Saturday, May 2, 2015

2015 05 02

Ari ni kami dapat jemputan kahwin dari school mate suamy kat Rasah New Village.  Disebabkan kerja kerja pembinaan jambatan sedang dilakukan, perjalanan 40 minit tersasar sampai hampir 1 jam setengah.  Ohh...perut dah lapar.  Pukul 2 petang baru sampai.  Huh...

Lauk sedap (tetapi) mungkin sesuai untuk mereka yang menghidap diabetes kot.  Sorry tuan rumah - ayam masak merah tu sedap, cukup manisnya, kayu manisnya tapi tawar, daging pun sedap tapi tawar juga.  Teringat kat cerita Ahmad Albab .. kopinye pekat, hitam tapi tawar!!!

Si sleepy head ni moody sebab dikejutkan sewaktu tengah tidur

Suamy saya ni bukan nak berziarah makan kenduri sangat.
Saja suka nak hu ha ngan old friend.
Pilih kawan shayang - kawan yang boleh tolong kita di dunia
dan bantu kita ke akhirat

Sicantik manis, wangian syurga kami ni


Ini portion saya
Sebelum ambil nasi dan lauk lauk, saya dah tanya anak2
Sedap tak?  Mereka kata sedap.  So saya pun ambillah.
Hmmm....bagus juga untuk kesihatan
Malamnya kami Maghrib di Masjid Al Azim.  Kalau tak silap, nama Ustaz ni adalah Yg Berbahagia Ustaz Meor Abdullah.  Maafkan saya yer ustaz, kalau silap nama.  Ampun.
Beliau bercerita tentang Perjanjian Hudaibiyah.  Implikasi dan tatacara umat Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw menangani isu peperangan dan cara cara menawan hati kaum Quraisy ketika itu.  Mengelak dari peperangan tak bermakna takut akan peperangan.  Alhamdulillah - sangat santai cara ustaz ni menyampaikan bicara. Sampai ke jiwa.

Gambar ini diambil dari big screen yang dipasang ketika majlis ilmu tersebut
 Lepas tu, perut yang berkeroncong ini perlu diisi.. Anak anak nak makan tomyam noodle lah pulak.


No comments:

Post a Comment