Tuesday, April 28, 2015

2015 04 28 Menziarahi Pusara Abu Bakar Bin Mohd Shariff

Hari ini genap 2 minggu pemergiannya ke Rahmatullah.  Semoga beliau sentiasa dalam lindunganNya dan sedang berehat dari kesakitan yang dihadapinya selama ini.  Amin.

Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota

Dalam perjalanan ke kereta, bertemu seorang petugas Jawi yang menguruskan tanah perkuburan disini.  Menurut beliau, tanah perkuburan disini sudah hampir penuh dan mungkin mampu bertahan untuk 3 tahun lagi.  Setelah itu, mungkin jenazah (in future) akan dimakamkan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Selayang atau mengikut perkiraan beliau, jika diluluskan oleh DBKL dan JAWI, mungkin perkuburan lama (Fasa 01) boleh di selang selikan dengan yang baru.  Faham ke?

En Suamy bersama seorang petugas Jawi yang menguruskan
pusara di kawasan ini

Masih ada sedikit ruang lagi.
 Lepas ziarah, kami pun beristirehat seketika menghilangkan lelah.

Sarapan pagi

No comments:

Post a Comment