Sunday, August 9, 2015

2017 08 08-09 22-23 Syawal 1436 H - Menziarahi sahabat suami yang uzur di Kluang, Johor

Tak pernah kami sampai ke bumi Kluang, Johor ni tetapi hari ni demi sebuah persahabatan, kami sampai juga menziarahi sahabat suami yang uzur, saudara Johari Jauhir beralamat di No 19, Jalan Ketumbar, Taman Makmur, 86000 Kluang Johor.

Sebelum tu, kami singgah dulu kat kedai kawan suamy ni..

Sebelah En. Suamy tu, Zainuddin (x MAS)

Zainuddin (bj hitam) Md Nor (bj oren) 

Tudung biru (Kak June isteri Zainuddin)

Tudung hitam - puteri syurga saya yang makan banyak - roti canai & nasi lemak sotong & air teh ais
Dah kenyang, baru bergerak ke Batu Pahat.  Kami check in dulu di The Katerina Hotel.

Banyak traffic light tempat ni - sebelah kiri tu, Batu Pahat Mall

Dah selesai check in, kami bergerak ke Kluang pula
Angah duduk kat belakang sekali dengan anak kucing yang kami bawa sekali

Perjalanan ke Kluang, Johor


Kami disambut dengan sambutan yang sangat warm.  Walaupun baru berjumpa tetapi cara mereka suami isteri menyediakan makanan tengahari dan menyambut kami seolah oleh kami ni saudara yang pulang berhari raya.  Terharunya kami.

Spend a few hours at their house and then pergi ke No 241, Jalan Gigih 11, Taman Sri Lambak pulak untuk berhari raya.  Sahabat suami, Shariff pulak buat open house.

Malam ni kami menginap kat Katerina Hotel di Batu Pahat.  Bersih hotelnya.  Alhamdulillah kami tak salah pilih hotel.  Takut juga kalau hotel tu "berpenghuni".  AlMaklumlah first time, masuk tempat ni.  Kami ambil trio di Tingkat 13.  Bilik bernombor 1304



Boleh lah kan - RM359 semalam.  Kami cantumkan kedua dua katil tu, dan kami 5 beranak tidur dengan selesanya


Waiting area - cute kan macam island
3 orang anak syurga kami

Breakfast pun termasuk juga tetapi kurang sikit lah.  Mungkin tetamu tak berapa ramai.  Walaupun begitu, masih memuaskan.


En suamy sekarang ni dah pandai posing
Keesokan harinya, kami check out early.  Lepas sarapan, kemas beg terus check out sebab tak mahu sampai rumah menjelang senja.  Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam sebab kami berhenti di beberapa tempat.  Antaranya....

Putu Bambu Juriah, Ayer Hitem
Picture credit to http://berteromber.blogspot.com/2014/09/putu-bambu-special-juriah-air-hitam.html

Lepas tu, kami singgah pula kat "Ah Son Kedai Tembikar".  Anak anak nak beli soft toys pulak.  I sambar satu periuk tembikar.  Buat masak gulai.  Dah lama cari.  Harganya cuma RM40.  Terkejut kan.  Kalau kat Brickfields tu, mau ratus tu...  Masalahnya cuma, bonet dah penuh dengan anak2 den, so tak boleh shopping banyak2.  Tahan perasaan jer lah.



Selipar rumah ni RM15.00

Bantal kecil tu RM15.00

Tengok senyuman tu...ada sesapa yang tak rasa cinta???  Rugi lah.
Oppsss...harga barang barang kat tempat ni memang mengujakan.  Murahlah tetapi thanks to the Government yang dah berjaya impose GST, kami rakyat marhaen ni kenalah bayar harga barang + GST.  Thanks to you Government.  Hope Malaysia akan terus maju dan terkenal di mata dunia dengan wang kami ni.  Walaupun tak kerja, tapi harga barang yang dibayar tetap kena cukai.  Hmm... sorry.  Teremosi sekejap.

Then, bergerak lah kami meninggalkan bumi Johor menuju ke bumi Melaka Bersejarah pulak.  Arah tujuannya adalah Cendol Bakar Ayer Keroh.  Amboi seronok semua orang ni, I drive, yang lain membuta.  Buka mata jer..lapar lah, haus lah, kencing lah.  Alahai...

Sebelum tu gi solat dulu kat Masjid Al Falah Bukit Rambai.  Solat jangan lupa ok.
Ada hadiah lagi...boleh jamak.



Comel kan.
Tengah menyusukan baby kucing tu
ha ha yes..kami bawa kucing ke Johor.

Ok dah sampai...



Mi hun sup, kerepok lekor, pulut durian, cendol dan lempeng

Memang sedap

Air sirap

Happy nyer.  Niat baik kami untuk berziarah, dipermudahkan Allah dan menganugerahkan kami dengan
percutian keluarga yang amat bermakna.
Ok...dah kenyang.  Sebelum driver mengantuk, jom kita bergerak pulang ke KL.
Terima kasih Allah.




No comments:

Post a Comment