Sunday, August 2, 2015

2015 08 02 17 Syawal 1436 H - Sambutan Aidil Fitri di Syurga Teratai

Alhamdulillah.  Allah permudahkan semua urusan dan kami berjaya melakukannya.
Walaupun soooo last minute tetapi Allah memberikan kami rezeki yang sangat besar hingga kami mampu mengumpulkan 5 keluarga "Shariff" dan 2 keluarga "Zainal".  Very happy...

Terima kasih Allah atas rezeki ini...  Untuk yang berminat dan nak order for your function, boleh order nombor yang tertera kat bawah ni ok.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kak Shiela ni memang my favourite .  Pandai buat talam, cake dan masakan.  Masakan hari ni pun tidak menghampakan.  Cubalah.
FB : Shiela d'Dapoq
Tel : 013 209 6113
Nasi Kabsah dengan ayam dan kambing






















Hari ni kami tempah dari Kak Rosemah Masterchef untuk buat gulai lemak Ikan Sembilang, Gulai Lemak Telur Itik dan Sambal Ikan Sembilang.  Wow...surprisingly semua tetamu makan dengan seleranya.  Memang kena dengan orang nismilan ni.  Malangnya, saya memang tak sempat nak snap gambar sebab tetamu mula datang pada jam 4 petang dan saya memang baru je lepas hidang semua lauk lauk.

However, memang sedap.  Santannya sangat perisa dan memang best.  Thumbs up.  Should try.  Harganya pun memang sangat murah dan saya sangat terkejut dengan harga tersebut.  Personally, KakMa ni sangat humble dan baik hati.  Kalau beliau tak bz sangat, beliau pun boleh turun ke KL untuk deliver.  Saya juga beli ikan keli dan daging yang dah disalai.  Senang.  Bila nak masak, terjun kan je kat dalam santan.
FB : Masterchef Rosemah Ibrahim Gomabonasalai
Tel : 012 366 4289

Disebabkan majlis kami ni berlangsung pada petang hari (HiTea kata omputih), kami turut menyediakan Pulut Kuning yang diorder terus dari Puan Zarina Zainuddin.  Beliau ni pelakon terkenal 90an.  Sekarang ni masih berlakon cuma menambah pendapatan dengan memasak makanan untuk jualan.  Boleh tahan sedapnya.  Nak cuba makan rendang ataupun roti jala dari beliau, jangan lupa buka Instagram beliau ok.
Instagram: Zarinazainuddin
Tel : 019 303 4622 (WhatsApp only)
Boleh tukar rendang tu kepada rendang daging tetapi
kami prefer rendang ayam














Untuk desert table pula, kami order Cheese Tart  dan Pavlova dari NurBahiah - ButterMy.
Flavour Cheese tart boleh dipilih atas kehendak kita.  Selain dari tart, si cantik manis ni boleh buat cream puff, congo bar, victorian sandwich dan macam macam lagi.  Pokoknya anything desert, mesti beliau boleh cuba buat.  Kami kenal beliau masa beliau buat promotion masa pembukaan kedai hijab kat Bangi.  Diaorang ni normally promote food product kat opening macam ni.
Berminat boleh jer call diaorang or buka FB mereka.
FB : Buttermy
Tel : 019 637 8685 (WhatsApp only)
Blueberry cheese tart yang yummy sangat
Cheese yang padat sangat sedap dengan crust crunchy...hmmm
























Selain dari tu, kami juga beli Baklawa dari Damas Sweet.  Baklawa adalah sejenis manisan yang berasaskan kekacang seperti Pistaschio dan Gajus.  Not too sweet.  Sangat sesuai dengan makanan arab yang kami sediakan.  Actually, rasanya lebih kepada kacang tumbuk yang kita selalu makan masa kecik kecik dulu tu.  Haa ring a bell... sedap kan.  Terliur tak?  Ehh...memang sedap.  Cubalah.
Boleh call mereka dulu - Harga memang agak mahal yer tetapi mereka jual by weight so kalau nak murah, jangan beli banyak.  I'm warning you!!  Sikit tak cukup tapi sangat berbaloi.
FB : Damas Sweets
Tel : 03 4252 4077
Sedap...sedap..sedap...Rasa satu nak lagi dan lagi dan lagi...
















Sedang packing Backlawa kami

Untuk desert tradisional pula, kami beli kuih talam dari "the Famous Mak Jah".  Hari ni, kami beli Wajik, Talam Ubi Kuning, Talam Ubi Coklat dan Kuih Cara.  Sebenarnya kami berkenalan dengan gerai Mak Jah ni dalam perjalanan En. Suamy gi menyabit kat KDE.  Gerainya tak lah fancy sangat.  Bersebelahan dengan SPCA, Lorong Kolam Air Lama.  Beberapa orang celebrity terkenal pun suka beli dari gerai Mak Jah ni tapi tak boleh beli selalu sebab kuih kuihnya manisss....  Cepat pulak dapat darah tinggi dan kencing manis.
FB : Tak ada
Tel : 017 205 1585
Kuih Cara berlauk

Talam Ubi Coklat dan Talam Ubi Kuning


























Dah ada desert, mesti ada buah kan.  Kami sediakan buah tin yang istimewa untuk semua tetamu.  Buah tin fresh ni kami beli dari Tn Marzuki Shafiee.  Buahnya ada beberapa jenis - ada TGF Jumbo (TGF), Masui Dauphine (MD), Khutmani, BTM6, IBT dan Red Libya tetapi tak boleh pilih.  Tetamu kami yang rata ratanya selalu travel cuma makan buah tin kering.  Ha ha tetapi kami telah memperkenalkan buah tin Malaysia kepada tetamu.  Jangan tak cayo...






















Tamatlah sudah senarai makanan yang kami sediakan untuk tetamu hari ni.  Memang berbaloi menyediakan makanan dan dinikmati oleh semua tetamu.

Saya nak petik Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ad Dailami dari Anas RA "Apabila tetamu masuk ke rumah (berziarah), maka dia masuk dengan rezekinya dan apabila tetamu keluar dari rumah, maka dia membawa pengampunan dosa orang orang rumah itu".

Semoga kami juga dipermudahkan dengan rezeki dan dengan berakhirnya majlis kami semalam, kami berharap, dosa dosa kami juga diampunkan.  Amin.


Nota kaki:
En Suamy diduga dengan dugaan kehidupan yang berat dan beliau dengan berat hati menerima keadaan tersebut tetapi yakinlah bahawa setiap rezeki yang Allah turunkan bukan disediakan oleh "Majikan atau sesiapa yang diamanahkan untuk menjadi pendokong syarikat" tetapi rezeki tu Allah yang punya kuasa.  Kami mungkin akan miskin duit tetapi kami yakin Allah itu ada dan sentiasa memberi keberkatan, kekuatan, kesabaran dan kekuatan untuk kami hadapi masalah dunia ini.  Duit memang satu keperluan tetapi masalah duit juga menjadikan kami sekeluarga butuh membutuhi antara satu sama lain.  I'll stand by you, En. Suamy.

No comments:

Post a Comment