Monday, September 21, 2015

2015 09 21 - 26 Miri, Sarawak

Tahun ni kami sekeluarga plan nak berhari raya dengan Adik di Miri.  Insha Allah, jika Allah izinkan mesti perancangan kami ni berjalan lancar.

Tak nak cerita banyak banyak.  Layan gambar ok...

2015 09 18 Pre Miri
Renew passport - in case nak ziarah Brunei


2015 19 21
Miri Day 01


21/09/2015
MH 2592
0830 - 1045

26/09/2015
MH2585
1955 - 2205

Sekarang ni kitorang occupy front seat jer...
It was a very smooth flight.  Alhamdulillah.  Sampai Miri terus cari kereta.
Suggestion - jika berminat boleh call Syarikat ini.  Price - reasonable. Insha Allah.  Boleh dirundingkan.

Kong Tech Car Rental
Airport, Miri
Kitorang ambil kereta CRV.  Sangat memuaskan.  Insha Allah.
21/09 - 26/09 Mereka charge RM1,000

QTJ 2967 - Terima kasih kerana memberikan khidmat yang superb
kepada kami sekeluarga
Dah dapat kereta, sekarang gi check in pulak.
Lets Eastwood...

Room 726, Eastwood Valley, Miri Sarawak
Nape kami pilih resort ni??  Jawapannya satu, nak bagi En. Suamy menyabit sampai lebam.
Eastwood juga dekat dengan Airport, so kami tak buang masa mencari di bandar.  Love to stay out of traffic.  10 minit driving dah sampai ke Resort.  It is advisable to call and booked - +60 85-421 010.

Kami dapat bilik 726.  Just nice for all of us.  Tak sempit sangat.  Just nice.
Room charges - RM258.70 inclusive breakfast.  Total 6hari 5 malam - RM1,293.50

Rehat sekejap kat bilik.  Kemas beg dan let En. Suamy pergi driving range.  Me, uruskan anak anak nyer homework.

Malamnyer, kami dinner ngan Adik kat Sajian Warisan.
Yummy TETAPI sangat mahal...  Ehhh...mungkin apa yang kami ambil tu agak pricey.  Seriously, should try.  Ada banyak pilihan.  Kami memang seafood geek so memang go for seafood.

BTW...memang should try.
Alamatnya - Lot 537, Jalan Kipas, 98000 Miri
(guna waze pun senang)



Menu kami malam ni
Ikan merah sweet and sour
Ketam nipah masak telur masin (ini yang paling sedap)
Udang giant butter (ini pun sangat sedap)
Midin goreng
Tomyam ayam
Pepahat cili

Taman Selera Tanjong Lobang, Miri


Terkial kial mengopek kulit ketam nipah yang keras
Ehh...nak share info ni ngan korang

Credit untuk
http://www.akupenghibur.com/2014/03/beza-antara-ketam-nipah-dan-ketam-batu.html


Lepas makan.  Perut dah kenyang.  Jom balik tidur.
Kat sini, matahari naik cepat.

Imsak - 0446
Subuh - 0456
Syuruk - 0608
Zohor - 1217
Asar - 1527
Maghrib - 1818
Isya' - 1927


2015 19 22
Miri Day 02

Kami nak cuba breakfast di hotel je hari ni.  En. Suamy gi menyabit 18 lubang.

To our surprise, set breakfast sangat mengenyangkan.
Starter - Assorted bread (croissant, slice of bread and pastry)
Juice and tea/coffee
Hashbrown, beef bacon, baked bean and choice of omelette
Noodle (kena pilih - kitorang ambil mi hun sup)
Fruit platter



Cantik sungguh kedua dua anugerah Allah ini.  Semoga kedua dua anakku ini beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.  Amin.


Lepas breakfast, takkan nak duduk kat bilik kan.
So kitorang gi ronda ronda ke Bandar.
Singgah ke Bintang Mall sebab kat sana ada Popular Book Store.
Anak anak nak beli stationery for their homework.
Kat Popular Book Store, kami spend RM26.69

Singgah Giant, beli junk food, spend RM24.16

Jenguk Daiso, tabur duit, RM10.60

Nampak Sugar Bun, makan ayam pulak, kali ini, RM33.30
5 pc chicken RM18.70
2 Milo Ice RM9.80
Pepsi RM2.90
GST RM1.88

Angah merajuk sebab pergi Giant tetapi coklat Cadburt Crunchie tak ada.  Cari kat Guardian - pun tak ada.  Hutang dulu.

Sebelum bergerak pulang, nampak crepe shop ni.  Exactly macam kat Melbourne.
Anak anak pun nak cuba Mazazu Crepe.  Yang berminat boleh pergi ke Tingkat 3, Bintang Mall.
Di Melbourne, they let us eat and enjoy the food dengan cara crepe fold yang berbeza.
Cara Mazazu ni menyebabkan anda rasa muak lebih cepat (ini pandangan saya ok).

Mazazu Crepe in the making

Happy

Happier
Ehh... ada 3D picturesque juga.

3D

Terkejut lah konon - Incredible Hulk tu
Habis ngan Bintang Mall, kami pun pergi Tamu Muhibbah.  Tak jauh dari Bintang Mall.  Dalam 5 minit memandu je.  Yang penting, please use, Waze.


Surprisingly cheap...definitely akan bawa mak ngan ayah kat sini.  Serius diaorang mesti suka ngan tempat ni.  Banyak buah buahan tempatan - durian, langsat, pulasan, rambutan.  Wow...seronok giler.  Sangat manis.  Tak macam kat KL (ehh...rata rata buah buahan yang ada kat KL tu datang dari Thailand.  Lupa pulak)

Ingatkan nak round lagi, tetapi En. Suamy dah call.  Dah habis menyabit katanya.

Ambik suami dari Club House, mandi, solat, rehat kejap dan we are going to Brunei.

Shhh...kitorang nak pergi Brunei
Kami guna waze ok.  Gerak dari hotel lebih kurang pukul 2 petang.  Terus tuju ke E-Mart dulu untuk tukar duit Brunei.

E-Mart ni sebenarnya shopping mall cum pasar
Ada banyak anjing kat sini.  "Manja, manja" anjingnya
Kalau sanggup - silakanlah berkunjung dan membeli belah disini

Check point nya adalah di Sg. Tujuh, lebih kurang 30 minit dari IKBN.  Oh yer, masa kitorang sewa kereta tempohari, kitorang dah cakap yang kitorang nak pergi Brunei so memang diaorang dah sediakan "Kad Hijau" untuk menyeberang sempadan.  Kami melalui Sg. Baram.  Sampai kat Imigresen Sg. Tujuh, kami pun handover passport kat pegawai Imigresen tu.  Chop kat passport and OFF WE GO....


Kemudian kita akan melalui satu kawasan - macam tinggalan office lama (mungkin pejabat imigresen dulu kot).  Jalan terus sehingga sampai ke Imigresen Brunei pulak.

Haa...yang ni tricky sikit.  Kita kena fill up satu borang untuk membenarkan kereta dari Malaysia dibawa ke dalam Brunei.  Borang tu ambil dari pihak kastam Brunei ok.




Pegawai Imigresen dan pegawai kastam Brunei ni, baik budi bahasanya.  So kita ni pun kenalah berbudi bahasa juga.  Bila orang suruh turun dari kereta untuk tengok bonet, buat ajelah ok.
Settle semuanya ... drive terus dan anda sudahpun memasuki Brunei.

Haa...dah sampai sempadan Brunei

Antara mercu tanda di sini
Kami tak nak pergi jauh jauh sebab takut tak sempat nak balik Miri.  Yang penting kami dah jejakkan kaki di Brunei ini.  Next time, kita pergi Bandar Seri Begawan pulak ok.  Yang ini mungkin makan masa 2 jam perjalanan dari Permy Jaya.  Insha Allah, ada rezeki, mesti kami sampai.

Susah nak cari negara yang menggunakan dan mengamalkan
huruf jawi.  Proud of you, Brunei


Masjid Mohammad Jamalul Alam,Kuala Belait


Rumah mereka besar besar
Makan tengahari kat Restoran Indian Muslim dulu sebelum balik.  Kami makan Kebab Platter BND20 dan Tandoori dan Briyani Ayam (tak ingat harga).

Taj Restauran, Kuala Belait, Brunei

Sedang menunggu makanan tiba

Eh...untuk kenang kenangan, anak anak dan suami beli 2 kopiah dan 2 helai tudung dari kedai di sini.  Harga kopiah BND28 dan harga 2 helai tudung BND15.  Total BND43.



Inilah tudungnyer.  Turqoise green

Sebagai bekal dalam perjalanan kami beli pastries dari Lof Bakery (No 29, Jalan Pretty, Kuala Belait).  Rasa sangat selamat jalan kat Brunei ni.  Tak tahu lah kenapa.




Untuk tidak menghampakan Angah, singgah kat Guardian, Kuala Belait ni dan beli Cadbury Crunchie 4 @ BND1.80 satu.  Total BND7.20 (please remember to x RM3.09 = RM22.25 untuk 4 batang coklat Cadbury).  Terima kasih kepada kerajaan pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.  Anda telah menyebabkan kami semua bangga dengan pencapaian kepimpinan anda yang "sungguh memualkan".  Semoga anda sentiasa maju jaya disebalik sokongan isteri anda, Datin Seri Rosmah Mansor.

Perut dah kenyang.  Jom balik...

Anak anak saya yang ceria
Sampai kat Permy Jaya, ajak En. Suamy singgah rumah adik kat IKBN.  Sebenarnya hati ni berdebar debar nak pergi sebab banyak sangat dengar cerita yang bukan bukan tentang jiran (rumah kosong) ditingkat atas rumah adik.  Insha Allah, Allah akan bersama sama orang yang benar.

Sampai Permy Jaya, dah Maghrib so kami solat kat rumah adik sementara tunggu isteri adik masak nasi.  Memang ada bunyi bunyi seperti yang diceritakan tetapi tidak lah sehingga mengganggu ziarah kami. "Kita tak kacau dia, Dia tak kacau kita".

Tuan rumah SMS mak beritahu kami dah ada kat Permy Jaya

2015 19 23
Miri Day 03

Hari ni, mak, ayah dan angah sekeluarga akan sampai dari Kuala Lumpur jam 12.30 tengahari.
Lepas breakfast, kami jenjalan dulu kat Tamu Muhibbah.  Me, nak beli beras Bario.

Urusniaga buah Dabai.  Boleh telan ke nih?  Macam ye ye jer

Pakcik tu tengah terangkan cara makan buah dabai
 Beredar dari Tamu Muhibbah, kami singgah pula kat Handicraft Centre, Miri.  Cuci mata jer.




Masih ada banyak masa lagi, jadi kami pun pergilah ke Miri Golf.  Makan lagi kat Club House.

Air kelapa adalah kemestian
Kami makan kungfu noodle dan Fish & Chip.  Selesai makan, gi hantar anak anak dan En. Suamy balik ke hotel dulu dan me go pick up mak ngan ayah kat airport.  Adik akan ambil angah sekeluarga.

Jerebu di Miri Golf Club
Miri Golf Club 98000, Sarawak, Malaysia
+60 85-416 787
Bila mak dan ayah sampai, me terus bawa gi Tamu Muhibbah.  Dah lama tak tengok mak shopping barang pasar.  He he...

Yeah ... dah sampai
As predicted, mak ngan ayah memang excited ngan kedai kedai kat sini.  Cheap wooo...
Mak beli buah buahan, beras, ikan masin, gula apong, sarung ketupat dan macam macam lagi.
Gambar tak de sebab sibuk uruskan mak.  Mak ngan ayah tidur rumah adik malam ni sebab esok pagi nak buat makanan untuk Aidil Adha.

Kitorang pulak malam ni, makan kat Sushi King - RM194.65

2015 19 24
Miri Day 04

Aidil Adha pertama di perantauan.

Anak bujang bz ngan assignment di kampus.  Sian dia tak dapat raya
(Dalam perjalanan dari hotel ke IKBN untuk solat Aidil Adha)
Sedang dengar khutbah Aidil Adha

Kami solat Aidil Adha di Surau Al Jawahir, IKBN, Permy Jaya
Jom berpicture dulu... sementara tunggu Angah dan keluarga yang sampai lewat sebab bangun lewat pagi ni.



Makan kat rumah Adik.  En. Suamy dan ayah gi tolong orang sembelih lembu korban kat surau.

Gambar ehsan En. Suamy

Boring pulak tak buat apa apa so ajak En. Suamy gi Gua Niah.  Giler kan.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.  So kami balik rumah dulu untuk salin baju dan dengan kasut Hush Puppies yang tak sesuai untuk hiking ni, me pun pergi ke Gua Niah.  Macam tak percaya nak buat aktiviti ni.
My sister, Angah akan bawa adik dan angah gi Taman Buaya.


Lets Gua Niah.

Register dulu kat kaunter pentadbiran

One for the album - Aidil Adha di Taman Negara Niah
Perjalanan ke kaki Gua Niah mengambil masa 45 minit - 1 jam berjalan kaki.
Mula mula kena naik bot untuk menyeberang.
Kena naik bot untuk menyeberang sungai
RM1/way

Then kami singgah kat Muzium Arkeologi Niah

Lukisan didalam gua Niah.
Credit Muzium Arkeologi Niah
Start to jalan kaki.  Seriously not so penat.  Ada peluh tapi tak banyak pun.

Jalan atas plank kayu ni...

Ada sebahagian kayu yang dah uzur sangat.  Mereka sedang buat restoration tetapi memang kena jalan dengan hati hati
Sebenarnya nak ambil gambar pun takut.  Sebab tak tahu turn out gambar apa.  Hishh...banyak sangat tengok cerita tahyul.  Gambar banyak diambil oleh En. Suamy.

Nak cerita sikit tentang Gua (Batu) Niah ni.  Kenapa ianya penting?  Kerana dikatakan bahawa modern human remains discovered di Niah.  Repeat - modern okey.  Tak tahulah kenapa modern tetapi mungkin sebab remains tu tak macam remain manusia monyet yang dijumpai dulu dulu atau mungkin sebab utensils yang dijumpai lebih kepada utensils yang agak modern.
Banyak aktiviti mencari sarang burung layang layang dan kelawar disini.  Dikatakan bahawa najis kelawar adalah baja yang bermutu.  Economy Sarawak tu...

Ada banyak lukisan pada dinding gua but I didn't go in.  En. Suamy macam tak restu untuk masuk kedalam.  Almaklumlah kami ni - tak dress properly dan tak bawa torch light pun.  Macam macam ada dalam gua yang gelap tu.

Dah sampai ke mulut Gua Niah ni pun dah syukur Alhamdulillah.

Traders Cave
Traders Cave ni sebenarnya sebahagian dari "Great Cave" tetapi ianya a little further from the main cave.  Lebih kepada tempat jual beli sarang burung dan najis kelawar disini.  Tak nampak sebarang tanda business masih dijalankan tetapi memang tempat ni agak shitty dan sangat berbatu batu.

Kami terus menuju ke arah Great Cave.  Mendaki lebih kurang 100 meter lagi.
Bayangkan di tempat tinggi ini, ada manusia membuat penempatan malah ada pengebumian disini.  Macamana diaorang panjat yer?  Mungkinkah tempat tinggi ini dulu pulau yang dikelilingi oleh laut?
Utensils pula made of clay.  Kehidupan didalam gua - wow.  Camner nak imagine yer?


Nampak tak tompokan najis kelawar atas bed gua ni
Rumah tu tempat pemanjat sarang layang layang berehat seketika

Stalagtite

Look up...kesan tinggalan pencari sarang layang layang


2015 19 25
Miri Day 05

Esok dah nak balik so hari ni kena cari komputer and printer untuk buat web check in.  Minta adik tunggu kat IKBN.

Dia tunggu kat bawah benda Allah tu

Settle web check in, bawa anak anak gi breakfast.

Breakfast kat kedai pakcik Kenny


Dah kenyang, pergi jenjalan ke Grand Old Lady pulak.

Sedikit info tentang tempat yang dipanggil The Grand Old Lady.
Sebelum minyak dijumpai di Miri, pendapatan utama masyarakat tempatan adalah perkampungan nelayan.  Pada 10/08/1910, drilling operasi pertama dimulakan di Miri  Operasi ini dinamakan Grand Old Lady dan diperbuat dari kayu dan cable tool drilling.  Jadi namanya adalah sempena penggunaan perkakasan lama dan merupakan mercu tanda kebanggaan Miri pada masa itu.  Kalau tak silap, minyak ni pada asalnya mengalir keluar ke muka bumi dan terbakar (kurang pasti fakta ni yer).  Lokasinya kat tempat Monument tu lah.  Then orang putih ni pun mengarahkan representative dari Royal Dutch Shell untuk menggali (drilling).  Pada kedalam 130 meter penggalian, minyak dijumpai.  Royal Dutch Shell kemudiannya menubuhkan Sarawak Shell Berhad dengan penemuan 624 perigi minyak lagi.  Banyak kan.

Miri mula dipandang hebat.  Jalanraya mula dibina. Sekolah Inggeris dan sekolah cina pun diwujudkan.  Kedai motorkar juga mula diperkenalkan.  So, dalam kata lain, Miri ni heaven orang putih zaman dulu.

Bayangkan betapa susahnya proses mengorek dijalankan pada masa dulu
Mesti kuli dia dari bangsa cina



Another method of well drilling

Single Buoy Mooring (SBM) adalah proses mengalirkan (loading/offloading)
gas atau minyak ke dalam tanker (kapal tangki).
In English kita kata "loading buoy anchored offshore" 

Hari dah petang, so kitorang rasa haus.  Singgah kat Pizza Hut pulak.  


Makan petang ari ni RM126.50

Jam menunjukkan pukul 6:12 petang tapi langit dah gelap.  Jum balik solat Maghrib dulu.  Kalau rajin kita keluar lagi, kalau tak rajin kita tidur.  Good night

2015 19 26
Miri Day 06

Percutian 6 hari kami berakhir hari ini.  Breakfast dan layan anak anak swimming dulu.



Cuaca masih hazy kat Semenanjung tapi kat Miri ni dilapurkan ada haze tapi tak tinggi bacaannya.
Bila anak anak dan suamy dah puas berendam, kenalah bersiap sedia untuk check out.

Flight kami pukul 6:55 petang, so lepas check out, kitorang gi lah beli souvenir sikit kat "Rong Reng Souvenir shop".

Price tag t shirt ni RM30.  Dengan kami, she sold this t shirt for RM16.  
Berbaloi beli kat sini
Then lunch kat rumah adik.  Mak masak asam pedas tapi kitorang sebenarnya kenyang lagi.

Waiting for the departure time
Masanya dah tiba untuk kami pulang.  Terima kasih tuan rumah for the hospitality.  Appreciate very much.  Panjang umur, kita jumpa 3hb Oktober nanti ok.  (Balqis kena balik Semenanjung by 3rd October, kalau tidak airline refuse her).  Hopefully tak ada masalah.  InshaAllah.

Bye bye

Sampai jumpa lagi.  Hope artikel hari ini memberikan sedikit ilmu buat sesiapa yang teringin nak ke Miri.  Bandar kecil yang kaya dengan budi bahasa.  Bukan shopping heaven tapi a place where you feel relax and cool.  Tak rushing macam kat bandar besar.

Sampai kat KL, jam dah pukul 10:40 malam.

Beli coklat untuk Ruzain
Rocher RM93.50
Lindt Gold Bar RM45.90
Lindt Assorted Box RM115.90 (discount RM34.77)
Total RM220.55

Collect luggage dan pergi ke Parking A.
Bayar parking RM174.00 (Fee RM164.15 + GST RM9.85)

No comments:

Post a Comment