Tuesday, October 14, 2014

2014 10 13 P Ramlee the Musical, Istana Budaya

Lets watch teater
Mengisahkan cinta P Ramlee dan sumber inspirasinya...  Kami pergi bertiga jer sebab suami gi Offshore.  Ada HSE Day katanya...

Pelakon pelakonnya adalah:-
Tony Eusoff sebagai P Ramlee
Nadia Aqilah sebagai Saloma (isteri ketiga)
Lisa Surihani sebagai Junaidah (isteri pertama)
Tiara Jacquelina sebagai Norizan (isteri kedua)

Lupa plak...Pak Nil sebagai Pak Harris, bapa kepada Junaidah (isteri pertama P Ramlee)


Noorizan

Dilahirkan pada 22/03/1929 (pagi Syawal), P Ramlee memulakan career seninya pada tahun 1945 dengan memenangi tempat ketiga dalam pertadingan menyanyi di Radio Malaya. Dapat dilihat dari kisah ini, P Ramlee sangat adore dengan seorang gadis bernama "Azizah" dan kerana kegagalan cintanya bersama Azizah, beliau membawa diri ke Singapura.  Di Singapura, beliau bertemu dan berkahwin dengan Junaidah pada tahun 1950.  Namun begitu, cintanya pada Azizah di Pulau Mutiara masih utuh dan beliau menggarap sebuah filem.  Junaidah menjadi cemburu dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 1954.

Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Noorizan pada 6/02/1955.  Kesibukannya mengejar cita cita membuatkan beliau kurang masa untuk bermesra dengan isterinya.  Akibatnya, isterinya mencari kebahagian diluar.  Terdapat banyak cerita kecurangan Noorizan dilaporkan didalam akhbar dan akhirnya pada thaun 1961, P Ramlee menceraikan Noorizan.

Beberapa bulan kemudian, P Ramlee dipasangkan untuk menjadi pasangan duet menyanyi dengan Saloma (Salmah Ismail). Kemesraan mereka akhirnya membawa ke jinjang pelamin dan pada 21/11/1961, sah lah Salmah ini menjadi isteri P Ramlee.

Pada pendapat saya, tatkala ini, usia P Ramlee semakin meningkat dan beliau mula memikirkan tentang kepentingan dirinya.  Beliau masih eager mengejar cita cita tetapi pada masa yang sama, sangat mementingkan perasaan Saloma.  Beliau dilihat sangat mesra dimana sahaja dengan Saloma dan perasaan itu ditonjolkan didalam mahupun di luar set.

Pada jam 5.30 pagi, 29/05/1973, P Ramlee diserang serangan jantung dan hilanglah seorang pejuang, anak seni dan penglipur lara dari bumi Malaysia ini.  Pergi tak kembali, beliau meninggalkan kenangan dan filem filem yang melangkau zaman untuk dinilai oleh semua...
Innalillahiwainnailaihirajingun.  Semoga jasa jasamu diberkati oleh Allah swt.  Amin.




Lepas ni, nak gi tengok citer apa plak yer?

To Know Malaysia Is To Laugh Malaysia with Harith Iskander,
Stadium Putra, Bukit Jalil
DisneyLive Three Classic Fairy Tales - Plenary Hall, KLCC

No comments:

Post a Comment