Tuesday, March 24, 2015

2015 03 23 Kisah hari ini

Hari ni anak bujang saya pergi ambil award kat sekolah.  Alhamdulillah dapat best student last sem.  Dapat award dan RM200 book voucher lagi.  Nak tengok design yang menang tu ... scroll bawah lagi ok ...


Congratulation sayang.  Buat habis baik, next time.  Janji pengakap tau!!
To celebrate kejayaan anak, me buat Nasi Ayam.  Nak cuba tak?  Meh lah intai intai ...

Kita perlu ayam tau - kalau keluarga besar, lebihlah ayamnya, kalau keluarga kecil macam kami ni, 8 ketul ayam jer.  Hari ni kami guna bahagian kepak sahaja.

Bahan bahan untuk rebusan

8 ketul kepak ayam yang sudah dibersihkan dan sedikit leher ayam, kaki ayam dan dada ayam untuk buat sup.
2 ulas bawang putih (diracik halus)
2 inci halia (diracik halus)
Note : kalau nak blender pun ok tapi air blender tu masuk balik dalam air rebusan ok.

Kadang kadang kita terfikir, ayam yang kita rebus tu, dah sedia untuk diangkat ke.  Cara untuk memastikannya adalah - ambil tooth pick (yg belum guna ok), cucuk ayam tersebut perlahan lahan.  Jika lihat masih ada darah, rebus lagi.  Bila dah yakin ok, angkat dan asingkan ayam dari air rebusan.  Tak yah lah tapis.  Sikit sikit air rebusan tu ok jer.

Lebih kurang macam ni lah
Pastu, ayam tersebut di gaulkan dengan bahan bahan ini:-

Bahan bahan perap

8 ketul ayam yang telah direbus (leher, kaki dan dada ayam tu tinggal kat dalam air rebusan untuk buat sup sekejap lagi)
2 inci halia
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang kecil (saya memang suka bawang kecil sebab lebih manis)
Kicap manis
Sedikit garam
Sedikit gula atau madu

Dah siap semuanya, masukkan dalam tupperware, tutup dan masukkan ke dalam fridge.  Normally I simpan jer.  Bila nak makan baru lah goreng.  Lebih lembut dan perapannya masuk ke dalam ayam ayam.
Saya guna kicap manis ABC dan tak tambah gula pun
Nampak tak lawa tapi percayalah.  Bila dah dimasak.  Sodap


Sekarang ni, bolehlah kita start buat sup.

Ingat tak air rebusan tadi.  Air rebusan ni kita boleh guna untuk buat sos cili dan sup.  Senang kan.  So simpan setengah cawan teh, air rebusan untuk buat sos cili.  Yg lain lain tu boleh guna untuk buat sup.

Lets making soup.

Bahan bahan untuk sup

Air rebusan ayam
Sup bunjut tulang (saya guna yang ada bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sekali)
Lada hitam (kalau suka)
2 ulas bawang putih (racik halus)
4 ulas bawang kecil (racik halus)
2 inci halia (racik halus)
Kentang (kalau suka)
Carrot (kalau suka)
Tomato (kalau suka)

Saya suka isi sayur sayur ni.
Kadang kadang saya letak cauliflour juga

Air rebusan tu panaskan dulu.  Masukkan sup bunjut.
Bahan bahan yang dah diracik halus ditumis dengan sedikit minyak.  Dalam seminit, masukkan pula, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.  Bila dah harum dan wangi, masukkan ke dalam air rebusan.  Tambah garam dan perisa.  Disebabkan ayam tadi dah direbus, saya akan terus masukkan kentang.  Biar api kecil.  Kacau dan tutup periuk.  Biarkan dia masak seketika.  Dalam 5 minit, rasa kentang.  Jika dah rasa separuh lembut (guna tooth pick yang tadi tu), bolehlah masukkan carrot.  Masak dalam 2 minit dan tutup api.  Kentang tu akan sedang elok masaknya dan carrot tu tak terlalu lembut.


Sekarang sup dah siap dan ayam pun dah perap.  Senang kan.

Untuk sos cili pula...  Bahan bahannya adalah:-

Air rebusan ayam
Cili masak (bilangan ikut suka)
Sedikit air asam jawa atau cuka atau sedikit perahan limau kasturi
Sedikit garam dan gula
2 ulas bawang putih

Semua bahan diblend.  Rasa dulu tau.  Kalau suka boleh tambah sos tomato atau sos cili juga.  Be moderate.  Barulah best.  Boleh dimasak seketika.
Inilah hasilnya selepas dimasak seketika

Last sekali.  Sos kicap.
Mesti tak caya cara caranya sangat lah senang.  Bahan perapan ayam tadi adalah sos yang paling berharga.  Tapis sosnya dan perisakan dengan garam.  Masak seketika.

Maafkan saya.  Hari ni kami berpuasa sunat.  So, goreng ayam bila nak dekat berbuka lepas tu bila azan berkumandang, kami terus makan.  Memang tak sempat dan tak ingat nak snap gambar.  Ini jer gambar yang ada.  Maafkan saya.  Kalau tak pasti, boleh email jer kat saya yer. 2011weddingpreparation@gmail.com.  Selamat mencuba
 

No comments:

Post a Comment