Thursday, April 23, 2015

2015 04 22 Perjalanan menuju ke syurga

BNgah dan 2 orang anak anaknya akan berangkat untuk menunaikan umrah petang ni.  Flight pukul 3 petang tetapi pukul 11 pagi diaorang dah ada kat KLIA.  Teringin nak mengucapkan selamat tinggal kat mereka.

Sebelum tu, kami pergi uruskan hal kami dulu.  Suamy nak pergi Immigration di Wangsa Maju untuk renew passport.  Sambil tunggu urusan menyediakan passport tu, kami ziarah adik ipar yang bekerja kat tingkat 3 bangunan yang sama.  Mereka uruskan penghantaran pulang PATI.  Sangatlah sebok tempat ni.  Bayangkan berapa banyak paper work nak kena siapkan ni...


Lepas tu, kami pergi ke Fig Fiesta Malaysia kat Sg Buluh.  Gi tengok tengok jer.
Jika berminat, boleh guna waze dan type Fig Fiesta Malaysia.
Takde waze boleh guna google map dan type alamat ni.
Lot 437, Lorong 2, Kampung Merbau Sempak
Merbau Sempak, Sungai Buluh.

Mereka ni jual cutting dan anak pokok.  Buah cuma untuk pengunjung yang datang merasa pokok dari syurga ni.



Buah tin segar.  Belum masak sangat tu.


Dah selesai ngan buah tin, kami pun pergi ke KLIA.
Sampai KLIA lebih kurang pukul 1.45 petang.  Yang lain lain dah boarding.  Tinggal Anak buah jer sedang uruskan sesuatu.


Ohhh...mereka upgrade seat dan sedang tunggu credit card confirmation untuk upgrade.
Kat sini, line internet sangatlah kureng...  Dalam hall (departure atau boarding) ok pulak.

Takut diaorang lambat sebab nak solat dulu, kami offer untuk uruskan for them.
Selamat jalan.  Semoga perjalanan kalian dipermudahkan dan diberkati Allah swt.


Nak print pun kena pinjam kat counter lain. Aduhai


Selesai.  Cash juga yang mudah.  Credit card ni kadang kadang menyusahkan


No comments:

Post a Comment