Thursday, June 25, 2015

2016 06 24 Ramadhan 07 1436 H - Proses Dialysis - Pengenalan - HUKM

Hari ni teman mak pergi kursus pengenalan Dialysis.  Apa itu Dialysis.  Kenapa kita perlukan Dialysis. Jenis dan Kos Dialysis.

9.15 pagi dah sampai.  Schedule pukul 10 pagi.  Tunggu dan tunggu.  Leceh nyer.  Menunggu ni betul betul satu penyiksaan.  Kalau tunggu nak ambil bonus ke, lain lah cerita.  10.30 pagi - tak start lagi.  Dah nak geram nih...  Padahal semua, kakitangan yang terlibat ada kat tempat tu, kecuali kakitangan di bahagian Sosial dan Diet.  Grrrr....

Kakitangan yang terlibat dengan kursus ni sedang lepak lepak jer
Pesakit tengah gedebuk gedebab dalam hati ni, diaorang ni tak kesah pun.
Tak boleh nak salahkan mereka - dah jadi routine kan

Ini adalah mereka (pesakit atau waris yang terlibat dengan kursus ni nanti).
11:00 pagi, baru mereka panggil masuk ke bilik konferens.  Tengok video dulu (tentang jenis jenis dialysis).

Kakitangan yang terlibat
Sepatutnya kursus ni, mudah untuk disampaikan dan mudah untuk sesi soal jawan.  Kalau dah buat tiap tiap minggu, mesti mereka dah fasih dengan hal hal ni, tetapi, jawab soalan I pun, agak agak tersenggut senggut.  Hishh...budak budak ni.  Sangat susah dalam hati ni...

Yang baju merah tu pakar dietitian.  Sedang terangkan tentang pemakanan.  Dos and dont.

No comments:

Post a Comment