Friday, February 12, 2016

2016 02 12 Senama Agro Group

Ari ni, En Suamy nak gi jumpa wakil Senama Agro untuk bincang tentang Contract Farming (tanam gaharu secara kontrak di tanah tuanpunya).  Memang tak pernah serik lah dia ni.  Usaha sikit, nak hasil lebih.

I am - as usual, akan bertanya soalan sehingga Suamy tu dengan sendirinya berfikir dua kali tentang keinginannya untuk mengusahakan gaharu ni.  Bukan tak kasi buat tetapi sayang kat pokok yang dah ada tu.  Pokok tu semua dah matang, hasil kerja mak dan ayah tu.  Penat orang tua tu pun belum selesai lagi.


"This post has been edited on 19/05/2016.  Obviously, apabila "Keyakinan Dalam Diri dan Keberanian Bertindak Luar Biasa" tidak cukup kuat, maka, "MEREKA" akan lebih suka mencari jalan mudah dengan mencari kesalahan orang lain.  InshaAllah, saya maafkan anda".

Credit "Dr Azizan Osman"

Jika anda ada produk yang kuat, kemahiran yang tinggi, daya keusahawanan yang melimpah ruah serta restu dari ibu bapa, berbanggalah bahawa anda telah pun menjadi Jutawan.  Tetapi ingat!! menjadi Jutawan di dunia tidak akan menjanjikan anda Jutawan di Akhirat.

Credit "Saifulrizal & Dr Azizan Osman"

Oleh itu, dengan rendah diri, saya menyatakan bahawa saya sangat bangga dengan diri saya.  Saya sangat bangga dengan pencapaian saya.  Saya sangat bangga dengan penulisan saya.  Saya sangat bangga dengan suami dan anak anak saya.  Kerana saya sentiasa ada ALLAH.  Terima kasih ALLAH.  Kau telah memberikan aku satu jalan untuk membantu insan lain dengan menguatkan tekadku untuk terus menulis kerana apa yang berlaku padaku semalam, mungkin akan berlaku pada orang lain juga hari ini.  Jadi inilah amalanku.

Credit "Prof Muhaya & Modestculture"
Buat semua pembaca ...


Ada banyak perkara yang berlaku pada kehidupan kita sehari hari.  Saya akan sentiasa memperbanyakkan kasih sayang pada diri saya, keluarga, kawan kawan dan sesiapa sahaja yang berurusan secara langsung atau tidak secara langsung dengan saya. I do not need negative aura in my life.  Thank you, Allah kerana menemukan saya dengan mentor hebat - Pn Fathiah Samsuddin dan Dr Azizan Osman, Vlog Mentor - Prof Muhaya dan semua yang terlibat menjadikan siapa saya hari ini.  Semoga Allah sentiasa menjadikan anda kaya dan bakti anda penyambung kekayaan anda di Akhirat.  InshaAllah.  Amin.

Credit "Prof Muhaya & Modest Culture"

Akhir kata, saya suka Mutiara Kata dari Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini.  Quote ni sentiasa ada pada papan elektronik Masjid Al Azim dan saya sangat terkesan dengannya.
Wassalam - Semoga kita menjadi insan yang lebih baik hari ini dan lebih lebih baik lagi keesokan harinya.  InshaAllah.

Credit "Blog Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat"

No comments:

Post a Comment