Friday, May 6, 2016

2016 05 06 Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan Day 01

Ari ni kami akan memulakan perjalanan untuk menuntut ilmu untuk KAYA.  Ha ha semua orang nak kaya kan.  So kena lah cari ilmu.  Kami perlu register dulu pagi ni dan registration tutup pukul 8 pagi.  Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam.  Dah minta mak jaga anak2 for 3 days.  Mak akan tinggal kat Teratai.  Hantar si kembar ni dulu, then kami bertolak ke Shah Alam.  Sampai kat IDCC, fuyoooo lautan manusia.  Parking pun bersesak sesak.  Lif apatah lagi.

Sempat sarapan lagi tu...  Dah lambat tapi kena makan juga...  Kalau tidak fengsan...

Jom cari Dewan

Bermulalah tugas kami sebagai pelajar di sini bermula hari ini...

Break 5 minute untuk pergi tandas


Nak menuntut ilmu, tak boleh marah2.  Slow and steady.  Lets do it...

Inilah pentas dimana saya akan lihat guru guru saya, menurunkan ilmu mereka untuk 3 hari ini

Sesi pagi ni, lebih kepada module tentang Kekangan untuk berjaya, Komitment untuk berjaya, LUCK (Logistik Understanding Commitment Consistent Control dan Knowledge Kinestatic) dan Keputusan yang akan kita terima setelah kita berusaha, committed, LUCK dan berserah pada kententuanNya.  Tapi sebelum belajar (lupa nak cerita), kena exercise dulu dan ini lah Cikgu Senaman kitorang...  Videonya disini  Bara bara bere bere.

Cikgu Bara Bara... Bere Bere
Orang Melaka dan perkataan "Celaka" asyik keluar dari mulutnya
Menunjukkan keperibadian dan keanak jatian Melakanya... hmmm

Lepas tu kami diajar cara untuk menarik nafas dan menghembuskannya dengan cara yang betul.  Boleh lihat video itu disini Cara Menarik Nafas dengan betul.  Tarik nafas melalui hidung (2 saat), hold (4 saat) and lepaskan thru mulut (slowly).  That should improve our breathing and our alpha state of the brain.  Bagus untuk sesi "Submission" nanti.

Banyak giler nak kena belajar.  Badan yang tak sihat sebab selsema sejak semalam, menjadi lebih parah.  Kepala dah berdenyut denyut.  Hidung dah berair air, Mata dah mula rasa panas dan kembang kuncup.  Hu hu.  Cabaran betul.  Untung I duduk ngan Yati, new friend yang jumpa minggu lepas.  Bila ada assignment yang peluk peluk tu, tak lah rasa cuak sangat.  He he...

Waktu ni, dalam kepala otak tu punya lah berdenyut denyut..lama lama baru I tahu, bila energy luaran sangat positif, energy dalaman yang negatif
menjadi tak tentu arah.  I'm sure my Amygdala was insane.  So angry with me because agree to attend.  Serve you well, bad Amygdala

Yati, Si Radiographer dari Hospital TungShin



Apa Cikgu kat depan tu buat kena buat. Kalau tidak mengantuk
Tepat Jam 12 malam, kami diajar cara untuk mencuci kolam jiwa.  Kami perlu bayangkan cara untuk menguasai minda kami dan menggamit duit - Money Magnet dan kami juga diajar cara cara yang betul untuk mengatakan rasa syukur.  (I've learned this in Pn Fathiah class so quite easy to do).  Untuk mereka yang tak pernah buat, agak kelakar juga...

"Syukur Alhamdulillah.  Terima kasih Allah kerana matlamat kami untuk mempunyai RM1 juta menjelang 2018 telah berjaya kami simpan didalam Tabung FFA (Financial Freedom Account) dan kami juga telah menyumbang RM50,000 (5%) kepada mereka yang memerlukan diatas namaMu" 

Sesi hari ini tamat jam 1 pagi.  Fuhhh.... penat otak.  Betul ni  Tak tipu.  Tapi memang berbaloi baloi.  Sampai rumah jam 2 pagi...ho ho ho...




No comments:

Post a Comment