Monday, April 6, 2015

2015 04 05 Apabila Allah Menarik Sedikit Kesenangan Dunia

Dalam dunia ni, sape yang tak nak senang.  Semua orang nak hidup yang selesa, yang mewah, yang serba serbi cukup.  Alhamdulillah, kami sekeluarga, pada waktu ini, sentiasa beringat, walaupun tak 100%, tapi kami cuba.  Cuba untuk tidak terlalu leka dan lalai.  Cuba untuk sentiasa mengingati mati dan sentiasa cuba untuk menambah saham akhirat.  Tak mudah sebenarnya - sangat susah sebab kita cuba menghindarkan diri kita dari membuat sesuatu yang kita suka.  Kita suka shopping, sekarang ni cut down shopping sebab merasakan bahawa ianya satu pembaziran.  Kita bermurah hati, menderma walaupun dulunya nampak penjual tisu pun rasa nak paling kan muka.  Maafkan kami Ya Allah.

Ini abang ipar yang kini dirawat di Hospital Ampang.  Beliau dirawat di Tingkat 7, Wad 7A, Katil 16.
Beliau diberi tambahan O2 kerana cepat mengah dan tak dapat bernafas seperti biasa selepas chemo treatment pada hari Jumaat, 6/04/2015 lalu.  Moga Allah memberkati beliau dengan kesihatan yang lebih baik.  Amin.


Malam tadi bawa anak anak solat Maghrib di Masjid Al Azim, Pandan Indah.  Alhamdulillah.  Permudahkan urusan kami Ya Allah.  Berkati keluarga kecil kami ini.  Amin.


No comments:

Post a Comment