kekabu harganya RM20.00

Satu kitty dah masuk kereta
Sampai rumah, bapa bapa terus pergi padang...
Hmm...
Anak anak pula...

Kegembiraan anak anak - sukar dibeli
Aku mohon pada Mu Ya Allah, agar kami semua diberkati, hidup kami dirahmati,satu padukanlah kami, sejahterakan keluarga kami dan jauhkan lah kami dari masalah hutang supaya kami sentiasa bersama.  Amin


Rumah terasa sunyi...yang tinggal cuma mak, ayah dan Myza (sebab nak kena jaga baby).  Yang lain lain dah lesap membawa haluan masing masing.

Malamnya adalah acara kemuncak...

Each family dapat terjemahan Quran ni.  Ini untuk keluarga Zairi.
(wakil nya anak sulung Zairi - Ahmad Qayyum Khatami)
Harap dapat digunakan sebagai pedoman kehidupan wahai adik adikku

Tafsir Quran untuk keluarga Razaleigh
Junior Golfer Award
2nd Best Golfer of the Night

Sambutan Hari Lahir anak anak kembar kami juga

Inilah kami

Gembira nyer ... next year jumpa lagi ok
Footnote...
Dah selesai pun perjalanan kami 3 hari/2 malam di A Famosa Resort.  Semua ini adalah penambahan pengalaman yang akan membuatkan kita lebih menghargai keluarga dan bonding antara kita semua.  Semoga Allah merahmati dan menghidayahkan berkat kepada perhimpunan kita ini.  Andai kata ada tutur kata saya yang terbabas dan perbuatan yang tergelincir dari landasannya, saya minta maaf.  Tegurlah saya kerana ini akan lebih mendewasakan dan saya akan lebih berhati hati dimasa akan datang.  Saya sayang anda semua.

Selamat Malam dan Assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment