Saturday, July 11, 2015

2015 07 11 Ramadhan 24 1436 H - Iftar bersama dengan adik yang jauh

Adik yang jauh dah pulang untuk berhari raya bersama kami.  Alhamdulillah.  Kami adik beradik kumpul duit untuk makan kat sini dan dibantu juga oleh En. Groupon.  Berbaloi juga rupanya.  Dulu, waktu den masih bekerja, kami tak perlu tong tong duit untuk berbuka.  Semua den boleh bayar tetapi itu dulu.  Sekarang pun boleh tetapi adik beradik pun mesti diajar untuk chip in.  Tak pe lah... rezeki tu Allah yang beri.  Bila bila masa pun Dia boleh tarik balik.

Walau bagaimanapun, jika rezeki kita ditabur pasir oleh individu yang kita percayai (contohnya pegawai atasan kita), perlukah kita sabar atau terus mengambil tindakan???  Mungkin kita boleh debatkan isu ini sebab I always believe in - apa yang kita buat kat orang, satu hari nanti, ada orang akan buat balik kat kita...

Moh lah kita skodeng aktiviti berbuka malam ni..

Syurga kami

Adik adik kami.  Mak yang gembira dengan kepulangan mereka

Keluarga besar kami. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan kami di dunia dan di akhirat

Siangnyer...

Kami ziarah pusara abang ipar, nenek dan datuk saudara di Tanah Perkuburan Setapak
(Sikap berubah apabila kita ditimpa musibah.  Kita akan bawa diri dan bermunajat kepadaNya kerana sesungguhnya tiada yang lain yang lebih berkuasa dari Nya.  Kita juga tunduk padaNya dan merendahkan diri untuk menyembahNya.  Alhamdulillah)

Pusara Abang Ipar

Pusara Nenek.  Adik, Ayah dan Mak pun ada kat sini rupanya.  Kebetulan.  Ketetapan Allah itu sangat perfect

Naemah Bt. Abdul Rahman
7/12/1990


Pusara Datuk Saudara - sian tidak diurus oleh waris.
Semoga nasib kami tidak begitu.



No comments:

Post a Comment