Friday, June 10, 2016

2016 06 10 Ramadhan 05

Assalamualaikum semua...
Hari ni dah masuk 5 Ramadhan.  Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu.  Dalam 5 hari ni, kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang sangat baik, anak anak yang tidak meragam, kehidupan yang bermakna dan pendek kata, semuanya dalam rahmat, lindungan dan kasih sayang Allah swt.  Thank you Allah.  Engkaulah yang mengetahui segalanya dan Engkaulah yang mengaturkan semuanya dengan sempurna.  Alhamdulillah.

Hari ni juga mak sepatutnya buat tapak untuk proses dialysis tetapi mungkin tak pergi.  Entahlah.  Mohon Allah anugerahkan ibu bapa kami dengan kesihatan yang lebih baik.  Dan jika anda pembaca budiman, mengerti dan memahami apa yang kami lalui, mohon doakan kesihatan yang lebih baik buat ibu bapa kami.  Mati itu memang pasti tetapi kami mohon agar kematian itu datang tanpa memberatkan ibu bapa kami yang sentiasa bersusah payah semenjak awal usia mereka berusaha untuk menjadikan hidup kami lebih bermakna setiap hari.  Ya Allah, tolonglah kasihani ibu bapa kami.  Mereka telah bersusah payah membesarkan kami, mencari rezeki buat kami sekeluarga dan menjadikan kami insan yang lebih baik setiap hari.  Berikanlah mereka kemudahan untuk meneruskan kehidupan, jauhkan sebarang masalah dari hidup mereka dan berilah mereka kesihatan yang sangat baik hingga hujung nyawa mereka.  Andainya, besar dosa dosa mereka berdua terhadap MU, Kau ambillah apa sahaja pahalaku selama ini untuk membayar hutang hutang mereka kepadaMu.  Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Agung, Maha Bijaksana dan Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.  Kasihanilah hamba hambamu ini.  Amin.

Untuk yang tak tahu, apa itu "tapak dialysis" mungkin diagram kat bawah ni boleh memberikan sedikit penjelasan.



No comments:

Post a Comment