Friday, May 1, 2015

2015 05 01 Hari Pekerja

Semalam, pepagi mak dah telefon, dalam perjalanan nak balik kg katanya.  Hati ni pun menari nari untuk pulang ke kampung.  Memula settlekan anak anak dan suamy dulu.  


Pagi ni, suamy ada golf di KDE dan anak anak ada tennis lesson pukul 11 pagi
Lepas antar suamy, kami breakfast dulu kat Ali Maju, Wangsa Maju.
Pastu pergi KDE untuk tennis lesson


While tunggu anak anak (suamy baru habis menyabit - good timing), kami minum air kelapa dulu.

Teka..dia buat apa???
Chatting lah tu
Lepas tu, kami balik rumah, solat zohor dan siap packing untuk balik kg.  Anak anak pula ajak cari barang barang arts kat Melawati tetapi waze kata Melawati soooo jam.  Untuk tidak mengecewakan anak anak, saya pergi ke Wangsa Walk instead.  Lunch dulu then balik kg.  Sampai Kuala Sg. Baru dah hampir maghrib, so solat dulu kat Masjid Al Hafiz.  Mak pun kami ajak sama.

Terus pergi dinner kat Fort Supai.  Dah lama tak bawa mak makan kat luar.  Sebenarnya agak takut sebab mak tak boleh makan macam macam.  Darah tinggi dan kencing manis membataskan pengambilan makanan beliau tapi hari ni Alhamdulillah, mak makan tetapi dengan kuantiti yang sangat minimal.  Thanks Allah kerana sentiasa memberikan aku jalan untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku.


Untuk mak - steam fish lemon

Ada udang goreng tepung, ikan kerapu tiga rasa, pepahat dan kepah

Ayah yang sangat saya sayang.  I Love you ayah


Senyuman ibu yang sangat aku rindui.  Along sayang sangat ngan mak

Ya Allah, berkati ibu dan bapa ku dengan kesihatan yang baik
Jauhkan kesakitan dari tubuhnya
Jauhkan sebarang penyakit dari mereka
Jika memang sudah tiba masa mereka meninggalkan kami,
tolong aku Ya Allah, ambillah mereka dengan lemah lembut
Kasihanilah mereka Ya Allah.  Please...
 

Nota kaki
Bila kita ziarah orang sakit (orang luar), kita boleh lembutkan hati dan tangan kita, bersedekah pada orang itu TETAPI berat sungguh kita (anak anak) untuk melembutkan hati untuk bersedekah pada ibu bapa.  Tak kesahlah ibu bapa sendiri atau ibu bapa mertua.  Hati kena bersih ok!!!
Barulah Allah sayang dan ambil peduli dengan doa (permintaan) kita.
I'm mean and loud - of course.

No comments:

Post a Comment