Tuesday, January 5, 2016

2016 01 05 Pos Laju oh Pos Laju

Sakit sungguh hatiku bila Poslaju buat perangai.  Jika ada Pegawai atau Kementerian yang bertanggung jawab dengan urusan Pos Laju yang terbaca nukilan saya ni, tolonglah improve.  Sedih dan sakit hati ni.

Apa kata kalau perkara yang sama berlaku pada anda?  Mungkin anda akan kata ... guna je lah courier service lain tetapi pada masa yang sama anda kata "please be patriotic by using Malaysian product".  Cakap tak serupa bikin.  Hampeh.

Hantar rendang kat Pos Laju Kepong 29/12/2015 - sehingga hari ini, 5/01/2016 (once again) 2016 masih lagi rendang tersebut belum diterima.  Boleh buat cerita kat Maharaja Lawak ni.  Setahun oooo nak sampai.

Nak kata diaorang cuti tahun baru, takkan lah sejak 29/12???  Musykil tak???

No comments:

Post a Comment