Friday, November 14, 2014

2014 11 13 A day for mum and dad

Ari ni bawa mak ngan ayah keluar untuk uruskan soal tanah ayah di Pejabat Tanah.

Mula mula gi sarapan dulu kat Restoran di Kolam Air Lama.  Ada banyak kuih tradisional kat sini.


Lepas tu, pergi Pejabat Tanah untuk buat Kaveat untuk protect tanah ayah.  Kena buat surat akuan kat Mahkamah dan sign depan Pesuruhjaya Sumpah pulak.


Masalah nya dengan Jabatan Kerajaan ni, urusan yang sama, 4 kali kena ambil nombor.  Bertanya kat kaunter tentang prosedur -  ambil nombor, submit borang - ambil nombor, pergi pesuruhjaya sumpah - ambil nombor, buat bayaran - ambil nombor. Submit borang - ambil nombor.  Itu yang mengambil masa sampai petang tu.
Tunggu giliran lagi.
Dah settle semua, bawa ayah ngan mak pergi lunch kat Bulatan Selayang tu.  Ada gerai ikan bakar kat situ. Mak masih kenyang, ayah still boleh minum lagi.

Bungkus je lah.  Balik tak payah masak
Urusan hari ni selesai.  Mission accomplish

No comments:

Post a Comment