Wednesday, May 6, 2015

2015 05 05 Anniversary Izam

Hari ni anniversary adik lelaki saya, Razaleigh Bin Zainal.  Tak ada apa yang seorang kakak itu boleh beri selain dari doa akan kesejahteraan rumahtangga adik adiknya.  Moga perkahwinan kalian kekal hingga ke Jannah.  Amin.

Puteri wangi saya pula ari ni ada archery.  Tak tahu kenapa ari ni excited sungguh dia nak pergi archery.  Makan pun suruh cepat cepat.  Hmmm...mari kita siasat...

Archerers...anak saya yang sebelah Ustaz baju merah tu.

Tapi hari ni, shooting si wangian syurga kami ni, asyik tersasar aje.
Apa yang menyebabkan konsentrasinya terganggu?  Puzzle me.

Apakah ada diantara mereka menjadi penyebab???

Kalau takde coach macam ni lah budak budak ni.  Main main jer.

Posing ngan arrow lah pulak
Lepas archery tamat, kami antar anak anak pergi kelas kumon.  Kami suamy isteri pula solat maghrib di Surau Pandan Perdana.  Belum sempat dengar tazkirah Maghrib, anak anak call kata dah boleh ambil diaorang.

Kami ambil anak anak dan nak pergi makan nasi ayam kat Lazeez.  Berkumandang pulak azan Isya' so kami solat dulu kat Pandan Indah.  Bagus kan aturan Allah.  Kemudahan sentiasa diberi kepada yang memerlukan.

Ada seorang lelaki ni, katanya perlukan bantuan untuk anak anak nya yang hilang penglihatan untuk membeli Braillle Al Quran.  Ada Braille Al Quran rupanya.  Jauh perjalanan luas pengetahuan.  Pergi masjid, pengetahuan yang kita dapat tentang masjid dan majlis ilmu ye tak?  Kalau kita pergi tempat hu ha yang lain, dapatlah pengetahuan yang sangat meluas tentang hu ha tu ok.  Tepuk dada tanyalah iman.

Yang berhajat tu adalah lelaki yang berkopiah putih disebelah kiri tu
Jika ada yang berminat untuk menyalurkan sumbangan (Ingat!! selagi anak anak itu menggunakan Al Quran tersebut, selagi itulah pahalanya terus mengalir untukmu.  Insha Allah), boleh hubungi nombor ini...  Saya cuma menyampaikan.  Yang lain lain (genuine atau tak) kita serahkan pada Allah ok.
Harga sebuah Braille Al Quran ini adalah RM2,750



Please salurkan kepada En. Gulam Kibriya Bin Mohd Khamid
No Akaun Maybank 1510 1732 5301
No Telefon 017 738 4985
Seorang ayah yang prihatin dengan agama anak anaknya walaupun
anak anaknya tidak dapat melihat

No comments:

Post a Comment